Showing posts with label UNIT KEMANUSIAAN. Show all posts
Showing posts with label UNIT KEMANUSIAAN. Show all posts

28 September, 2010

Pertandingan Menulis Esei Sejarah

Mohd Nur Helmi Izzat b.Zakaria dari Tingkatan 2 Agama telah menyertai pertandingan menulis esei bertemakan sejarah yang dianjurkan oleh Persatuan pencinta Sejarah Negeri Kedah pada Mei 2010 yang lalu. Penyertaan itu mendapat hadiah sagu hati dalam kategori Menengah Rendah Peringkat Daerah Kota Setar. Beliau mendapat hadiah berupa wang tunai serta sijil penghargaan. Penulisannya yang bertajuk "Sejarah Kampung Tok Selehor" bertujuan  mengingatkan serta menanam semangat cintakan tanah air dalam kalangan generasi muda. Tahniah Helmi,.Insyaallah tahun hadapan cuba lagi ye.

Puan Jamaliah selaku Penolong Kanan SMK syed Mohamed Al-Bukhary menyampaikan hadiah kepada Mohd Nur helmi Izzat b Zakaria dan diiringi oleh Pn Jaliah Juewani (Guru Kanan Kemanusiiaan) serta Puan Ong Yain Cheng (Ketua Panitia Sejarah).

31 July, 2010

Program Qiamullail Tingkatan 5

Bertempat di Dewan Iltizam dan surau SMKSMAB pada 17 Julai lalu, satu program Qiamullail telah dijalankan khusus kepada semua calon SPM 2010. Bermula jam 6.00 petang, sesi pendaftaran dijalankan, diikuti dengan solat maghrib dan Isya berjemaah, Bacaan yassin, Ceramah motivasi dan seterusnya acara sembahyang malam (solat sunat tahajud, hajat, taubat dan witir) selepas tidur sebentar. Program ini diakhiri  dengan kuliah subuh pada pagi berikutnya. Sebelum semua pelajar dibenarkan pulang mereka diberi sarapan pagi.
Objektif program ini ialah memberi pendedahan kepada pelajar untuk mempertingkatkan amalan beribadah serta berusaha menghidupkan amalan sunnah nabi Muhammad s.a.w. Semua ini bertujuan memberi ketenangan serta memantapkan kerohanian menjelang peperiksaan supaya mereka lebih bersedia bukan sahaja dari segi akademik malah mental juga. Semoga program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam ini berjaya mengisi kekosongan jiwa pelajar dan seterusnya berusaha dengan lebih sistematik menjelang peperiksaan yang semakin hampir.

Sesi pendaftaran pelajar bermula jam 6 petang, dikendalikan oleh Cikgu Rohaniah dan Cikgu Azizahwati.

 
Ustazah Rita Juraida sempat memberi taklimat kepada semua pelajar terlibat mengenai acara yang akan dijalankan supaya pelajar memahami serta dapat menjalani ibadah ini dengan lancar dan teratur.







Ustaz Khairul Bazli memimpin pelajar membaca yassin setelah bersolat berjemaah Maghrib bersama. Semoga aktiviti mulia ini mampu membersihkan minda pelajar untuk lebih bersedia menghadapi sebarang ujian  dalam kehidupan seharian bukan sahaja terhad semasa mengambil SPM nanti, InsyaAllah.

27 July, 2010

Mencanting Batik dan Membuat Ukiran Kayu

Pelajar-pelajar SMKSMAB yang mengambil subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) kini sibuk menyiapkan tugasan masing-masing. Projek ini (tugasan) melibatkan penghasilan Folio dan juga bahan hasilan seni yang perlu dipersembahkan dari mula diilhamkan sehingga ianya siap. Antara projek yang dipilih oelh calun-calun SMKSMAB pada tahun ini ialah batik dan ukiran kayu. Guru PSV, cikgu Nik Noraidah dan cikgu Halisa Hashim turut membantu serta memberi bimbingan kepada pelajar supaya projek yang dihasilkan mampu memperoleh markah yang baik dalam SPM nanti.




Mencanting batik sudah dilakukan, kini dengan berhati-hati.pelajar perlu mewarna pula dengan menggunakan pewarna kain.














Jika tersilap campuran warna, hasil batik yang dihasilkan akan menjadi tidak cantik dan tidak berkualiti. Kesabaran dan ketekunan amat diperlukan bagi menjayakan proses ini.



Selain mencanting batik, terdapat juga calun yang mengambik projek Ukiran Kayu sebagai pilihan. Kelihatan pelajar-pelajar tersebut sedang berusaha menyiapkan tugasan masing-masing.

Kelihatan cikgu Nik Noraidah membantu pelajar memilih kombinasi warna seperti yang dikehendaki  dalam soalan peperiksaan. Semoga kerjasama dan pengorbanan guru-guru menjadi sumber inspirasi terhadap pelajar. Selamat Maju jaya.

25 July, 2010

Bengkel Tulisan Jawi

Memandangkan tulisan jawi kian dilupakan, Unit Pendidikan Islam SMKSMAB telah mengambil langkah yang proaktif dengan menganjurkan Bengkel Tulisan Jawi kepada para pelajar dengan objektif melahirkan pelajar yang mampu menguasai tulisan dan bacaan jawi. Bengkel ini mensasarkan pelajar tingkatan 3 dan 5 sebagai pesertanya. Bertempat di Dewan Iltizam pada hari Sabtu lalu (17 Julai 2010), program ini di serikan dengan penceramah jemputan dari SMK Muadzam Shah, Alor Setar iaitu Ustaz Sabri b. Azit.

Ustaz Sabri memberi tip-tip mudah bagi melancarkan bacaan dan penulisan jawi supaya dapat membantu mereka menguasai soalan berkaitan tulisan jawi dalam PMR dan SPM.


Puan Jaliah selaku Guru kanan Kemanusiaan hadir memberi sokongan terhadap sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan kemanusian. Turut kelihatan Ustazah Aminah Ku Ahmad yang bertindak sebagai fasilitator bengkel tersebut.

24 July, 2010

Kem Solat Tingkatan 1

Pagi ini, bermula 7.30 pagi...kelihatan ramai pelajar Tingkatan 1 mendaftar sebagai peserta Kem Solat yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam SMKSMAB di bawah seliaan Jabatan Kemanusian. Kem ini bertujuan menyemak amalan solat pelajar dan memperbetulkannya supaya mereka bersolat dengan betul dan menepati kehendak syariat. Para guru yang terlibat khususnya dari Panitia Pendidikan Islam bekerjasama menjayakan Kem Solat ini.

Kelihatan guru-guru yang terlibat dengan aktiviti Kem Solat Tingkatan 1. Ustazah Shakimah bt Abu, Ustazah Rita Juraida, ustazah Aminah, Ustazah Nadhirah. Puan Jaliah selaku Guru Kanan Kemanusiaan turut hadir bagi memastikan semua aktiviti berjalan seperti yang dirancangkan.
Semoga Kem solat ini mampu memberi kesan positif kepada para pelajar untuk meningkatkan kualiti solat masing-masing selari dengan kewajipan yang telah ditetapkan sebagai umat Islam.
Related Posts with Thumbnails