01 February, 2013

LAWATAN " SCHOOL IMPROVEMENT PARTNERSHIP PROGRAMME " DAN KEMBARA ILMU 2013 (SIRI 1)

 23.1.13 : Mulai jam 7 pagi semua pelajar yang telah memperolehi keputusan cemerlang (straight A ) Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2012 SMK Syed Mohamed Al- Bukhary , berkumpul di lobi Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim  (LTSAH) Alor Setar. Mereka telah berjaya menyahut cabaran Pengetua , Madam Dewi Rosnah Binti Radin Suhadi, yang telah berjanji untuk menghadiahkan tiket penerbangan pergi dan balik ke Kuala Lumpur.


Di lobi LTSAH.




Semua pelajar berasa teruja untuk menaiki kapal terbang pada awal pagi.

Tepat jam 8.30 pagi, kapal terbang yang membawa kami pun berlepas. Ini merupakan pengalaman pertama kami menaiki kapal terbang kecuali Ili dan Zuratiqah . Madam berpesan agar kami sentiasa bergerak pantas untuk mengejar masa.

Satu satunya pelajar lelaki yang mengikuti lawatan ini. 


  Keterujaan jelas terpancar di air muka mereka

Kami tiba di LCCT pada jam 9.35 pagi. Pelajar - pelajar sangat gembira apabila tiba di sana. Sementara menunggu ketibaan van dari Sekolah Seri Puteri, satu satunya pelajar lelaki , Ashhar diminati oleh seorang pelancong cilik yang comel dan memikat hati. 

Gelagat Ashhar melayan kanak-kanak kecil itu,


Kami dijemput oleh PK HEM Sek. Seri Puteri, iaitu Puan Mona Razmah bersama seorang pemandu van yang peramah. Sepanjang perjalanan dari LCCT, Pn.Mona memaklumkan pelajar-pelajar Sek. Seri Puteri telah dibenarkan pulang pada petang itu kerana cuti sempena Maulidur Rasul. Bas telah disewa untuk menghantar pelajar pulang ke negeri masing-masing. Mereka juga dibenarkan pulang pada cuti penggal. Sekiranya cuti pendek, sebahagian mereka menumpang di rumah ibubapa angkat mereka .Pihak sekolah akan menanggung segala perbelanjaan makan minum para pelajar.

Setibanya kami di Sek. Seri Puteri, kami dibawa ke rumah tamu yang disediakan. Kami menyimpan bagasi dan barang barang yang kami bawa bersama. Kemudiannya, kami  bersarapan bersama-sama dengan bekalan nasi lemak yang dibawa oleh Cikgu Nurul dari sekolah. 

Van yang membawa kami dari LCCT ke rumah tamu

Bersarapan di rumah tamu Sek.Seri Puteri dengan begitu selera.

Kami berehat selama beberapa minit sebelum kami melawat sekolah mereka. Kami cuba bergerak pantas agar masa kami tidak terbiar dan dapat mengisi masa itu dengan berguna.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails