25 July, 2010

Bengkel Tulisan Jawi

Memandangkan tulisan jawi kian dilupakan, Unit Pendidikan Islam SMKSMAB telah mengambil langkah yang proaktif dengan menganjurkan Bengkel Tulisan Jawi kepada para pelajar dengan objektif melahirkan pelajar yang mampu menguasai tulisan dan bacaan jawi. Bengkel ini mensasarkan pelajar tingkatan 3 dan 5 sebagai pesertanya. Bertempat di Dewan Iltizam pada hari Sabtu lalu (17 Julai 2010), program ini di serikan dengan penceramah jemputan dari SMK Muadzam Shah, Alor Setar iaitu Ustaz Sabri b. Azit.

Ustaz Sabri memberi tip-tip mudah bagi melancarkan bacaan dan penulisan jawi supaya dapat membantu mereka menguasai soalan berkaitan tulisan jawi dalam PMR dan SPM.


Puan Jaliah selaku Guru kanan Kemanusiaan hadir memberi sokongan terhadap sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan kemanusian. Turut kelihatan Ustazah Aminah Ku Ahmad yang bertindak sebagai fasilitator bengkel tersebut.

5 comments:

  1. tahniah kepada guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan program tersebut..:-)

    ReplyDelete
  2. Tenang rasa hati melihat anak-anak yang begitu tekun dan patuh...

    ReplyDelete
  3. wahh..depan tuh kawan baik saya !

    ReplyDelete
  4. walaupun tulisan jawi kian dilupakan, sebagai umat Islam elok kita sendiri yang memartabatkannya kembali..siapa lagi kalau bukan kita..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Semuanya berjalan dengan lancar. Tak rugi kepada semua pelajar tingkatan 3 dan 5 yang hadir. Ilmu tiada penghujungnya... Tahniah & terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam. Pn. Jaliah GKK.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails