Bagi sesiapa yang tidak mengenali Shukur, disertakan gambarnya sebagai kenangan abadi buat semua warga Bukhary. sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat rohnya. Al-Fatihah....
20 November, 2011
20.11. 2011....Ada yang pergi meninggalkan Al-Bukhary..Al-Fatihah!
Tarikh hari ini amat cantik, tersusun rapi...seiras berseni, namun pada tarikh ini juga ada yang menyentuh hati warga Bukhari...Seorang dari warganya kini pergi menyahut seruan Ilahi...Al-Fatihah buat mohd Shukur dari kelas 4 EG. Berita sedih ini turut dikongsi oleh rakan-rakan sekolah melalui facebook masing-masing. Shukur pergi setelah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Harapan guru-guru dan pihak pengurusan sekolah agar tragedi sedih ini menjadi peringatan kepada semua rakan yang lain agar lebih berhati-hati di jalan raya apatah lagi di musim cuti sekolah ini.
08 November, 2011
Sesi persekolahan 2011 hampir tamat,..hari-hari untuk persekolahan semakin berakhir. Cuti semakin hampir. Calon SPM mula demam menantikan tarikh peperikasaan, manakala calon PMR berdebar menanti keputusan. Guru-guru pula sibuk membuat pemarkahan, menganalisis setiap ujian bagi menentukan kedudukan kelas di tahun hadapan.
Aktiviti permainan menjadi keutamaan sekarang, banyak pertandingan antara kelas dijalankan bagi mengisi masa terluang. tidak lupa juga kursus keagamaan. pelajar didedahkan dengan perkara baru sebagai ilmu tambahan agar sempurna kehidupan. Berikut disertakan beberapa gambar yang sempat diambil semasa kursus pengurusan jenazah yang diadakan di surau baru-baru ini.
Harapan pihak sekolah agar pelajar dapat memanfaatkan cuti yang bakal tiba dengan program yang boleh mengisi masa dengan berfaedah.
Buat calon SPM yang akan menduduli SPM yang bermula 14 November ini, warga SMKSMAB mendoakan agar kalian semua dapat menjalani peperiksaan ini dengan tenang. semoga semua berjaya meraih kecemerlangan yang diimpikan. Insyaallah.
Aktiviti permainan menjadi keutamaan sekarang, banyak pertandingan antara kelas dijalankan bagi mengisi masa terluang. tidak lupa juga kursus keagamaan. pelajar didedahkan dengan perkara baru sebagai ilmu tambahan agar sempurna kehidupan. Berikut disertakan beberapa gambar yang sempat diambil semasa kursus pengurusan jenazah yang diadakan di surau baru-baru ini.
Pelajar didedahkan dengan informasi berkaitan pengurusan jenazah. Peralatan yang diperlukan untuk memandikan mayat dipamerkan untuk memudahkan pemahaman pelajar. |
Pelajar melihat sendiri teknik memandikan mayat yang betul oleh pemudahcara yang dijemput khas. |
Latihan menyembahyangkan jenazah. |
Buat calon SPM yang akan menduduli SPM yang bermula 14 November ini, warga SMKSMAB mendoakan agar kalian semua dapat menjalani peperiksaan ini dengan tenang. semoga semua berjaya meraih kecemerlangan yang diimpikan. Insyaallah.
12 October, 2011
Bacaan Yassin untuk Guru-guru Bakal Haji tahun 2011
Pagi ini, bertempat di surau sekolah, para pelajar bersama guru-guru SMKSMAB termasuk Tuan Pengetua, Puan Hajah Dewi Rosnah Binti Radin Suhadi membacakan surah Yassin khas buat mendoakan keberangkatan guru-guru SMKSMAB yang bakal menunaikan haji pada tahun ini. Seramai 4 orang guru dijangka berangkat ke Mekah Al-Mukarramah iaitu Penolong kanan Hal Ehwal Murid, En Azizan B. Saud, Guru Kanan Teknik Vokasional, Puan Anisah binti Ahmad, En Abdul Halim Bin Hassan dan En Najid dari Unit pendidikan Khas.
Majlis bacaan yassin ini diketuai oleh Ustaz Khairul Bazli yang seterusnya membaca doa khas mendoakan keselamatan bakal-bakal haji dari SMKSMAB ini dalam perjalanan menuju iman.Ustaz Khairul Bazli mengetuai bacaan yassin untuk mendoakan keselamatan bakal-bakal haji dari SMKSMAB.
" Tiba masanya lambaian Kaabah,
Buat guru-guru berjiwa luhur,
Haji Azizan, Haji Halim dan hajah Anisah,
Semoga mendapat haji yang mabrur."
" Tiba masanya lambaian Kaabah,
Buat guru-guru berjiwa luhur,
Haji Azizan, Haji Halim dan hajah Anisah,
Semoga mendapat haji yang mabrur."
Selamat pergi dan selamat pulang buat semua guru-guru yang terlibat. Semoga perjalanan kalian ke tanah suci diberi ganjaran oleh Allah.
05 October, 2011
Pertandingan Dikir Barat dan Boria Peringkat Negeri Kedah 2011
Pada 4 hb Oktober 2011, berlangsung satu pertandingan Dikir Barat dan Boria Peringkat Negeri Kedah. Pertandingan telah dilangsungkan di Jitra Mall bermula dari 10.00 hingga 5 petang.
Pasukan dari SMKSMAB telahpun menjuarai pertandingan ini, persembahan yang mantap dan bertenaga telah merealisasikan impian semua warga sekolah yang menaruh harapan tinggi terhadap kemenangan ini.
Dari kiri, Mohd Hazmin B Zakaria sebagai tukang karut dan Hisyamuddin Baki selaku Tok Juara.
Pasukan Dikir Barat "Asta Putera" bergambar kenangan sebelum pertandingan |
Pasukan "Asta Putera" beraksi dengan penuh semangat |
04 October, 2011
PMR Sudah Bermula,..Semoga berjaya
Cikgu Shahidan yang sangat prihatin ... |
Hari ini, 4 Oktober 2011, bermulalah PMR bagi semua pelajar tingkatan 3 di seluruh negara. Anak-anak Bukhary yang menduduki ujian ini didoakan agar dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan lancar. Teruskan berjuang sehingga ke penamat peperiksaan.
Madam memberi amanat akhir menjelang sehari menjelang PMR |
Calon-calon PMR 2011 |
01 October, 2011
Bengkel Sembelihan 2011
Panitia Pendidikan Islam SMKSMAB telah melaksanakan satu program yang dinamakan "Bengkel Sembelihan" khusus buat semua pelajar tingkatan 4 pada 27 September 2011. (Selasa). Program ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 2.10 petang, bertempat di Gelanggang Bola Tampar Asrama sekolah. Semua guru Pendidikan Islam dan 166 orang pelajar terlibat dalam menjayakan program ini. Turut dijemput adalah 2 orang penceramah jemputan yang memberi informasi dan teknik sembelihan yang betul kepada pelajar.
Pelajar diberi informasi mengenai teknik menyembelih yang betul menurut Islam. |
Pelajar berpeluang untuk belajar memproses ayam yang baru disembelih,- aktiviti membuang bulu ayam. |
Ayam-ayam yang telah disembelih dibersihkan. |
Guru Kanan Kemanusiaan SMKSMAB, Puah Jaliah Binti Juewani menyampaikan cendera hati kepada penceramah. |
Pelajar dan guru-guru bekerjasama memasak makanan berlaukkan ayam-ayam sembelihan hari ini. |
Semoga program bermanfaat seperti ini dapat memberi maklumat yang jelas mengenai sembelihan kepada semua pelajar bagi menghadapi ancaman status makanan halal yang semakin serius sekarang. Menjadi harapan pihak sekolah dan Panitia Pendidikan Islam agar semua pelajar boleh menyembelih sendiri haiwan ternakan mereka tanpa ragu dan was-was. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.
29 September, 2011
PAMERAN GRAFIK BERKOMPUTER 2011
Pada hari Selasa, 20 September lalu, bertempat di Dewan Blok A (Kelas 5SN, 5AK, 5AKG), Panitia Grafik Berkomputer SMKSMAB telah mengadakan Pameran Grafik Berkomputer tahun 2011. Pameran Grafik Berkomputer ini merupakan modul terakhir daripada 8 modul yang perlu dilengkapkan oleh pelajar-pelajar yang mengambil kursus MPV grafik berkomputer untuk melayakkan mereka menduduki peperiksaan SPM.
Pada jam 8.55, ketibaan tetamu kehormat yang dijemput untuk merasmikan majlis tersebut iaitu Tuan Haji Turin Bin Ahmad, Timbalan PPD Kota Setar, Kedah. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En Abdullah Bin Arsad, Penolong Pegawai Kanan Teknik Vokasional Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, En Zainal Annuar Bin Mohd Zain Naib YDP PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary, pihak pentadbir sekolah, guru-guru dan para waris bagi pelajar 5MPV, serta para pelajar tingkatan 5MPV dan 4MPV. Tepat jam 9.00 pagi, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar 5MPV iaitu saudara Kurasyadi bin Ku Izham.
Ketibaan Tuan Haji Turin Bin Ahmad disambut dengan paluan kompang |
Tuan Haji Turin memberi amanat berguna seterusnya melafazkan ucapan perasmian majlis pameran kali ini. |
Tuan Haji Turin memotong riben sebagai gimik perasmian Pameran Grafik Berkomputer 2011 |
Lawatan ke kiosk pelajar |
Pelajar bersama En Abdullah Bin Arsad, Pen. Peg. Kanan Teknik Vokasional JPN Kedah dan Zainal Annuar Bin Mohd Zain Naib YDP PIBG |
Pelajar bergambar bersama PK Koku SMKSMAB |
Para pelajar 5MPV bergambar bersama guru-guru Grafik Berkomputer |
Para pelajar 4MPV bergambar bersama guru-guru Grafik Berkomputer |
Panitia Grafik Berkomputer ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah serta jutaan terima kasih kepada para pelajar mata pelajaran grafik berkomputer khususnya pelajar-pelajar tingkatan 5MPV kerana berjaya menganjurkan pameran grafik berkomputer bagi tahun 2011, tidak ketinggalan juga kepada guru-guru dan warga SMK Syed Mohamed Al-Bukhary yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
22 September, 2011
Malam Merdeka Raya SMKSMAB bersama keluarga
Pada hari Rabu, 14 Setember lalu, bertempat di Anjung Mutiara,..SMKSMAB dikunjungi ramai ahli keluarga dari kalangan pendidik bagi meraikan sambutan Majlis Sambutan Merdeka Raya 2011. Sungguh meriah suasananya apatah lagi majlis ini diadakan secara santai.
Bermula selepas solat maghrib,..tetamu mula mengambil tempat,..jam 8.30 malam, Puan Hajah Sharifah Fatimah sebagai tetamu istimewa pun tiba,..acara pun bermula dengan bacaan doa oleh ustaz Mohd Zaki Bin Ali.
Saksikan kemeriahan majlis yang berlangsung,..
Bermula selepas solat maghrib,..tetamu mula mengambil tempat,..jam 8.30 malam, Puan Hajah Sharifah Fatimah sebagai tetamu istimewa pun tiba,..acara pun bermula dengan bacaan doa oleh ustaz Mohd Zaki Bin Ali.
Saksikan kemeriahan majlis yang berlangsung,..
11 September, 2011
Kenangan Terindah Bukharian - 11 September 2011
Bertuah sungguh anak-anak SMKSMAB hari ini apabila berkesempatan untuk menunjukkan bakat dan potensi masing-masing kepada semua yang hadir di Majlis Pecah Tanah Dewan Centennial Kolej Sultan Abdul Hamid (Sahoca) pada 11 September 2011.
Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Abdul Halim bersama tetamu utama. Turut kelihatan ialah negarawan terulung negara, Tun Mahathir Mohamad. |
Lebih indah bila majlis itu dihadiri oleh tetamu kenamaan yang terdiri daripada Sultan Kedah, Yang Teramat Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan anakanda baginda Tunku Intan Safinaz. Mantan Perdana Menteri ke 4 Malaysia, Tun Mahathir Mohamed, turut hadir, membawa bersamanya semangat dan kekuatan negarawan yang bergelar Bapa Pembangunan Malaysia.
Detik indah yang dirakamkan bersama oleh anak-anak Bukharian, Pengetua KSAH, Pengetua SMKSMAB, dan guru-guru pengiring bersama Tun Mahathir Mohamad. |
Pasukan Tambor SMKSMAB yang segak bergaya. |
Kombo Al-Bukhary sentiasa mengharumi suasana dengan persembahan mereka yang semakin mantap. |
Kumpulan Gamelan yang turut memberikan persembahan dalam majlis, sempat merakamkan detik-detik indah bersama Tun Mahathir. |
Sambutan Merdeka Raya 2011 Peringkat Komplek Pendidikan.
Hari Khamis 8 Setember 2011 bersamaan 6 Syawal 1432 Hijrah adalah tarikh bersejarah buat seluruh warga Kompleks Pendidikan Jalan Stadium kerana berjaya melaksanakan sambutan dwi perayaan iaitu Merdeka Raya sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke 54. sambutan ini adalah anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN).
Perarakan ini dimulakan dari kawasan Stadium Darulaman sehingga mengelilingi komplek dan terus berkumpul di kawasan lapang berhampiran Dewan Al-Farabi.
Pasukan Tambor SMKSMAB diberi penghormatan untuk mengepalai perbarisan pada kali ini. Tahniah.
Para guru dari SMKSMAB yang mengetuia perbarisan sekolah. |
Seramai 259 pelajar SMKSMAB menjadi wakil sekolah sedang berjalan dalam perbarisan. |
30 August, 2011
Salam Aidil Fitri 1432 Hijrah
Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa, tibalah kini untuk kita semua merayakan kemenangan kita berjuang menentang hawa nafsu. Selamat Hari raya Aidil Fitri untuk semua warga SMKSMAB. Sekolah mula bercuti pada 25 Ogos sehingga 4 September 2011. Sambutlah hari raya dengan penuh kesyukuran dan janganlah dimusnahkan segala kebaikan amalan di sepanjang Ramadhan dengan aktiviti yang bercanggah dengan nilai-nilai agama. Selamat Hari Raya,...Maaf Zahir & Batin.
24 August, 2011
Ihya Ramadhan Jabatan Pelajaran Negeri bersama Anak Yatim
Pada hari Rabu, 24 Ogos 2011 bersamaan 24 Ramadhan 1432 Hijrah, berlangsunglah majlis Ihya Ramadhan anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Majlis ini berlangsung di SMK Syed Mohamed Al-Bukhary dan turut disertai oleh warga Kompleks Pendidikan.
Majlis ini dimulakan dengan acara berbuka puasa bersama-sama dan penyampaian cenderahati raya kepada anak-anak yatim dari sekolah-sekolah dalam kompleks pendidikan. Turut meraikan anak-anak yatim ini ialah Puan Hajah Sharipah Fatimah serta Pengetua SMKSMAB Puan Hajah Dewi Rosnah.
09 August, 2011
Sambutan Bulam Kemerdekaan 2011
Bulan Ogos telah diisytiharkan sebagai bulan kemerdekaan pada setiap tahun sempena sambutan Hari Kemerdekaan setiap kali tibanya 31 hb Ogos. Menyahut seruan itu, Panitia Sivik SMKSMAB telah melancarkan sambutan Ambang Kemerdekaan yang dilancarkan oleh pengetua SMKSMAB, Puan Hajah Dewi Rosnah binti Radin Suhadi semasa perhimpunan pagi, khamis lalu.
Tuan pengetua merasmikan pelancran Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke 54 semasa perhimpunan pagi pada hari Khamis 4 Ogos lalu. |
Pelbagai aktiviti telah dan akan dijalankan di sepanjang bulan ini bagi memeriahkan sambutan sekaligus memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Para pelajar digalakkan menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan.Semoga kemerdekaan kali ke 54 ini membawa sinar bahagia kepada semua warga Bukhary. amin
Deklamator sekolah, Nasihah bt Ghazali tampil bersemangat mendeklamasikan puisi bertemakan sejarah kemerdekaan negara.
Ihya' Ramadhan 1432 Hijrah
Ramadhan tahun ini lebih bermakna kerana disambut bersekali dengan sambutan Ambang kemerdekaan. Sempena kedatangan Ramadhan 1432 Hijrah, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Program Ihya’ Ramadhan yang bertujuan mengisi jiwa pelajar dengan pengisian rohani yang dapat memantapkan kualiti ibadat puasa.
Madam Dewi Rosnah menyeru para pelajar agar menggunakan masa rehat dengan aktiviti keagamaan di surau sekolah. Beliau merasmikan sambutan Ihya’ Ramadhan dan menyeru para pelajar untuk bertadarus dalam kumpulan kecil sambil menyemak bacaan rakan.
Selamat mengimarahkan ramadhan kareem. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari sebelumnya.
18 July, 2011
AL~BUKHARY mengintip...."WORLD"....
Akhirnya sampai juga hasrat saya untuk membawa anak-anak Al~Bukhary mengikuti satu misi "pengintipan" bertaraf dunia. Pada 16 Julai, satu rombongan terdiri daripada ahli-ahli pasukan tambor dan kombo Al~Bukhary telah bertolak ke VI Institution, antara sekolah tertua dan berprestij, sekolah bersejarah dan menyimpan pelbagai maklumat. Sengaja saya memilih sekolah ini khusus untuk memberi peluang pelajar-pelajar berinteraksi dan berbengkel dalam pengendalian alat "bagpipe". Terima kasih Cikgu Othman dan Cikgu Sarifuddin kerana begitu senang hati menerima kunjungan ringkas pasukan kerdil kami.
Terima kasih atas tunjuk ajar dan pendedahan daripada pelajar-pelajar VI. Ternyata, banyak yang perlu kami pelajari. "Bagpipe" yang dibekalkan oleh JPN akan kami manfaatkan sebaik-baiknya.
Malam esoknya, sekali lagi ahli rombonhan telah dibawa ke Stadium Tertutup Putra, Bukit jalil bagi menyaksikan sendiri pasukan gergasi Malaysia mempamerkan bakat dan kemahiran dalam KL World Marching band. Kedah yang diwakili oleh SMK Sultanah Asma telah mengungguli pertandingan manakala pasukan KSAH berjaya meningkatkan ranking dan martabat sekolah ke tempat ketiga. SYABAS!!
Hati saya benar-benar tersentuh melihat kesungguhan dan kegigihan setiap pasukan. Pengorbanan para guru, jurulatih, "old boys", para ibu bapa dan penyokong begitu besar dalam mengetengahkan bakat pelajar.
Misi "pengintipan" rombongan kita telah berjaya memberi pendedahan dan refleksi yang mendalam. Jika kita mahu mencapai tahap itu, kita perlu bekerja keras dan berkorban.
Hopefully one day we will manage to stand in the eyes of the WORLD...
Subscribe to:
Posts (Atom)