01 February, 2013

Kembara Ilmu - Inspirasi SMK Seri Puteri (catatan pelajar cemerlang PMR 2012) - siri 2

Setelah kami menjamu selera, kami bergerak ke lobi sekolah SMK Seri Puteri untuk memulakan lawatan sekeliling sekolah itu. Tepat jam 10:20 pagi, kami berjumpa di lobi sekolah dan disambut oleh pelajar cemerlang (TOP 5) sekolah itu. Mereka menerima kehadiran kami dengan tangan yang terbuka. Madam menandatangani buku pas pelawat di bilik menanti. Menurut pelajar TOP 5, semua pelawat akan menandatangani buku tersebut.

Madam menandatangani buku pelawat, diikuti para pelajar. Madam sempat juga menulis  kata-kata motivasi.

     Madam meluangkan sedikit masa beramah mesra dengan guru kaunseling Sekolah Seri Puteri, Puan Hajar Bin Haji Selamat. Seterusnya kami dibawa  ke bilik mesyuarat. Kami dijamu dengan bihun goreng dan buah-buahan. Setelah itu, kami dipertontonkan dengan video video sekolah yang memberi banyak informasi mengenai SMK Seri Puteri, antaranya  seperti nama kelas-kelas yang mewakili huruf ejaan PUTERI iaitu P- Pintar, U- Usaha,T- Tekun, E- Elit, R- Restu dan I- Intelek.


     Menurut PK HEM SMK Seri Puteri, pelajar sekolah mereka terdiri daripada pelajar dari seluruh Malaysia seramai 839. Mereka juga hanya menerima seramai 900 orang sahaja setiap tahun. Sekolah Seri Puteri mempunyai 2 sesi persekolahan. Sesi pertama bermula dari pagi sehingga pukul 1:40 petang, selepas itu mereka perlu menghadiri kelas prep (belajar sendiri), selepas prep, pembelajaran sesi ke-2 akan disambung sehingga jam 3:40 petang. Ianya agak berbeza dengan sistem persekolahan biasa. Selepas mendengar penerangan Puan Mona, kami saling bertukar cenderahati antara SMK Syed Mohamed Al- Bukhary dan SMK Seri Puteri. Kemudian, kami dibawa melawat sekeliling sekolah oleh pelajar TOP 5 SMK Seri Puteri.

Cenderahati dari pihak SMK Syed Mohamed Al- Bukhary.

Bilik muzik mereka yang dipenuhi alatan muzik yang disimpan dengan rapi.


Unit ICT sekolah menyediakan kemudahan komputer dan internet  untuk kemudahan pelajar.


Pondok rekreasi pelajar.


 Bilik kaunseling.


Perpustakaan mereka yang luas dan padat dengan pelbagai jenis buku ilmiah.


Papan pemarkahan mengikut sistem merit rumah sukan yang diperbaharui setiap bulan.


Dinding yang dihias dengan penuh kreativiti untuk menceriakan lagi persekitaran sekolah.


 Koperasi sekolah.

 Makmal Bahasa.


 Pembelajaran bahasa asing sebagai  bahasa tambahan di SMK Seri Puteri.


Kami berehat sebentar setelah penat menjelajah sekolah mereka yang luas


     Kemudian, kami dibawa ke dewan makan untuk menikmati makanan tengah hari yang telah sedia terhidang. Menu yang dihidangkan sangat menarik. Antaranya sambal udang, ikan masak lemak, sayur-sayuran, buah-buahan serta pelbagai lagi makanan yang amat membuka selera kami. Kami sempat bergambar bersama-sama pelajar yang membawa kami melawat sekolah mereka dan melayani kami seperti ahli keluarga sendiri.


Kenangan indah bersama, membawa pengertian bermakna buat kami - kecemerlangan pelajar-pelajar SMK Seri Puteri memberi sumber inspirasi.


Pengetua kami yang sporting .


Kami menuju ke rumah tamu untuk bersiap-siap ke destinasi seterusnya iaitu melawat tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails