21 July, 2010

Program Ilmu DiJulang Pelajar Cemerlang

Program ini adalah hasil inisiatif pelajar-pelajar luar Kampus Universiti Utara Malaysia (PLK UUM)







Sebahagian pelajar luar kampus UUM bersama Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMKSMAB 
En Azizan Bin Saud.

Pelajar berpeluang menunjukkan kemahiran mereka dalam meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu aspek dengan menggunakan teknik peta minda.

Bertempat di Dewan Iltizam, bertarikh 23 JUN 2010, pelajar-pelajar tingkatan 1RK, 2RK dan 3RK berpeluang mendapat ilmu dan kemahiran yang dicurahkan oleh siswa siswi UUM. Slot ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti taklimat, bengkel dan aktiviti permainan minda. Aktiviti seperti ini merupakan peluang yang amat berharga bagi para pelajar kerana banyak kemahiran yang dapat dipelajari contohnya teknik membina peta minda semasa membuat catatan. Selain itu ia turut memberi peluang para pelajar membina keyakinan diri semasa berkomunikasi bersama rakan dan orang lain.

Jaya Waris Tingkatan 1, 2 dan 4

Bertempat di Anjung Mutiara pada 19 Julai lalu berlangsung lagi satu aktiviti yang melibatkan pertemuan 3 hala antara pelajar, waris masing-masing dan guru-guru khasnya guru tingkatan.  Majlis ini adalah kesinambungan Majlis Jaya Waris tingkatan 3 dan 5 dua minggu lalu. Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun telah dijadikan satu ukuran terhadap pencapaian masing-masing.
Dalam pertemuan itu, guru-guru berpeluang untuk memaklumkan prestasi akademik dan sahsiah pelajar kepada ibu bapa mereka, semua ini bertujuan untuk memberikan impak positif dalam menjana kecemerlangan akademik dan menjamin kemenjadian sahsiah pelajar selari hasrat bersama ibu bapa dan guru yang inginkan anak-anak serta anak didik berjaya di masa hadapan.

Sambutan yang amat menggalakan daripada para waris yang bersabar menunggu untuk berjumpa dengan guru kelas anak-anak mereka.

Sikap ibu bapa yang prihatin akan menjamin kecemerlangan anak-anak.

 Hanya kegembiraan sahaja yang mampu diterjemahkan apabila ibu bapa melihat kejayaan anak sendiri. Sudah tentu waris ini amat gembira dengan pencapaian anaknya...lihatlah sendiri aksinya...

Majlis ini menjadi acara tahunan bagi warga SMK Syed Mohamed Al-Bukhary. Semoga pengorbanan pelajar, para waris dan guru-guru akan membuahkan hasil yang gemilang dari masa ke semasa. Bekerjasama ke arah kecemerlangan pelajar adalah teras kepada perlaksanaan aktiviti dua hala ini.

Related Posts with Thumbnails