Showing posts with label Info semasa. Show all posts
Showing posts with label Info semasa. Show all posts

30 August, 2011

Salam Aidil Fitri 1432 Hijrah

Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa, tibalah kini untuk kita semua  merayakan kemenangan kita berjuang menentang hawa nafsu. Selamat Hari raya Aidil Fitri untuk semua warga SMKSMAB. Sekolah mula bercuti pada 25 Ogos sehingga 4 September 2011. Sambutlah hari raya dengan penuh kesyukuran dan janganlah dimusnahkan segala kebaikan amalan di sepanjang Ramadhan dengan aktiviti yang bercanggah dengan nilai-nilai agama. Selamat Hari Raya,...Maaf Zahir & Batin.


14 February, 2011

Maulidurrasul VS Valentine Day.

Bulan Februari tahun ini mempunyai 2 tarikh berturutan dengan 2 event yang sangat kontradik. Hari ini 14 Februari 2011 adalah hari yang dinamakan Valentine Day, manakala esok 15 Februari 2011 merupakan ulangtahun kelahiran junjungan besar umat Islam Nabi Muhammad S.A.W. Satu menuju jalan syaitan, yang satu lagi menuju jalan Nabi SAW. Satu mengundang murka Allah, yang satu lagi mengundang redha Allah. Satu membawa ke neraka, yang satu lagi membawa ke syurga, dengan izin Allah.
Bagi generasi muslim yang jauh dari agama, terutama remaja, Valentine Day memberi makna sangat besar kepada mereka. Sayugia diharapkan pelajar-pelajar SMKSMAB tidak mengikut budaya ini!. Hari Valentine disalahertikan,  mereka menumpahkan kasih-sayang kepada boyfriend atau girlfriend mereka. Bukan setakat kasih-sayang, maruah, tubuh dan rasa malu juga melayang. Lantaran hal ini akan mengakibatkan gejala sosial semakin melarat. Mereka menurut jejak langkah syaitan yang menyesatkan mereka di dunia, dan di akhirat dihumban ke dalam neraka kalau tidak bertaubat.
Maulidurrasul pula menjadi di antara peluang mukmin meneliti diri sendiri. Setakat mana mereka berikan masa, diri, harta mereka untuk Islam sebagaimana Nabi SAW telah memberikan seluruh hidupnya untuk Islam. Setakat mana kelahiran Baginda itu dapat menjadi motivasi menyuburkan semangat juang bagi menegakkan Islam seperti yang pernah ditegakkan oleh Baginda sepanjang 23 tahun bergelumang dengan dakwah dan perjuangan.
Rasa cinta Nabi mesti disuburkan. Manakala menyubur rasa cinta melalui Ventine Day mesti dikuburkan. Semoga kita semua dapat menyuburkan rasa cinta kepada Nabi dan mengelakkan cinta ternoda melalui Valentine Day.
Related Posts with Thumbnails