Guruku...
Mungkin esok kalibatmu sudah tiada di daerah ini,.
daerah yang mewarnai kehidupanmu selama ini..dengan segala suka dukamu.
Mungkin esok kami termangu-mangu mencari bebayangmu..yang kian jauh...
Mungkin jua...senyuman manismu bakal kami rindui.
yang pasti hanyalah terngiang-ngiang suara lunakmu,
mendidik kami dengan angka-angka,
mengajar kami mengira,
memberi kami latihan demi latihan....
Terkadangkala nada lembut bertukar marah,..
Itulah nilai kasih sayang yang indah.
Guruku...
Mungkin esok kau sudah hilang dari pandangan..
meneruskan perjalanan tarbiahmu..
Ingatilah kami di sini...daerah yang membalut pahit manis kehidupan kita.
Kami sayangkan cikgu.
kami rindukan cikgu
Pergimu kami ratapi dalam diam.....tiada pengganti!
Guruku..
Bukan di sini noktahnya..sebuah perjalanan hidup seorang pejuang..
kami tahu semangatmu kental membelah zaman,
meredah duri ranjau pengorbanan dalam kehidupan..
semoga kembaramu semakin indah....
selagi gelaran keramat "cikgu" kekal terpahat...
kau pasti terus memerah keringat tanpa penat.
kerana kami percaya, kau insan penuh tekad,
bagimu bukan di sini noktahnya...
Perjuangan jihadmu belum tamat..
kerana itulah sumpah insan terhormat.
cikgu Azean akan dikenang sebagai guru sejati...tiada balasan yang diharapkan malahan doanya menggring setiap ajarannya..terima kasih cikgu Azean.
ReplyDeleteMay Allah Bless U ckgu...Thanks 4 everything...
ReplyDeleteMuhammad Amin Sobri PMR 2004 SPM 2006
Cikgu Azeyan guru yang paling lama menyajar di SMKSMAB..semenjak saya belajar di SMKSMAB lagi tahun 1981..seorang guru yg sangat baik penuh dengan kesabaran mendidik anak bangsa...jasa mu akan ku kenang...Terima kasih Cikgu Azean.
ReplyDelete