01 February, 2013

Hari Terakhir Di KL. (catatan pelajar cemerlang pmr 2012)- SIRI 4



 Pada awal pagi khamis, 24/1/2013, kami bersiap kemudian bersantai di ruang tamu apartment sementara menunggu ketibaan PakCik Eddie.

Ruang Tamu Apartment Seri Puteri
Setibanya PakCik Eddie, kami memulakan perjalanan kami. Pertama sekali, kami membuat bayaran untuk rumah sewa Seri Puteri. Kemudian, kami sempat bergambar di beberapa tempat menarik di sana.



Di hadapan sekolah Seri Puteri

Membelakangkan permandangan yang cantik di awal pagi tanpa kesesakan lalu lintas
Di hadapan laluan sekolah Seri Puteri 

Madam bersama papan tanda BERHENTI yang sudah  tertanggal.

Selesai bergambar, kami mengisi perut kami di restoran ALEFMAJU. Kami ditemani oleh anak buah Madam yang juga merupakan seorang guru yang menetap di sana. Sementara menunggu hidangan dihidangkan, kami mendengar PakCik Eddie berkongsi cerita tentang pekerjaan yang pernah dilakukan sepanjang berada di sana. Menurut PakCik Eddie, dia pernah bekerja sebagai, penjual ubat-ubatan, menjual kereta, dealer di NISSAN, menjual henfon, dan bermacam-macam lagi. Selesai bersarapan, kami berpisah dengan anak buah Madam dan meneruskan perjalanan kami ke Multimedia University, Masjid Negara, Taman Rama-Rama, Taman Burung, MBSA, Memorial Tun Abdul Razak, Planetarium Negara, Muzium Kesenian Islam, Tugu Negara dan mengelilingi satu KL. 




Multimedia University

Masjid Negara

Stadium Bukit Jalil

Taman Burung

Taman Rama-Rama

Planetarium Negara


MBSA

Salah satu bangunan di Memorial Tun Abdul Razak
Muzium Kesenian Islam
Ketika berada di luar Muzium Kesenian Islam, kami mengagumi bangunan tersebut kerana dindingnya diperbuat daripada seramik yang dipotong dengan kemas dan teratur. Di dalamnya terdapat beberapa jenis saiz dan bentuk Al-quran, masjid-masjid yang terdapat di seluruh negara seperti di India, China, Thailand, Afrika dan lain-lain. Ditunjukkan juga pakaian orang dahulu ketika berperang dan berbagai-bagai lagi.





Dinding yang diperbuat daripada seramik yang dipotong.
Di hadapan monumen dalam perkarangan Tugu Negara
Tugu Negara
Kami dapat merasakan kebangkitan semangat patriotik di dalam diri kami sebaik saja kami melangkah masuk ke dalam perkarangan Tugu Negara. Di sini, kami diperlihatkan pelbagai sejarah-sejarah dan bakti pejuang-pejuang dahulu yang telah berjaya membawa keamanan ke Malaysia. Kami juga merindui Cikgu Azizan, bekas PK HEM kami yang sangat tinggi semangat patriotik di dalam diri beliau dan sangat berwibawa dalam menguruskan sesuatu perkara. Beliau sering kali menceritakan kepada kami tentang sejarah manusia zaman dahulu kala. Sesungguhnya, cikgu sentiasa diingiti dan disayangi oleh kami walaupun cikgu sudah berpindah ke sekolah lain. Kami juga berpeluang berjumpa dengan ramai pelancong ketika berada di sana. Ini menunjukkan bahawa Malaysia negara yang maju kerana terdapat ramai pelancong luar seperti Korea, Jepun, Thailand, Indonesia dan macam-macam lagi yang berkunjung ke Malaysia. Sebelum kami bergerak ke KLCC, kami sempat mensedekahkan sekalung AlFatihah bagi pejuang-pejuang. 

Di dalam Petrosains

Madam melepaskan kami ketika berada di KLCC, kami dibenarkan melakukan aktiviti-aktiviti bebas. Sebahagian daripada kami pergi membeli-belah, ke Aquaria, Petrosains, makan makanan Korea, Jepun, dan macam-macam aktiviti menarik. Kami menghabiskan masa selama 3 jam di sana.Ketika berada di dalam Petrosains, kami telah mengetahui pelbagai benda baru yang kami tidak sedar selama ini. Pengembaraan ketika di sini telah membuka minda kami agar berfikir secara luas, mendalam dan logik. Kami juga telah berjaya menyelesaikan salah satu ujian yang disediakan pihak petrosains. Kami berjaya menyelesaikan pada percubaan kedua. Ia agak mengagumkan kerana ia melibatkan kestabilan sesuatu objek. Kami menyelesaikannya sebagai satu pasukan yang baik.



Percubaan Pertama

Percubaan ke-2

 Kemudian kami bergerak ke LCCT pada jam 6.00 petang untuk terbang pulang ke Alor Star semula. 

Di tengah-tengah LCCT.
Kami daftar masuk dan terus memasuki kapal terbang. Perjalanan kami lebih kurang 30minit. Kami semua hanya melelapkan mata buat seketika sementara tiba di Alor . Setibanya kami, kami di kejutkan dengan aksi kebudak-budakkan Madam yang jarang kami tontoni di sekolah. Kami juga berpeluang bergambar dengan salah seorang pramugari di situ. Sebelum pulang ke rumah masing-masing, kami bergambar dengan seluruh ahli keluarga dan menunaikan solat jamak di situ juga. 

Aksi  Madam yang melucukan.

Bergambar bersama salah seorang pramugari
Bergambar bersama semua keluarga yang hadir
Selesai semuanya, kami pun pulang ke rumah masing-masing dalam keadaan penat tapi seronok!! Ia meruupakan satu percutian yang menyeronokkan walaupun hanya beberapa hari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails