Orang Haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagi kerja menolak ombak
16 Mei setiap tahun
Semua pendidik berasa gembira
Guru bersabar pelajar tekun
Itulah rahsia kejayaan bersama
Buah beluru buah sawa
Minta sekati bawa ke darat
Azam guru ke hujung nyawa
Tabur bakti sampai akhirat
Selamat Menyambut Hari Guru Kepada Semua Guru Sek Men Syed Mohamed Al-Bukhary daripada Yang DiPertua dan AJK PIBG.
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
Bertemakan "Guru Inovatif Melonjakkan Pendidikan Negara", sambutan hari guru di peringkat sekolah telah disambut meriah pada pagi 16 Mei 2012 bertempat di Anjung Mutiara.
Cuaca yang indah semakin berseri dengan penampilan guru-guru yang berpakaian bertemakan hijau semuanya.
Cuaca yang indah semakin berseri dengan penampilan guru-guru yang berpakaian bertemakan hijau semuanya.
Bermula 7.40 pagi, guru-guru diarak ke Anjung Mutiara dengan iringan bunga manggar sebagai tanda penghormatan |
Tuan Pengetua, Madam Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi mendahului kumpulan guru-guru yang diraikan, diikuti Penolong Kanan Puan Hajah Jamaliah bt Abdul Fatah dan diikuti oleh guru-guru lain. |
Selain guru-guru yang diraikan, pihak sekolah juga menjemput wakil dari PIBG dan waris pelajar untuk turut serta merasakan kemeriahan hari mulia ini,. |
Acara memotong pulut kuning, turut disertai oleh wakil PIBG, Wakil Staff, Puan Jamaliah serta pelajar bertuah yang menyambut hari lahir pada hari yang sama dengan sambutan hari guru. |
Orang pertama yang merasa keenakan pulut kuning...sudah semestinya untuk pengetua yang prihatin dan disayangi oleh semua warga sekolah... |
Selepas majlis di Anjung Mutiara, acara diteruskan dengan bacaan yassin bagi memohon keberkatan Allah kepada semua guru-guru samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggalkan dunia. |
Puan Hajah Sharifah yang mewakili keluarga pengasas sekolah berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan sebagai tanda prihatin dan galakan kepada mereka. |