Program Qiamullail Tingkatan 3
anjuran Panitia Pendidikan Islam telah berlansung dengan jayanya pada 20 Jun
hingga 21 Jun 2013 bertempat di surau SMK Syed Mohamed Al-Bukhary. Program ini
bertujuan untuk memberi motivasi bercorak keislaman dan membentuk benteng dalam
diri para pelajar untuk menangkis godaan luar terutamanya gejala sosial yang
semakin berleluasa masa kini.
Program ini juga bertujuan menghidupkan sunnah
Rasulullah S.A.W serta membetuk sahsiah, akhlak dan disiplin dalam diri para
pelajar dalam melaksanakan ibadah kepada Allah S.W.T. Di samping itu, silaturrahim antara para
pelajar dan guru-guru juga dapat dieratkan lagi serta mendidik pelajar mentaati
perintah Allah dalam apa jua keadaan.
Program Qiamullail Tingkatan 3 ini merupakan rentetan daripada program Bengkel Jawi yang
diadakan pada 20 Jun 2013 jam 12.00 tengah hari. Pelajar-pelajar telah mendaftar pada jam 6.00
petang selepas tamatnya Bengkel Jawi.
Sekitar jam 4.30 pagi, para pelajar
telah bersiap sedia untuk menunaikan solat Tahajjud, solat Hajat dan solat
Witir serta solat Subuh secara berjemaah. Selesai solat Subuh, satu kuliah
Subuh diadakan dan telah disampaikan oleh Ustaz Khairul Bazli bin Ahmad.
Program Qiamullail Tingkatan 3
Tahun 2013 tamat dengan jayanya setelah tamatnya kuliah Subuh sekitar jam 7.30 pagi.
Secara keseluruhannya, program ini
berjaya meningkatkan jati diri dan dan motivasi dalam diri pelajar dalam mencipta
kejayaan dalam landasan yang betul dan
menerima redha Allah S.W.T.
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS QIAMULLAIL DI SURAU SMKSMAB.
Antara guru-guru yang turut serta dalam Majlis Qiamullal tersebut. |
Selepas solat maghrib, bacaan Yaasin dan solat Isyak berjemaah, satu sesi ceramah motivasi yang bertajuk “Akhlak Pelajar Cemerang” yang telah disampaikan oleh Ustaz Khairul Bazli Bin Ahmad. |
Para pelajar telah memberi kerjasama yang baik sepanjang sesi ceramah berlangsung. Mereka menunjukkan minat yang begitu mendalam serta bersemangat dan memberi respon yang positif kepada penceramah. |
No comments:
Post a Comment