Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts

29 October, 2013

Lawatan Penanda Aras Sekolah Amanah- SMK Gelang Patah, Johor

Pada Khamis bersamaan 24 Oktober 2013 yang lalu, suatu lawatan untuk meninjau perjalanan sekolah amanah telah berjaya dilaksanakan oleh Tuan Pengetua SMKSMAB bersama 40 orang guru ke SMK Gelang Patah di Johor Baharu. Lawatan penanda aras ini bertujuan melihat dan menyaksikan sendiri bagaimana PDP dijalankan di sekolah amanah.

Tempat penginapan peserta lawatan di Nusa Perdana

Perjalanan bermula pada jam 6 petang dan tiba di bumi Johor pada lebih kurang jam 4.00 pagi. Selepas merehatkan diri seketika, rombongan terus dibawa ke SMK Gelang Patah dan tiba di sana pada jam 8.00 pagi. Disambut oleh pihak pengurusan sekolah dan selepas suatu taklimat ringkas, kami dibawa meninjau ke kelas pembelajaran.

Tuan Pengetua SMKSMAB memberikan ucapan ringkas tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua warga SMK Gelang Patah yang sudi memberi kerjasama.

Pihak Pengurusan dari SMKSMAB, Puan Pauziah Bt Ahmad (Guru Penolong Kanan) dan Puan Jaliah Bt Juwani (Penolong Kanan HEM)

Sekolah Amanah adalah sekolah yang dijalankan menerusi perkongsian awam dan swasta dengan Kementerian Pelajaran untuk mempertingkatkan prestasi pelajar secara holistik dengan menambah baik pengurusan sekolah serta memperbaiki kurikulum dan penyampaian pendidikan.




Suasana kelas yang mementingkan penggunaan pelbagai peralatan bantuan dengan objektif membantu pelajar belajar dalam situasi yang menyeronokkan



Konsep pebelajaran secara holistik  berpusatkatkan pelajar membolehkan mereka belajar secara kendiri dan kreatif.

Program yang tidak berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata membuatkan pelajar seronok untuk datang ke sekolah dan ini meningkatkan mutu pembelajaran mereka.

Pihak Pengurusan SMKSMAB dan SMK Gelang Patah bersama wakil dari JPN Johor.


Sekolah Amanah adalah sekolah awam yang diurus secara bersama di antara pihak swasta dengan pemimpin sekolah kerajaan, di bawah kawal selia KPM. Sekolah Amanah akan diberi lebih kebebasan dalam membuat keputusan dan dengan itu dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan prestasi pelajar. Sekolah Amanah bermatlamat untuk membawa perubahan kepada prestasi sekolah tanpa mengira pencapaian semasa: daripada sederhana kepada baik, baik kepada lebih baik. 

Sekolah Amanah akan mempunyai lebih autonomi dalam membuat keputusan berkaitan kurikulum, kewangan dan sumber manusia bagi menggalak inovasi dan menjadi lebih responsive terhadap keperluan komuniti sekolah. Autonomi yang diberi merangkumi kebebasan memilih kandungan kurikulum, pengagihan peruntukan mengikut keperluan, penyediaan insentif berasaskan prestasi dan pemilihan guru dan kakitangan bukan guru.

Semoga lawatan ini memberi manfaat terhadap semua warga sekolah dengan harapan suatu ketika nanti, SMKSMAB bakal menjadi sekolah amanah di negeri Kedah. Insya Allah.

27 June, 2013

Kejohanan Padang dan Balapan 2013

Merah Bertenaga....itulah yang dibuktikan oleh Pasukan Rumah Al-Tarmizi yang muncul sebagai Johan pada Majlis Kejohanan Padang dan Balapan kali ke 26 yang dilangsungkan pada pagi Selasa bersamaan 25 hb Jun 2013. Naib Johan disandang oleh Pasukan Rumah Al-Khawarizmi.
Sarvin Raaj A/L Karthikesu muncul sebagai Olahragawan manakala Nur Khaleda Bt Mohamad Zuki pula sebagai Olahragawati peringkat sekolah.
Acara Perbarisan untuk Rumah Sukan dimenangi oleh Rumah Al-Ghazali manakala naib Johan disandang oleh Rumah Al-Tarmizi. Pasukan Puteri Islam muncul sebagai Johan Perbarisan kategori Unit Beruniform. Naib Johan disandang oleh pasukan Kadet Polis.

Hiasan Rumah Al Tarmizi yang mendapat naib Johan Perhiasan Rumah Sukan.

Rumah Al-Ghazali

Rumah Al-Khawarizmi

Guru-guru Rumah Sukan Al-Farabi berposing di depan khemah 

Pasukan Unit Beruniform

Pasukan Rumah Sukan
Kejohanan Balapan dan Padang kali ini diadakan secara sederhana di padang sekolah namun semua yang terlibat gembira dan bersemangat. Majlis perasmian disempurnakan oleh YDP PIBG Encik Zainal Anuar Bin Mohd Zain, manakala Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Puan Hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi yang sudi meluangkan masa untuk meraikan kemeriahan Kejohanan Balapan dan Padang kali ini  bersama Tuan Pengetua SMKSMAB yang baru, Encik Shahrir Bin Abu Bakar, AJK PIBG, guru-guru dan pelajar Al-Bukhary. Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis kali ini.




20 February, 2012

Perginya sebutir mutiara....Cikgu Nordin Bin Pawanchik

Pada tanggal 11 Februari 2012 yang lalu, SMKSMAB dikejutkan dengan suatu berita sedih dan membuatkan suasana pagi hari Sabtu diselubungi rasa terharu semua warga sekolah. 
Cikgu Nordin B Pawanchik telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 3.30 pagi, semasa beliau menerima rawatan di PUTRA MEDICAL CENTRE. Arwah telah berkhidmat selama 27 tahun di SMKSMAB dan merupakan antara guru paling lama berkhidmat di sekolah ini. 



Semasa hayatnya arwah cikgu Nordin merupakan seorang guru pakar dalam subjek sains. Beliau merupakan salah seorang penggubal soalan sains peringkat PMR. Kepakarannya banyak menyumbang kepada kejayaan para pelajar dalam akademik. Tidak terkira bilangan pelajar  SMKSMAB yang telah  menerima didikan beliau, dan mengenali arwah sebagai guru yang suka bergurau dan kelakar.

Arwah cikgu Nordin bersama rakan setugas serta pelajar di sekitar tahun 1992. Kelihatan juga Penolong Kanan SMKSMAB, Puan Jamaliah Bt Abdul Fatah.

Cikgu Shahidan yang merupakan antara tenaga pengajar yang seangkatan dengan cikgu Nordin serta Ustaz Khairul Bazli dan para pelajar sempat menghadiahkan bacaan yassin sebaik sahaja berita kematian arwah dimaklumkan.

Arwah cikgu Nordin bersama barisan AJK PIBG SMKSMAB.

Kami warga Bukhary mengucapkan takziah buat ahli keluarga allahyarham serta mendoakan agar rohnya ditempatkan beserta para solihin. Sesungguhnya budi jasa beliau akan terus dikenang, namanya kekal harum sebagai pejuang bangsa dan agama. SMKSMAB kini kehilangan sebutir mutiara, apalagi yang boleh diucapkan selain ucapan terima kasih dan doa setulus hati.

"Seorang guru yang menyampaikan ilmu yang bermanfaat, menjadikan pahala yang diterimanya akan terus-terusan mengalir malah dilipat gandakan sekiranya anak muridnya mengamalkan dan menyebarkan ilmu tersebut kepada mereka yang lain dan pahala itu tetap akan sampai kepadanya walaupun telah meninggal dunia berabad lamanya."



Related Posts with Thumbnails