Tanggal 20 April 2011, sempurnalah sudah acara tahunan terbesar bagi setiap sekolah iaitu majlis pengiktirafan untuk warga sekolah terutamanya para pelajar yang berjaya dalam bidang Kurikulum dan Kokurikulum. SMKSMAB juga turut menganjurkan acara ini hari ini dan telah dijenamakan semula sebagai Majlis Anugerah Cemerlang Al-Bukhary atau singkatannya MACA 2011 dengan temanya iaitu "Untukmu Ibu dan Ayah". Tema ini bersesuaian dengan pengorbanan ibu bapa dalam memberi pendidikan yang sempurna bagi anak masing-masing sehingga mereka berjaya meraih kejayaan.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah iaitu Tuan Haji Mustafa B Abdul Hamid, BCK. Turut meluangkan masa adalah En Amri B Abdul Latif iaitu Pegawai Khas dari Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar. Majlis yang telah dilangsungkan dengan penuh meriah di Dewan Iltizam SMKSMAB ini turut diserikan dengan kehadiran ramai tetamu jemputan dari kalangan pengetua sekolah berhampiran serta tetamu undangan lainnya. Puan Hajah Sharifah Fatimah (waris Tuan Syed Mohamed Al-Bukhary) juga sudi meluangkan masanya untuk turut serta.
Penyanyi cilik SMKSMAB telah mempesonakan tetamu dengan dendangan lagu "Oh Ibu". MACA 2011 bertemakan "Untukmu Ayah dan Ibu" sebagai simbolik dalam meraikan kejayaan anak-anak. Pengorbanan ibu bapa adalah asas bagi kejayaan, oleh itu wajarlah kegembiraan hari ini dikembalikan kepada insan yang banyak berkorban demi memartabatkan pendidikan keluarga.
| Pasukan Tambor SMKSMAB yang sentiasa hebat beraksi, menyambut kedatangan tetamu utama dengan persembahan mereka yang memukau. |
Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah iaitu Tuan Haji Mustafa B Abdul Hamid, BCK. Turut meluangkan masa adalah En Amri B Abdul Latif iaitu Pegawai Khas dari Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar. Majlis yang telah dilangsungkan dengan penuh meriah di Dewan Iltizam SMKSMAB ini turut diserikan dengan kehadiran ramai tetamu jemputan dari kalangan pengetua sekolah berhampiran serta tetamu undangan lainnya. Puan Hajah Sharifah Fatimah (waris Tuan Syed Mohamed Al-Bukhary) juga sudi meluangkan masanya untuk turut serta.
| Tetamu utama MACA 2011 |
| Pasukan Gamelan Al-Bukhary yang sangat menonjol dalam menampilkan persembahan mereka. Tahniah Cikgu Norazaina yang bertungkus lumus melatih tanpa kenal penat. |
Penyanyi cilik SMKSMAB telah mempesonakan tetamu dengan dendangan lagu "Oh Ibu". MACA 2011 bertemakan "Untukmu Ayah dan Ibu" sebagai simbolik dalam meraikan kejayaan anak-anak. Pengorbanan ibu bapa adalah asas bagi kejayaan, oleh itu wajarlah kegembiraan hari ini dikembalikan kepada insan yang banyak berkorban demi memartabatkan pendidikan keluarga.
| Pelajar terbaik SPM 2010, Fairuz Adibah bt Mohd Abdul Kadir menerima Anugerah Emas Al-Bukhary yang mengandungi sijil penghargaan dan wang saguhati berjumlah RM500. Tahniah. |












