03 February, 2013

Mesyuarat PIBG 2013

Mesyuarat PIBG SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah selamat berlangsung pada 3 hb Februari 2013 yang lalu. Majlis diadakan pada jam 2 petang di Anjung Mutiara. 

                             Para waris yang datang menandatangani borang kehadiran yang disediakan.
Tuan Pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary bersama AJK PIBG mengaminkan doa  
 

Sesi soaljawab antara pihak waris dan AJK PIBG yang dilantik.
Antara para waris yang hadir dalam mesyuarat PIBG kali ini.
Sesungguhnya mesyuarat PIBG yang diadakan setiap tahun adalah jambatan yang mengeratkan hubungan antara guru, pelajar dan ibu bapa. Semoga PIBG SMKSMAB yang berjaya mendapat pengiktirafan sebagai PIBG Cemerlang Peringkat Negeri Kedah akan terus melakar kejayaan demi kejayaan..In Syaa Allah.


Persaraan Puan Mesnah Bt Hussein

Setiap yang bermula pasti akan berakhir,.Puan Mesnah Bt Hussein hari ini menamatkan tugasannya di SMK Syed Mohamed Al-Bukhary.



01 February, 2013

LAWATAN " SCHOOL IMPROVEMENT PARTNERSHIP PROGRAMME " DAN KEMBARA ILMU 2013 (SIRI 1)

 23.1.13 : Mulai jam 7 pagi semua pelajar yang telah memperolehi keputusan cemerlang (straight A ) Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2012 SMK Syed Mohamed Al- Bukhary , berkumpul di lobi Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim  (LTSAH) Alor Setar. Mereka telah berjaya menyahut cabaran Pengetua , Madam Dewi Rosnah Binti Radin Suhadi, yang telah berjanji untuk menghadiahkan tiket penerbangan pergi dan balik ke Kuala Lumpur.


Di lobi LTSAH.




Semua pelajar berasa teruja untuk menaiki kapal terbang pada awal pagi.

Tepat jam 8.30 pagi, kapal terbang yang membawa kami pun berlepas. Ini merupakan pengalaman pertama kami menaiki kapal terbang kecuali Ili dan Zuratiqah . Madam berpesan agar kami sentiasa bergerak pantas untuk mengejar masa.

Satu satunya pelajar lelaki yang mengikuti lawatan ini. 


  Keterujaan jelas terpancar di air muka mereka

Kami tiba di LCCT pada jam 9.35 pagi. Pelajar - pelajar sangat gembira apabila tiba di sana. Sementara menunggu ketibaan van dari Sekolah Seri Puteri, satu satunya pelajar lelaki , Ashhar diminati oleh seorang pelancong cilik yang comel dan memikat hati. 

Gelagat Ashhar melayan kanak-kanak kecil itu,


Kami dijemput oleh PK HEM Sek. Seri Puteri, iaitu Puan Mona Razmah bersama seorang pemandu van yang peramah. Sepanjang perjalanan dari LCCT, Pn.Mona memaklumkan pelajar-pelajar Sek. Seri Puteri telah dibenarkan pulang pada petang itu kerana cuti sempena Maulidur Rasul. Bas telah disewa untuk menghantar pelajar pulang ke negeri masing-masing. Mereka juga dibenarkan pulang pada cuti penggal. Sekiranya cuti pendek, sebahagian mereka menumpang di rumah ibubapa angkat mereka .Pihak sekolah akan menanggung segala perbelanjaan makan minum para pelajar.

Setibanya kami di Sek. Seri Puteri, kami dibawa ke rumah tamu yang disediakan. Kami menyimpan bagasi dan barang barang yang kami bawa bersama. Kemudiannya, kami  bersarapan bersama-sama dengan bekalan nasi lemak yang dibawa oleh Cikgu Nurul dari sekolah. 

Van yang membawa kami dari LCCT ke rumah tamu

Bersarapan di rumah tamu Sek.Seri Puteri dengan begitu selera.

Kami berehat selama beberapa minit sebelum kami melawat sekolah mereka. Kami cuba bergerak pantas agar masa kami tidak terbiar dan dapat mengisi masa itu dengan berguna.

Kembara Ilmu - Inspirasi SMK Seri Puteri (catatan pelajar cemerlang PMR 2012) - siri 2

Setelah kami menjamu selera, kami bergerak ke lobi sekolah SMK Seri Puteri untuk memulakan lawatan sekeliling sekolah itu. Tepat jam 10:20 pagi, kami berjumpa di lobi sekolah dan disambut oleh pelajar cemerlang (TOP 5) sekolah itu. Mereka menerima kehadiran kami dengan tangan yang terbuka. Madam menandatangani buku pas pelawat di bilik menanti. Menurut pelajar TOP 5, semua pelawat akan menandatangani buku tersebut.

Madam menandatangani buku pelawat, diikuti para pelajar. Madam sempat juga menulis  kata-kata motivasi.

     Madam meluangkan sedikit masa beramah mesra dengan guru kaunseling Sekolah Seri Puteri, Puan Hajar Bin Haji Selamat. Seterusnya kami dibawa  ke bilik mesyuarat. Kami dijamu dengan bihun goreng dan buah-buahan. Setelah itu, kami dipertontonkan dengan video video sekolah yang memberi banyak informasi mengenai SMK Seri Puteri, antaranya  seperti nama kelas-kelas yang mewakili huruf ejaan PUTERI iaitu P- Pintar, U- Usaha,T- Tekun, E- Elit, R- Restu dan I- Intelek.


     Menurut PK HEM SMK Seri Puteri, pelajar sekolah mereka terdiri daripada pelajar dari seluruh Malaysia seramai 839. Mereka juga hanya menerima seramai 900 orang sahaja setiap tahun. Sekolah Seri Puteri mempunyai 2 sesi persekolahan. Sesi pertama bermula dari pagi sehingga pukul 1:40 petang, selepas itu mereka perlu menghadiri kelas prep (belajar sendiri), selepas prep, pembelajaran sesi ke-2 akan disambung sehingga jam 3:40 petang. Ianya agak berbeza dengan sistem persekolahan biasa. Selepas mendengar penerangan Puan Mona, kami saling bertukar cenderahati antara SMK Syed Mohamed Al- Bukhary dan SMK Seri Puteri. Kemudian, kami dibawa melawat sekeliling sekolah oleh pelajar TOP 5 SMK Seri Puteri.

Cenderahati dari pihak SMK Syed Mohamed Al- Bukhary.

Bilik muzik mereka yang dipenuhi alatan muzik yang disimpan dengan rapi.


Unit ICT sekolah menyediakan kemudahan komputer dan internet  untuk kemudahan pelajar.


Pondok rekreasi pelajar.


 Bilik kaunseling.


Perpustakaan mereka yang luas dan padat dengan pelbagai jenis buku ilmiah.


Papan pemarkahan mengikut sistem merit rumah sukan yang diperbaharui setiap bulan.


Dinding yang dihias dengan penuh kreativiti untuk menceriakan lagi persekitaran sekolah.


 Koperasi sekolah.

 Makmal Bahasa.


 Pembelajaran bahasa asing sebagai  bahasa tambahan di SMK Seri Puteri.


Kami berehat sebentar setelah penat menjelajah sekolah mereka yang luas


     Kemudian, kami dibawa ke dewan makan untuk menikmati makanan tengah hari yang telah sedia terhidang. Menu yang dihidangkan sangat menarik. Antaranya sambal udang, ikan masak lemak, sayur-sayuran, buah-buahan serta pelbagai lagi makanan yang amat membuka selera kami. Kami sempat bergambar bersama-sama pelajar yang membawa kami melawat sekolah mereka dan melayani kami seperti ahli keluarga sendiri.


Kenangan indah bersama, membawa pengertian bermakna buat kami - kecemerlangan pelajar-pelajar SMK Seri Puteri memberi sumber inspirasi.


Pengetua kami yang sporting .


Kami menuju ke rumah tamu untuk bersiap-siap ke destinasi seterusnya iaitu melawat tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur.

Kembara Ilmu - Melawat Sekitar Cyberjaya, Shah Alam(Catatan pelajar cemerlang pmr 2012)- SIRI 3

Pada petang 23 Januari 2013 selepas melawat sekitar Sekolah Seri Puteri kami bersiap-siap untuk ke destinasi seterusnya iaitu Cyberjaya. kami menaiki kereta Exora yang dipandu oleh Pak Cik Eddie.

Pak Cik Eddie dan Ashhar

 Perjalanan kami dari Cyberjaya ke Putrajaya mengambil masa selama 15 minit dan jarak perjalanan sekitar 5 km. kami tiba di Centre Square pada  kira-kira jam 3.30 petang. Di sana kami melawat Kapsul Masa yang dibina oleh Tun Dr. Mahathir, mahkamah, Masjid Putrajaya dan Masjid Sultan Mizan.Ketika di Kapsul Masa Pak Cik Eddie menurunkan kami untuk bergambar di Kapsul Masa.
Laman Megalik  di kapsul masa
Di hadapan kapsul masa
Kami menuju ke Masjid Putra, Putrajaya. Di situ majlis sambutan Maulidur Rasul sedang giat dan aktif disiapkan. Krew-krew media massa seperti TV3, RTM, ASTRO, TV9 dan sebagainya berhimpun untuk membuat liputan tentang majlis Maulidur Rasul yang akan dijalankan pada esok hari di situ.

Masjid Putra, Putrajaya

Perkarangan Masjid Putra, Putrajaya

Seterusnya, kami bergerak ke Alamanda untuk makan petang. Setibanya di Alamanda, kami menuju ke restoran Johnny's, Madam memesan steamboat satu set. Sedapnya tidak terkata!!

Setelah kami mengisi perut, kami menuju ke I-City, Shah Alam, kami bergambar untuk seketika, sebelum membayar tiket untuk memasuki Snowwalk yang berharga RM35 seorang. Sebelum memasuki snowwalk, kami diberi setiap seorang satu helai baju sejuk. Ketika di dalam sana, kami berpeluang bergambar dengan arca ais. Kami juga berpeluang meluncur ais, bermain bola sepak, dan bermacam-macam lagi permainan yang disediakan. Kami bertambah seronok kerana ia merupakan pengalaman kami yang pertama memasuki snowwalk. Kami terasa bagai berada di luar negar pada musim sejuk.

Kami bergambar di atas arca kapal

Zura begambar bersama Madam.

Di tengah-tengah limpahan cahaya I-City
Semua kekenyangan.

Selesai makan malam, kami bergerak pulang kerana hari sudah larut malam. Setibanya kami di rumah, kami membersihkan diri kemudian terus tidur kerana keletihan.

Hari Terakhir Di KL. (catatan pelajar cemerlang pmr 2012)- SIRI 4



 Pada awal pagi khamis, 24/1/2013, kami bersiap kemudian bersantai di ruang tamu apartment sementara menunggu ketibaan PakCik Eddie.

Ruang Tamu Apartment Seri Puteri
Setibanya PakCik Eddie, kami memulakan perjalanan kami. Pertama sekali, kami membuat bayaran untuk rumah sewa Seri Puteri. Kemudian, kami sempat bergambar di beberapa tempat menarik di sana.



Di hadapan sekolah Seri Puteri

Membelakangkan permandangan yang cantik di awal pagi tanpa kesesakan lalu lintas
Di hadapan laluan sekolah Seri Puteri 

Madam bersama papan tanda BERHENTI yang sudah  tertanggal.

Selesai bergambar, kami mengisi perut kami di restoran ALEFMAJU. Kami ditemani oleh anak buah Madam yang juga merupakan seorang guru yang menetap di sana. Sementara menunggu hidangan dihidangkan, kami mendengar PakCik Eddie berkongsi cerita tentang pekerjaan yang pernah dilakukan sepanjang berada di sana. Menurut PakCik Eddie, dia pernah bekerja sebagai, penjual ubat-ubatan, menjual kereta, dealer di NISSAN, menjual henfon, dan bermacam-macam lagi. Selesai bersarapan, kami berpisah dengan anak buah Madam dan meneruskan perjalanan kami ke Multimedia University, Masjid Negara, Taman Rama-Rama, Taman Burung, MBSA, Memorial Tun Abdul Razak, Planetarium Negara, Muzium Kesenian Islam, Tugu Negara dan mengelilingi satu KL. 




Multimedia University

Masjid Negara

Stadium Bukit Jalil

Taman Burung

Taman Rama-Rama

Planetarium Negara


MBSA

Salah satu bangunan di Memorial Tun Abdul Razak
Muzium Kesenian Islam
Ketika berada di luar Muzium Kesenian Islam, kami mengagumi bangunan tersebut kerana dindingnya diperbuat daripada seramik yang dipotong dengan kemas dan teratur. Di dalamnya terdapat beberapa jenis saiz dan bentuk Al-quran, masjid-masjid yang terdapat di seluruh negara seperti di India, China, Thailand, Afrika dan lain-lain. Ditunjukkan juga pakaian orang dahulu ketika berperang dan berbagai-bagai lagi.





Dinding yang diperbuat daripada seramik yang dipotong.
Di hadapan monumen dalam perkarangan Tugu Negara
Tugu Negara
Kami dapat merasakan kebangkitan semangat patriotik di dalam diri kami sebaik saja kami melangkah masuk ke dalam perkarangan Tugu Negara. Di sini, kami diperlihatkan pelbagai sejarah-sejarah dan bakti pejuang-pejuang dahulu yang telah berjaya membawa keamanan ke Malaysia. Kami juga merindui Cikgu Azizan, bekas PK HEM kami yang sangat tinggi semangat patriotik di dalam diri beliau dan sangat berwibawa dalam menguruskan sesuatu perkara. Beliau sering kali menceritakan kepada kami tentang sejarah manusia zaman dahulu kala. Sesungguhnya, cikgu sentiasa diingiti dan disayangi oleh kami walaupun cikgu sudah berpindah ke sekolah lain. Kami juga berpeluang berjumpa dengan ramai pelancong ketika berada di sana. Ini menunjukkan bahawa Malaysia negara yang maju kerana terdapat ramai pelancong luar seperti Korea, Jepun, Thailand, Indonesia dan macam-macam lagi yang berkunjung ke Malaysia. Sebelum kami bergerak ke KLCC, kami sempat mensedekahkan sekalung AlFatihah bagi pejuang-pejuang. 

Di dalam Petrosains

Madam melepaskan kami ketika berada di KLCC, kami dibenarkan melakukan aktiviti-aktiviti bebas. Sebahagian daripada kami pergi membeli-belah, ke Aquaria, Petrosains, makan makanan Korea, Jepun, dan macam-macam aktiviti menarik. Kami menghabiskan masa selama 3 jam di sana.Ketika berada di dalam Petrosains, kami telah mengetahui pelbagai benda baru yang kami tidak sedar selama ini. Pengembaraan ketika di sini telah membuka minda kami agar berfikir secara luas, mendalam dan logik. Kami juga telah berjaya menyelesaikan salah satu ujian yang disediakan pihak petrosains. Kami berjaya menyelesaikan pada percubaan kedua. Ia agak mengagumkan kerana ia melibatkan kestabilan sesuatu objek. Kami menyelesaikannya sebagai satu pasukan yang baik.



Percubaan Pertama

Percubaan ke-2

 Kemudian kami bergerak ke LCCT pada jam 6.00 petang untuk terbang pulang ke Alor Star semula. 

Di tengah-tengah LCCT.
Kami daftar masuk dan terus memasuki kapal terbang. Perjalanan kami lebih kurang 30minit. Kami semua hanya melelapkan mata buat seketika sementara tiba di Alor . Setibanya kami, kami di kejutkan dengan aksi kebudak-budakkan Madam yang jarang kami tontoni di sekolah. Kami juga berpeluang bergambar dengan salah seorang pramugari di situ. Sebelum pulang ke rumah masing-masing, kami bergambar dengan seluruh ahli keluarga dan menunaikan solat jamak di situ juga. 

Aksi  Madam yang melucukan.

Bergambar bersama salah seorang pramugari
Bergambar bersama semua keluarga yang hadir
Selesai semuanya, kami pun pulang ke rumah masing-masing dalam keadaan penat tapi seronok!! Ia meruupakan satu percutian yang menyeronokkan walaupun hanya beberapa hari.
Related Posts with Thumbnails