05 August, 2013

IHYA' RAMADHAN 2013

Majlis Perasmian Ihya' Ramadhan 1434 Hijrah telah dirasmikan oleh Tuan pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary, Encik Shahril Bin Abu Bakar pada hari Isnin bersamaan 08 hb Ogos 2013 yang lalu. Serentak dengan iti, pelbagai aktiviti kerohanian telah dijalankan bagi mengisi masa lapang di bulan Ramadhan buat semua warga sekolah.

Tuan pengetua merasmikan majlis Ihya' Ramadhan 1434 Hijrah.
Antara aktiviti yang menjadi acara tahunan sekolah ialah Jualan Amal yang dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Islam yang bertujuan mengutip dana untuk disumbangkan kepada pelajar sekolah yang kurang berkemampuan. Usaha murni ini dapat menyemai rasa insaf dan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar untuk turut menderma dengan membelui pelbagai barangan yang dijual, antaranya ialah buku dan majalah, pakaian dan kasut terpakai serta barangan hiasan.





Majlis Berbuka Puasa untuk warga sekolah turut diadakan. Majlis ini dilangsungkan di Dewan Asrama sekolah dan dihadiri oleh semua pelajar asrama serta guru-guru. Tujuan utama adalah memupuk hubungan baik antara semua warga sekolah. Solat Tarawih dilangsungkan selepas majlis berbuka di mana semua guru dan pelajar yang hadir turut berjemaah bersama.


Acara Bertadarus Al-Quran dilangsungkan di sepanjang bulan Ramadhan, pelajar-pelajar bertadarus sambil dipantau oleh ustaz dan ustazah. Guru-guru juga turut bertadarus semasa waktu rehat. 




Acara kemuncak Ihya' Ramadhan dilangsungkan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dijalankan dengan penuh meriah dan dihadiri oleh bekas pengetua iaitu Puan Hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi, YDP PIBG serta Puan Hajah Sharifah Fatimah. 


Ustaz Zaki mengetuai guru-guru dan pelajar yang menyertai Tadarus Al-Quran 


Para pelajar bersalaman dengan tetamu dan guru-guru sebagai tanda berakhirnya Ramadhan dan menjelangnya Shawal.
 


Persembahan dari pelajar yang menyampaiakn qasidah yang memukau hadirin.

Cikgu Ezat Bin Omar dan Cikgu Izhar turut membuat persembahan.

Acara bersalam-salaman di akhir majlis.


Ihya Ramadhan yang menjadi acara rasmi sekolah diharap dapat menanamkan rasa insaf diri serta meningkatkan rasa iman dalam kalangan pelajar serta warga sekolah. Semoga bertemu lagi di Ramadhan akan datang dan semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik di sepanjang perjalanan kedidupan kita semua sebagai makhluk Allah. Amin.



18 July, 2013

SMKSMAB BERQIAMULLAIL

Program Qiamullail Tingkatan 3 anjuran Panitia Pendidikan Islam telah berlansung dengan jayanya pada 20 Jun hingga 21 Jun 2013 bertempat di surau SMK Syed Mohamed Al-Bukhary. Program ini bertujuan untuk memberi motivasi bercorak keislaman dan membentuk benteng dalam diri para pelajar untuk menangkis godaan luar terutamanya gejala sosial yang semakin berleluasa masa kini. 

Program ini juga bertujuan menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W serta membetuk sahsiah, akhlak dan disiplin dalam diri para pelajar dalam melaksanakan ibadah kepada Allah S.W.T.  Di samping itu, silaturrahim antara para pelajar dan guru-guru juga dapat dieratkan lagi serta mendidik pelajar mentaati perintah Allah dalam apa jua keadaan.

Program Qiamullail Tingkatan 3 ini merupakan rentetan daripada program Bengkel Jawi yang diadakan pada 20 Jun 2013 jam 12.00 tengah hari.  Pelajar-pelajar telah mendaftar pada jam 6.00 petang selepas tamatnya Bengkel Jawi.

Sekitar jam 4.30 pagi, para pelajar telah bersiap sedia untuk menunaikan solat Tahajjud, solat Hajat dan solat Witir serta solat Subuh secara berjemaah. Selesai solat Subuh, satu kuliah Subuh diadakan dan telah disampaikan oleh Ustaz Khairul Bazli bin Ahmad.
Program Qiamullail Tingkatan 3 Tahun 2013 tamat dengan jayanya setelah tamatnya  kuliah Subuh sekitar jam 7.30 pagi.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya meningkatkan jati diri dan dan motivasi dalam diri pelajar dalam mencipta kejayaan dalam landasan yang betul  dan menerima redha Allah S.W.T.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS QIAMULLAIL DI SURAU SMKSMAB.


Antara guru-guru yang turut serta dalam Majlis Qiamullal tersebut.


Selepas solat maghrib, bacaan Yaasin dan solat Isyak berjemaah, satu sesi ceramah motivasi yang bertajuk “Akhlak Pelajar Cemerang” yang  telah disampaikan oleh Ustaz Khairul Bazli Bin Ahmad. 

Para pelajar telah memberi kerjasama yang baik sepanjang sesi ceramah berlangsung. Mereka menunjukkan minat yang begitu mendalam serta bersemangat dan memberi respon yang positif
kepada penceramah.



27 June, 2013

Kejohanan Padang dan Balapan 2013

Merah Bertenaga....itulah yang dibuktikan oleh Pasukan Rumah Al-Tarmizi yang muncul sebagai Johan pada Majlis Kejohanan Padang dan Balapan kali ke 26 yang dilangsungkan pada pagi Selasa bersamaan 25 hb Jun 2013. Naib Johan disandang oleh Pasukan Rumah Al-Khawarizmi.
Sarvin Raaj A/L Karthikesu muncul sebagai Olahragawan manakala Nur Khaleda Bt Mohamad Zuki pula sebagai Olahragawati peringkat sekolah.
Acara Perbarisan untuk Rumah Sukan dimenangi oleh Rumah Al-Ghazali manakala naib Johan disandang oleh Rumah Al-Tarmizi. Pasukan Puteri Islam muncul sebagai Johan Perbarisan kategori Unit Beruniform. Naib Johan disandang oleh pasukan Kadet Polis.

Hiasan Rumah Al Tarmizi yang mendapat naib Johan Perhiasan Rumah Sukan.

Rumah Al-Ghazali

Rumah Al-Khawarizmi

Guru-guru Rumah Sukan Al-Farabi berposing di depan khemah 

Pasukan Unit Beruniform

Pasukan Rumah Sukan
Kejohanan Balapan dan Padang kali ini diadakan secara sederhana di padang sekolah namun semua yang terlibat gembira dan bersemangat. Majlis perasmian disempurnakan oleh YDP PIBG Encik Zainal Anuar Bin Mohd Zain, manakala Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Puan Hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi yang sudi meluangkan masa untuk meraikan kemeriahan Kejohanan Balapan dan Padang kali ini  bersama Tuan Pengetua SMKSMAB yang baru, Encik Shahrir Bin Abu Bakar, AJK PIBG, guru-guru dan pelajar Al-Bukhary. Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis kali ini.




20 June, 2013

Selamat Datang untuk Pengetua Baru SMKSMAB

Musim persekolahan bersambung kembali selepas bercuti separuh selama 2 minggu,..warga SMKSMAB mendapat khabar gembira mengenai kedatangan pengetua baru. Hampir 2 bulan SMKSMAB ketiadaan pengetua setelah Puan Hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi berpindah tugas ke Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar. Pada hari Rabu 19 Jun 2013,..Pengetua baru SMKSMAB, datang secara rasmi dan disambut dengan bacaan yassin kesyukuran. Majlis ini berlangsung di Dewan Iltizam, dihadiri oleh semua guru dan pelajar yang kelihatan teruja untuk melihat pengetua baru apatah lagi pengetua baru kali ini seorang lelaki setelah hampir 9 tahun SMKSMAB diterajui oleh pengetua wanita.

Encik Shahrir Bin Abu Bakar adalah pengetua SMKSMAB yang ke 14. Beliau dulu bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah PPPS DG 48 di Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman. Selamat datang tuan,..seluruh warga SMKSMAB mengucapkan selamat bertugas di sekolah yang kami cintai ini...semoga kehadiran tuan menambahkan kecemerlangan sekolah dalam segala lapangan. Insya Allah.


Kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah yang datang  untuk menghantar serta meraikan Tuan Pengetua Baru Syed Mohamed Al-Bukhary yang baru.

Pihak Pengurusan SMK Syed Mohamed Al-Bukhary yang menerima kedatangan Tuan Pengetua dengan penuh kegembiraan setelah SMKSMAB ketiadaan pengetua sekian lama.

Tuan Pengetua telah mempengerusikan Mesyuarat Staff buat kali pertama pada hari Rabu 
bersamaan 26 Jun 2013.
 

"Kerjasama Teras Kejayaan" 

14 May, 2013

SELAMAT HARI GURU 2013 - SELAMAT TINGGAL BUKHARY TERCINTA.

Tahun 2013 mencatat sejarah,..tahun inilah paling ramai guru di SMK Syed Mohamed Al-Bukhary berhijrah keluar...samada berpencen ataupun berpindah tempat bertugas..
Bermula pada Januari 2013, Puan Mesnah Bt Hussein mula bersara, diikuti oleh Miss Teh pada Februari. Seterusnya Puan Norain Bt Mohd Ali menyusul apabila menamatkan perkhidmatannya pada Mac 2013. Disusuli dengan Puan Che Tom Bin Sulaiman yang bersara pada bulan April lalu,..dan akan menyusul nanti Puan Chong Yet Sim yang akan bersara pada bulan Jun nanti.

Barisan guru-guru yang telah dan akan bersara pada 2013. Dari Kiri Puan Norain, Puan Chong, Puan Che Tom dan puan Mesnah. Terima kasih cikgu.

Pada April 2013 juga menyaksikan pertukaran serentak pihak pengurusan SMKSMAB, Tuan Pengetua Puan Hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi berpindah tugas ke Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar. Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajah Jamaliah Bt Abdul Fatah pula dinaikkan pangkat sebagai Pengetua di SMK Sungai Kob, Kulim, manakala Penolong kanan KoKurikulum, En Ahmad telah bertukar semula ke sekolah lamanya SMK Syed Omar.

Barisan pihak pengurusan yang berpindah tugas, dari kira En Ahmad, Puan Hajah Dewi Rosnah dan Puan Hajah Jamaliah.

2013 kini semakin laju berlari,..SMKSMAB tetap tersendiri,..berterusan meneruskan perjuangan dengan apa yang telah diamanahkan. 16 Mei 2013 tarikh keramat buat semua warga guru, Hari Guru akan disambut di seluruh negara. Semua warga pendidik akan terus berbakti. Selamat Hari Guru diucapkan. Teruskan perjuangan anda selagi terdaya. 
Guru Penjana Tranformasi Negara. Selamat Hari Guru.

29 April, 2013

Menggamit Memori di MACA 2013

Pada 17 April 2013, telah berlangsung Majlis gilang gemilang Majlis Anugerah Cemerlang Al-Bukhary atau singkatannya MACA untuk tahun 2013. Kali ini sambutan bertemakan "Al-Bukhary Menggamit Memori". Tema ini dipilih bagi mengenang semula sejarah sekolah serta pelbagai memori kejayaannya setelah lebih 27 tahun ditubuhkan. Selari dengan tema, tetamu jemputan kali ini ialah beberapa orang bekas pelajar SMKSMAB yang telah berjaya dalam kehidupan mereka. Dato Zubir bin Zabidi yang merupakan Pengarah Urusan One Zuza Food Industries telah dijemput merasmikan MACA dan seterusnya menyampaikan anugerah kepada pelajar.

Berikut merupakan sketsa pada hari MACA 2013 dengan tema "AL_BUKHARY MENGGAMIT MEMORI"















Related Posts with Thumbnails