18 July, 2011
AL~BUKHARY mengintip...."WORLD"....
Akhirnya sampai juga hasrat saya untuk membawa anak-anak Al~Bukhary mengikuti satu misi "pengintipan" bertaraf dunia. Pada 16 Julai, satu rombongan terdiri daripada ahli-ahli pasukan tambor dan kombo Al~Bukhary telah bertolak ke VI Institution, antara sekolah tertua dan berprestij, sekolah bersejarah dan menyimpan pelbagai maklumat. Sengaja saya memilih sekolah ini khusus untuk memberi peluang pelajar-pelajar berinteraksi dan berbengkel dalam pengendalian alat "bagpipe". Terima kasih Cikgu Othman dan Cikgu Sarifuddin kerana begitu senang hati menerima kunjungan ringkas pasukan kerdil kami.
Terima kasih atas tunjuk ajar dan pendedahan daripada pelajar-pelajar VI. Ternyata, banyak yang perlu kami pelajari. "Bagpipe" yang dibekalkan oleh JPN akan kami manfaatkan sebaik-baiknya.
Malam esoknya, sekali lagi ahli rombonhan telah dibawa ke Stadium Tertutup Putra, Bukit jalil bagi menyaksikan sendiri pasukan gergasi Malaysia mempamerkan bakat dan kemahiran dalam KL World Marching band. Kedah yang diwakili oleh SMK Sultanah Asma telah mengungguli pertandingan manakala pasukan KSAH berjaya meningkatkan ranking dan martabat sekolah ke tempat ketiga. SYABAS!!
Hati saya benar-benar tersentuh melihat kesungguhan dan kegigihan setiap pasukan. Pengorbanan para guru, jurulatih, "old boys", para ibu bapa dan penyokong begitu besar dalam mengetengahkan bakat pelajar.
Misi "pengintipan" rombongan kita telah berjaya memberi pendedahan dan refleksi yang mendalam. Jika kita mahu mencapai tahap itu, kita perlu bekerja keras dan berkorban.
Hopefully one day we will manage to stand in the eyes of the WORLD...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment