29 April, 2013

Menggamit Memori di MACA 2013

Pada 17 April 2013, telah berlangsung Majlis gilang gemilang Majlis Anugerah Cemerlang Al-Bukhary atau singkatannya MACA untuk tahun 2013. Kali ini sambutan bertemakan "Al-Bukhary Menggamit Memori". Tema ini dipilih bagi mengenang semula sejarah sekolah serta pelbagai memori kejayaannya setelah lebih 27 tahun ditubuhkan. Selari dengan tema, tetamu jemputan kali ini ialah beberapa orang bekas pelajar SMKSMAB yang telah berjaya dalam kehidupan mereka. Dato Zubir bin Zabidi yang merupakan Pengarah Urusan One Zuza Food Industries telah dijemput merasmikan MACA dan seterusnya menyampaikan anugerah kepada pelajar.

Berikut merupakan sketsa pada hari MACA 2013 dengan tema "AL_BUKHARY MENGGAMIT MEMORI"















Al-Bukhary Menggamit Memori - MACA 2013

















03 February, 2013

Mesyuarat PIBG 2013

Mesyuarat PIBG SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah selamat berlangsung pada 3 hb Februari 2013 yang lalu. Majlis diadakan pada jam 2 petang di Anjung Mutiara. 

                             Para waris yang datang menandatangani borang kehadiran yang disediakan.
Tuan Pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary bersama AJK PIBG mengaminkan doa  
 

Sesi soaljawab antara pihak waris dan AJK PIBG yang dilantik.
Antara para waris yang hadir dalam mesyuarat PIBG kali ini.
Sesungguhnya mesyuarat PIBG yang diadakan setiap tahun adalah jambatan yang mengeratkan hubungan antara guru, pelajar dan ibu bapa. Semoga PIBG SMKSMAB yang berjaya mendapat pengiktirafan sebagai PIBG Cemerlang Peringkat Negeri Kedah akan terus melakar kejayaan demi kejayaan..In Syaa Allah.


Persaraan Puan Mesnah Bt Hussein

Setiap yang bermula pasti akan berakhir,.Puan Mesnah Bt Hussein hari ini menamatkan tugasannya di SMK Syed Mohamed Al-Bukhary.



01 February, 2013

LAWATAN " SCHOOL IMPROVEMENT PARTNERSHIP PROGRAMME " DAN KEMBARA ILMU 2013 (SIRI 1)

 23.1.13 : Mulai jam 7 pagi semua pelajar yang telah memperolehi keputusan cemerlang (straight A ) Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2012 SMK Syed Mohamed Al- Bukhary , berkumpul di lobi Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim  (LTSAH) Alor Setar. Mereka telah berjaya menyahut cabaran Pengetua , Madam Dewi Rosnah Binti Radin Suhadi, yang telah berjanji untuk menghadiahkan tiket penerbangan pergi dan balik ke Kuala Lumpur.


Di lobi LTSAH.




Semua pelajar berasa teruja untuk menaiki kapal terbang pada awal pagi.

Tepat jam 8.30 pagi, kapal terbang yang membawa kami pun berlepas. Ini merupakan pengalaman pertama kami menaiki kapal terbang kecuali Ili dan Zuratiqah . Madam berpesan agar kami sentiasa bergerak pantas untuk mengejar masa.

Satu satunya pelajar lelaki yang mengikuti lawatan ini. 


  Keterujaan jelas terpancar di air muka mereka

Kami tiba di LCCT pada jam 9.35 pagi. Pelajar - pelajar sangat gembira apabila tiba di sana. Sementara menunggu ketibaan van dari Sekolah Seri Puteri, satu satunya pelajar lelaki , Ashhar diminati oleh seorang pelancong cilik yang comel dan memikat hati. 

Gelagat Ashhar melayan kanak-kanak kecil itu,


Kami dijemput oleh PK HEM Sek. Seri Puteri, iaitu Puan Mona Razmah bersama seorang pemandu van yang peramah. Sepanjang perjalanan dari LCCT, Pn.Mona memaklumkan pelajar-pelajar Sek. Seri Puteri telah dibenarkan pulang pada petang itu kerana cuti sempena Maulidur Rasul. Bas telah disewa untuk menghantar pelajar pulang ke negeri masing-masing. Mereka juga dibenarkan pulang pada cuti penggal. Sekiranya cuti pendek, sebahagian mereka menumpang di rumah ibubapa angkat mereka .Pihak sekolah akan menanggung segala perbelanjaan makan minum para pelajar.

Setibanya kami di Sek. Seri Puteri, kami dibawa ke rumah tamu yang disediakan. Kami menyimpan bagasi dan barang barang yang kami bawa bersama. Kemudiannya, kami  bersarapan bersama-sama dengan bekalan nasi lemak yang dibawa oleh Cikgu Nurul dari sekolah. 

Van yang membawa kami dari LCCT ke rumah tamu

Bersarapan di rumah tamu Sek.Seri Puteri dengan begitu selera.

Kami berehat selama beberapa minit sebelum kami melawat sekolah mereka. Kami cuba bergerak pantas agar masa kami tidak terbiar dan dapat mengisi masa itu dengan berguna.

Kembara Ilmu - Inspirasi SMK Seri Puteri (catatan pelajar cemerlang PMR 2012) - siri 2

Setelah kami menjamu selera, kami bergerak ke lobi sekolah SMK Seri Puteri untuk memulakan lawatan sekeliling sekolah itu. Tepat jam 10:20 pagi, kami berjumpa di lobi sekolah dan disambut oleh pelajar cemerlang (TOP 5) sekolah itu. Mereka menerima kehadiran kami dengan tangan yang terbuka. Madam menandatangani buku pas pelawat di bilik menanti. Menurut pelajar TOP 5, semua pelawat akan menandatangani buku tersebut.

Madam menandatangani buku pelawat, diikuti para pelajar. Madam sempat juga menulis  kata-kata motivasi.

     Madam meluangkan sedikit masa beramah mesra dengan guru kaunseling Sekolah Seri Puteri, Puan Hajar Bin Haji Selamat. Seterusnya kami dibawa  ke bilik mesyuarat. Kami dijamu dengan bihun goreng dan buah-buahan. Setelah itu, kami dipertontonkan dengan video video sekolah yang memberi banyak informasi mengenai SMK Seri Puteri, antaranya  seperti nama kelas-kelas yang mewakili huruf ejaan PUTERI iaitu P- Pintar, U- Usaha,T- Tekun, E- Elit, R- Restu dan I- Intelek.


     Menurut PK HEM SMK Seri Puteri, pelajar sekolah mereka terdiri daripada pelajar dari seluruh Malaysia seramai 839. Mereka juga hanya menerima seramai 900 orang sahaja setiap tahun. Sekolah Seri Puteri mempunyai 2 sesi persekolahan. Sesi pertama bermula dari pagi sehingga pukul 1:40 petang, selepas itu mereka perlu menghadiri kelas prep (belajar sendiri), selepas prep, pembelajaran sesi ke-2 akan disambung sehingga jam 3:40 petang. Ianya agak berbeza dengan sistem persekolahan biasa. Selepas mendengar penerangan Puan Mona, kami saling bertukar cenderahati antara SMK Syed Mohamed Al- Bukhary dan SMK Seri Puteri. Kemudian, kami dibawa melawat sekeliling sekolah oleh pelajar TOP 5 SMK Seri Puteri.

Cenderahati dari pihak SMK Syed Mohamed Al- Bukhary.

Bilik muzik mereka yang dipenuhi alatan muzik yang disimpan dengan rapi.


Unit ICT sekolah menyediakan kemudahan komputer dan internet  untuk kemudahan pelajar.


Pondok rekreasi pelajar.


 Bilik kaunseling.


Perpustakaan mereka yang luas dan padat dengan pelbagai jenis buku ilmiah.


Papan pemarkahan mengikut sistem merit rumah sukan yang diperbaharui setiap bulan.


Dinding yang dihias dengan penuh kreativiti untuk menceriakan lagi persekitaran sekolah.


 Koperasi sekolah.

 Makmal Bahasa.


 Pembelajaran bahasa asing sebagai  bahasa tambahan di SMK Seri Puteri.


Kami berehat sebentar setelah penat menjelajah sekolah mereka yang luas


     Kemudian, kami dibawa ke dewan makan untuk menikmati makanan tengah hari yang telah sedia terhidang. Menu yang dihidangkan sangat menarik. Antaranya sambal udang, ikan masak lemak, sayur-sayuran, buah-buahan serta pelbagai lagi makanan yang amat membuka selera kami. Kami sempat bergambar bersama-sama pelajar yang membawa kami melawat sekolah mereka dan melayani kami seperti ahli keluarga sendiri.


Kenangan indah bersama, membawa pengertian bermakna buat kami - kecemerlangan pelajar-pelajar SMK Seri Puteri memberi sumber inspirasi.


Pengetua kami yang sporting .


Kami menuju ke rumah tamu untuk bersiap-siap ke destinasi seterusnya iaitu melawat tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur.
Related Posts with Thumbnails