Showing posts with label AL-BUKHARY is OURS. Show all posts
Showing posts with label AL-BUKHARY is OURS. Show all posts

04 January, 2016

PERHIMPUNAN RASMI SMKSMAB MINGGU PERTAMA SESI 2016

HARI ISNIN BERSAMAAN 4 JANUARI 2016, Perhimpunan mingguan pertama SMKSMAB bagi sesi persekolahan 2016 berjaya dilangsungkan di Dewan Iltizam bermula jam 7.20 pagi.Semua guru dan pelajar berkumpul untuk mendengar pelbagai info semasa sekolah.

Semua warga sekolah menghadiri perhimpunan rasmi sekolah.

Barisan guru yang menghadiri sesi perhimpunan rasmi sekolah.
Perhimpunan mingguan SMKSMAB biasanya diadakan pada hari Isnin setiap minggu. Dalam sesi pertemuan ini semua warga sekolah mendapat info terkini dengan satu tujuan iaitu melancarka urusan persekolahan. Semoga SMKSMAB terus bersinar di tahun 2016 ini. InshaaAllah.

21 July, 2015

Perasmian Ihya ramadhan 1436 Hijrah

Barisan Pentadbir bersama Gimik Program Ihya ramadhan 2015

AJK Program Ihya Ramadhan 2015 bersama Tuan Pengetua

Salah satu aktiviti Program Ihya Ramadhan 2015 - Bertadarus Al Quran
Penceramah jemputan yang diundang khas bagi menceritakan kemuliaan Bulan Ramadhan kepada warga sekolah
Pelbagai aturcara dan program telah disusun bagi memastikan bulan Ramadhan 1436 hijrah dihidupkan oleh semua warga sekolah. Semua pihak terlibat dalam menjayakan program yang diusahakan oleh Panitia Pendidikan Islam SMKSMAB.





04 May, 2015

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2015



Majlis Anugerah Cemerlang 2015 telah diadakan di dewan sekolah Syed  Mohamed Al-Bukhary iaitu Dewan Iltizam, Dewan sekolah yang kelihatan kaku kini semakin ceria dengan beberapa pembaikan, antaranya dicat dan dihiaskan dengan lukisan mural.


Pelajar dan guru-guru berkerjasama untuk menjayakan hari istimewa ini..gambar di atas menunjukkan kumpulan nasyid sekolah yang berjaya mendapat tempat ke 3 pertandingan nasyid peringkat negeri berlatih untuk persembahan pada hari tersebut.


Para pelajar yang akan menerima hadiah pula diberi taklimat oleh guru-guru bagi melicinkan perjalanan penyampaian anugerah nanti.


Taklimat terakhir diadakan sehari sebelum majlis berlangsung bertujuan memberi informasi terkini kepada semua yang terlibat bagi menjayakan hari yang gilang gemilang itu.


Belakang tabir ...ustaz Khairul sedang menyediakan tulisan khat sebagai satu elemen tambahan untuk hiasan pentas anugerah cemerlang kali ini yang bertemakan "hiasan islamik".

Akhirnya dengan berkat kerjasama semua warga sekolah, hari Anugerah Cemerlang SMK Syed Mohamed Al-Bukhary berjaya dilangsungkan dalam suasana seperti yang diingini...lancar dan meriah..
............tunggu update untuk hari tersebut, in sya Allah.

17 February, 2015

Tahniah Pasukan Bola Baling SMKSMAB : Naib Johan MSSD 2015


Inilah barisan pasukan bola baling SMKSMAB 2015 yang muncul sebagai Naib Johan MSSD 2015,

30 October, 2014

SMK SYED MOHAMED AL-BUKHARY MENJADI JOHAN BAGI PERINGKAT NEGERI KEDAH DALAM PERTANDINGAN LIGA REMAJA KREATIF 2014.


SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah menyertai Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 iaitu merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk Video, Portal Internet ataupun Aplikasi Mudah Alih. Tema bagi pertandingan ini adalah “Jalur Lebar Untuk Pendidikan” dan mestilah berbahasa Malaysia.
Tarikh Penyertaan : Bermula 28 Mei 2014 hingga 15 Ogos 2014

Maklumat Peraduan
  1. Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 adalah anjuran bersama oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Telekom Malaysia dan Media Prima Digital. 
  2. Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 terbuka kepada para pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. 
  3. Pelajar yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia. 
  4. Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada empat (4) orang pelajar. 
  5. Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. 
Pada awal bulan Oktober pemilihan pemenang bagi pertandingan ini telah dijalankan, SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah berjaya dipilih diantara 10 video terbaik bagi negeri Kedah. SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah dijemput untuk menghadiri majlis penyampaian hadian bagi zon utara yang diadakan yang di Hotel Sunway, Seberang Jaya pada 16 Oktober 2014 yang lalu.

Dalam Majlis yang penuh debaran itu telah mengumumkan bahawa SMK Syed Mohd Al-Bukhary telah berjaya menjadi Johan bagi negeri Kedah seterusnya mewakili negeri Kedah ke peringkat kebangsaan.

Senarai nama pelajar SMK Syed Mohamed Al-Bukhary yang berjaya menjadi Johan peringkat negeri Kedah bagi Pertandingan liga Remaja Kreatif 2014 ini ialah:
  1. Mohammad Akmal Bin Abd Aziz – Tingkatan 5 Ibnu Yasmin 
  2. Mohd Amirul Aiman Bin Mohamad Zohir – Tingkatan 5 Ibnu Yasmin 
  3. Ashabila Ezzwin Bt Abd Rahim– Tingkatan 5 Ibnu Yasmin 
  4. Muhd Faiz B. Salihan – Tingkatan 5 Ibnu Yasmin
Gambar para pemenang bersama guru pembimbing

Hadiah tempat pertama yang dimenangi adalah berupa cek bernilai RM5,000.00 berserta 4 x kamera digital & sijil penyertaan.

Semoga SMK Syed Mohamed Al-Bukhary akan menempa kejayaan diperingkat Kebangsaan pula yang kemungkinan keputusannya akan diumumkan pada awal bulan Disember 2014.

PAMERAN GRAFIK BERKOMPUTER 2014

Pada hari Khamis, 14 Ogos lalu, bertempat di Dewan Iltizam Panitia Grafik Berkomputer SMKSMAB telah mengadakan Pameran Grafik Berkomputer tahun 2014. Pameran Grafik Berkomputer ini merupakan modul terakhir daripada 8 modul yang perlu dilengkapkan oleh pelajar-pelajar yang mengambil kursus MPV grafik berkomputer untuk melayakkan mereka menduduki peperiksaan SPM.


Pada jam 8.55, ketibaan tetamu kehormat yang dijemput untuk merasmikan majlis tersebut iaitu En. Zulkafly Bin Othman, PPD Kota Setar, Kedah. Turut hadir dalam majlis tersebut Tn. Hj. Zainal Annuar Bin Mohd Zain YDP PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary, pihak pentadbir sekolah, guru besar sekitar kompleks pendidikan, guru-guru dari SMK Mergong, wakil pelajar dari SK Hj. Mohd Shariff, SKJ (T) Barathi, guru-guru dan para waris bagi pelajar 5 MPV, serta para pelajar tingkatan 5 MPV dan 4 MPV.





Ketibaan En Zulkafly bin Othman - PPD Kota Setar




Ketibaan Tuan PPD Kota Setar disambut dengan alunan muzik dari pasukan Tambor SMKSMAB




Tepat jam 9.00 pagi, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar 5 MPV iaitu saudara Muhamad Nukman Bin Hasbullah





Antara tetamu yang hadir pada Majlis Pameran Grafik Berkomputer 2014



Wakil pelajar 5 MPV iaitu saudara Wafiy bin Ahmad Fatahi memberikan ucapan




Ucapan dari Pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary – En. Shahrir bin Abu Bakar




Tuan PPD Kota Setar En Zulkafly bin Othman memberi amanat berguna seterusnya melafazkan ucapan perasmian majlis pameran kali ini





Tuan PPD Kota Setar memotong riben sebagai gimik perasmian Pameran Grafik Berkomputer 2014




Tayangan Montaj Pameran Grafik Berkomputer 2014




Pengetua SMKSMAB memberikan cenderahati kepada PPD Kota Setar




PPD Kota Setar memotong riben sebagai simbolik untuk memasuki ruang kiosk pameran








Lawatan ke kiosk pelajar






Antara produk dan barang jualan Pameran Grafik Berkomputer 2014




Persembahan Nyanyian dan Puisi oleh Pelajar SMKSMAB








Antara gelagat pelajar ketika Pameran Grafik Berkomputer 2014





Para pelajar 5 MPV bergambar bersama guru-guru Grafik Berkomputer



Para pelajar 4 MPV bergambar bersama guru-guru Grafik Berkomputer


Panitia Grafik Berkomputer ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah serta jutaan terima kasih kepada para pelajar mata pelajaran grafik berkomputer khususnya pelajar-pelajar tingkatan 5 MPV kerana berjaya menganjurkan pameran grafik berkomputer bagi tahun 2014, tidak ketinggalan juga kepada guru-guru dan warga SMK Syed Mohamed Al-Bukhary yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.


01 September, 2014

PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2014

Panitia Pendidikan Islam telah melaksanakan Program Ihya’ Ramadhan bersempena dengan kedatangan bulan yang mulia ini. Program Ihya’ Ramadhan itu telah mendapat sokongan padu daripada semua pihak. Aktiviti yang dilaksanakan di dalam Program Ihya' Ramadhan pada tahun ini sama seperti tahun lepas dan ditambah dengan aktiviti yang lain. 

Di antara aktiviti yang menarik yang telah dilaksanakan ialah Tadarus Al-Qur’an guru lelaki dan perempuan serta para pelajar, hafazan Surah Yassin pelajar, sumbangsih, jualan amal, tazkirah, kuiz ramadhan , Majlis Iftar antara pihak pengurusan, guru-guru dan pelajar asrama dan lain-lain lagi untuk menghidupkan bulan ramadhan ini. Ianya berlangsung selama lebih kurang sebulan dalam bulan ramadhan iaitu bermula pada 30 Jun sehingga 25 Julai tahun 2014 ini. Dengan diakhiri Majlis Khatam Al Quran dari JPN dan Pihak sekolah sendiri.


Tuan Pengetua En Shahrir bin Abu Bakar sedang membaca teks ucapan perasmian pembukaan
 " Program Ihya Ramadhan"

Pelajar membaca doa bagi memberkati "Program Ihya Ramadhan" ini.

Alunan Bacaan Al Quran diperdengarkan supaya Program Ihya Ramadhan dirahmati Allah SWT.


Tazkirah Ihya ramadhan di dalam perhimpunan rasmi.







Pelajar-pelajar yang berjaya menjawab soalan 'Kuiz Ramadhan ' mendapat cenderahati daripada Tuan Pengetua.
Tadarrus kali ini turut disertai oleh bekas pengetua SMKSMAB iaitu Pn Hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi yang kini bertugas di PPD Kota Setar

Tadarrus Al-Quran








Hafazan Surah Yassin
                                                               


Tazkirah  di dalam perhimpunan berfokus sempena Ihya Ramadhan


Jualan Amal




Majlis Iftar  yang dihadiri oleh Tuan pengetua Encik Shahrir bin Abu Bakar bersama tetamu , guru dan
 pelajar-pelajar.


Majlis berbuka puasa  ini juga turut dihadiri oleh Penolong Kanan Pentadbiran Pn Pauziah bt Ahmad
bersama guru-guru kanan.










Kehadiran Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman ke Majlis Ihya Ramadhan anjuran JPN bagi sekolah-sekolah dalam kompleks pendidikan yang bertempat di Anjung Mutiara SMKSMAB
Guru-guru yang terlibat dalam hiasan pentas  Majlis Penutupan



Hiasan yang melambangkan berakhirnya Ramadhan dan menjelangnya kedatangan Syawal.

Pn Hajah Sharipah Fatimah turut hadir sebagai tetamu utama pada Majlis Penutupan Ihya Ramadhan 2014

Pihak Pengurusan dan   guru-guru  sekolah bergambar kenangan sejurus berakhirnya Majlis Penutupan Ihya Ramadhan
 (Majlis Khatam Al Quran) 2014.

Related Posts with Thumbnails