Bulan Ogos telah diisytiharkan sebagai bulan kemerdekaan pada setiap tahun sempena sambutan Hari Kemerdekaan setiap kali tibanya 31 hb Ogos. Menyahut seruan itu, Panitia Sivik SMKSMAB telah melancarkan sambutan Ambang Kemerdekaan yang dilancarkan oleh pengetua SMKSMAB, Puan Hajah Dewi Rosnah binti Radin Suhadi semasa perhimpunan pagi, khamis lalu.
Majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan kali ke 54 telah disempurnakan ole Puan Hajah Dewi Rosnah semasa perhimpunan pagi pada hari Khamis (4 Ogos 2011) |
Deklamator sekolah, Nasihah bt Ghazali tampil bersemangat mendeklamasikan puisi bertemakan sejarah kemerdekaan negara.
Pelbagai aktiviti telah dan akan dijalankan di sepanjang bulan ini bagi memeriahkan sambutan sekaligus memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Para pelajar digalakkan menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan.
No comments:
Post a Comment