Sempena kedatangan bulan Ramadhan 1431 Hijrah, semua warga SMKSMAB gembira dan teruja. Panitia Pendidikan Islam menyemarakkan sambutan Ramadhan kali ini dengan pelancaran "Ramadhan Al-Mubarak" pada 9 Ogos 2010 lalu. Acara ini dilangsungkan selepas pelancaran "Citra Al~Bukhary", buletin pertama sekolah yang memuatkan pelbagai informasi mengenai sekolah.
Ustazah Nadhirah bt Abd Jamil, seorang guru di SMKSMAB telah memberikan sedikit nasihat dan panduan bagi semua warga SMKSMAB untuk menyambut Ramadhan dengan sepenuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Beliau yang baru memulakan tugasnya semula setelah bercuti sakit berjaya memberi jiwa keinsafan dalam ucapannya yang bersemangat..semoga roh Ramadhan bersama kami di Al~Bukhary.
Seterusnya audien diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran oleh qari sekolah. Menenangkan jiwa. Alhamdulillah. Cikgu Ezat Omar, pujangga di SMKSMAB meneruskan acara dengan pelbagai "gimik" dan keletahnya...sambil tersenyum ramai yang terkena dan tersentuh dengan kata-katanya. Persembahan monolognya yang bersahaja mampu memberi keinsafan pada semua. Terima kasih cikgu Ezat.
Sebagai menyemarakkan semangat Ramadhan, bermula Khamis lalu, hari kedua berpuasa, setelah bercuti sehari pada Rabu, semua pelajar dan guru-guru memulakan aktiviti pagi dengan bacaan yassin. Pelajar dari tingkatan 3 dan 5 seperti biasa membaca yassin di Surau sekolah, manakala tingkatan 1 dan 2 di Anjung Mutiara. Ahlan ya sahlan ya Ramadhan, kami menerima kedatanganmu dengan gembira.
Serentak dengan itu pada waktu rehat,.tazkirah Ramadhan pula disiarkan melalui pembesar suara, selain itu majlis tadarrus Al-Quran juga dilangsungkan. Semua pelajar dan guru berpeluang menggunakan sepenuh masa dengan aktiviti yang membawa manfaat. Semua aktiviti ini diurus dan disusun oleh Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SMKSMAB. Syabas semua ustaz dan ustazah.
14 August, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment