01 October, 2011

Bengkel Sembelihan 2011

Panitia Pendidikan Islam SMKSMAB telah melaksanakan satu program yang dinamakan "Bengkel Sembelihan" khusus buat semua pelajar tingkatan 4 pada 27 September 2011. (Selasa). Program ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 2.10 petang,  bertempat di Gelanggang Bola Tampar Asrama sekolah. Semua guru Pendidikan Islam dan  166 orang pelajar terlibat dalam menjayakan program ini. Turut dijemput adalah 2 orang penceramah jemputan yang memberi informasi dan teknik sembelihan yang betul kepada pelajar.

Pelajar diberi informasi mengenai teknik menyembelih yang betul menurut Islam.
Pelajar berpeluang untuk belajar memproses ayam yang baru disembelih,- aktiviti membuang bulu ayam.

Ayam-ayam yang telah disembelih dibersihkan.

Guru Kanan Kemanusiaan SMKSMAB, Puah Jaliah Binti Juewani menyampaikan cendera hati kepada penceramah.

Pelajar dan guru-guru bekerjasama memasak makanan berlaukkan ayam-ayam sembelihan hari ini.
Semoga program bermanfaat seperti ini dapat memberi maklumat yang jelas mengenai sembelihan kepada semua pelajar bagi menghadapi ancaman status makanan halal yang semakin serius sekarang. Menjadi harapan pihak sekolah dan Panitia Pendidikan Islam agar semua pelajar boleh menyembelih sendiri haiwan ternakan mereka tanpa ragu dan was-was. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails