Khamis 28 April 2011- Kombo al-Bukhary sekali lagi menunjukkan taringnya setelah berjaya menjuarai Pertandingan Kesenian dan Kebudayaan Peringkat Kota Setar kategori kugiran. Kejayaan yang sama telah diraih pada tahun 2010. Ini bermakna Kombo Al-Bukhary telah 2 tahun berturut-turut bergelar juara. Shabas.
Kategori Kugiran juga memperlihatkan SMK Sutanah Bahiyah menjadi Naib Johan manakala Kolej Sultan Abdul Hamid sebagai pemenang ketiga.
 |
Juara lagi,..pasukan Kombo Al-Bukhary unggul menjuarai kategori Kugiran |
 |
Antara aksi yang menarik ditunjukkan oleh Kombo Al-Bukhary. |
 |
Para guru dan jurulatih berkongsi kegembiraan setelah berkorban masa dan tenaga melatih pasukan sekolah. Kelihatan Puan Azizahwati dan Pn Norazaina yang bangga dengan kejayaan ini. tahniah. |
Dalam kategori Nayanyian Solo, peserta SMKSMAB berjaya memberikan persembahan menarik walaupun tidak berjaya mendapat tempat pada kali ini. Cuba lagi tahun hadapan.
 |
Penyanyi kategori solo dalam pertandingan Nyanyian lagu patriotik, Salsabela tampil menarik dengan pakaian yang direka beradaptasikan Jalur Gemilang.
|