Pada 29 Januari 2013 yang lalu, SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah dikunjungi ramai waris untuk menerima pemberian Bantuan Khas Persekolahan 2013 bersama anak-anak mereka yang belajar di sekolah ini. Pemberian bantuan ini disempurnakan oleh Dato' Haji Ahmad bin Lebai Sudin, iaitu penyelaras Parlimen Pokok Sena. Majlis ini telah dilangsungkan di Anjung Mutiara.
![]() |
Para waris yang hadir di majlis tersebut bersama anak-anak pelajar SMKSMAB |
![]() |
Penyelaras Parlimen Pokok Sena, Dato' Haji Ahmad bin Lebai Sudin, memberikan ucapan dalam majlis tersebut.
|
![]() |
Tuan pengetua, mengiringi Dato' Ahmad bin Lebai Sudin semasa penyerahan wang bantuan persekolahan kepada pelajar. |
Para waris yang datang mengucapkan ribuan terima kasih terhadap sumbangan yang diterima dan berjanji menggunakan wang tersebut dengan sebaiknya bagi meringankan beban persekolahan anak mereka. Alhamdulillah.