27 June, 2013

Kejohanan Padang dan Balapan 2013

Merah Bertenaga....itulah yang dibuktikan oleh Pasukan Rumah Al-Tarmizi yang muncul sebagai Johan pada Majlis Kejohanan Padang dan Balapan kali ke 26 yang dilangsungkan pada pagi Selasa bersamaan 25 hb Jun 2013. Naib Johan disandang oleh Pasukan Rumah Al-Khawarizmi.
Sarvin Raaj A/L Karthikesu muncul sebagai Olahragawan manakala Nur Khaleda Bt Mohamad Zuki pula sebagai Olahragawati peringkat sekolah.
Acara Perbarisan untuk Rumah Sukan dimenangi oleh Rumah Al-Ghazali manakala naib Johan disandang oleh Rumah Al-Tarmizi. Pasukan Puteri Islam muncul sebagai Johan Perbarisan kategori Unit Beruniform. Naib Johan disandang oleh pasukan Kadet Polis.

Hiasan Rumah Al Tarmizi yang mendapat naib Johan Perhiasan Rumah Sukan.

Rumah Al-Ghazali

Rumah Al-Khawarizmi

Guru-guru Rumah Sukan Al-Farabi berposing di depan khemah 

Pasukan Unit Beruniform

Pasukan Rumah Sukan
Kejohanan Balapan dan Padang kali ini diadakan secara sederhana di padang sekolah namun semua yang terlibat gembira dan bersemangat. Majlis perasmian disempurnakan oleh YDP PIBG Encik Zainal Anuar Bin Mohd Zain, manakala Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Puan Hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi yang sudi meluangkan masa untuk meraikan kemeriahan Kejohanan Balapan dan Padang kali ini  bersama Tuan Pengetua SMKSMAB yang baru, Encik Shahrir Bin Abu Bakar, AJK PIBG, guru-guru dan pelajar Al-Bukhary. Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis kali ini.




20 June, 2013

Selamat Datang untuk Pengetua Baru SMKSMAB

Musim persekolahan bersambung kembali selepas bercuti separuh selama 2 minggu,..warga SMKSMAB mendapat khabar gembira mengenai kedatangan pengetua baru. Hampir 2 bulan SMKSMAB ketiadaan pengetua setelah Puan Hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi berpindah tugas ke Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar. Pada hari Rabu 19 Jun 2013,..Pengetua baru SMKSMAB, datang secara rasmi dan disambut dengan bacaan yassin kesyukuran. Majlis ini berlangsung di Dewan Iltizam, dihadiri oleh semua guru dan pelajar yang kelihatan teruja untuk melihat pengetua baru apatah lagi pengetua baru kali ini seorang lelaki setelah hampir 9 tahun SMKSMAB diterajui oleh pengetua wanita.

Encik Shahrir Bin Abu Bakar adalah pengetua SMKSMAB yang ke 14. Beliau dulu bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah PPPS DG 48 di Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman. Selamat datang tuan,..seluruh warga SMKSMAB mengucapkan selamat bertugas di sekolah yang kami cintai ini...semoga kehadiran tuan menambahkan kecemerlangan sekolah dalam segala lapangan. Insya Allah.


Kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah yang datang  untuk menghantar serta meraikan Tuan Pengetua Baru Syed Mohamed Al-Bukhary yang baru.

Pihak Pengurusan SMK Syed Mohamed Al-Bukhary yang menerima kedatangan Tuan Pengetua dengan penuh kegembiraan setelah SMKSMAB ketiadaan pengetua sekian lama.

Tuan Pengetua telah mempengerusikan Mesyuarat Staff buat kali pertama pada hari Rabu 
bersamaan 26 Jun 2013.
 

"Kerjasama Teras Kejayaan" 

14 May, 2013

SELAMAT HARI GURU 2013 - SELAMAT TINGGAL BUKHARY TERCINTA.

Tahun 2013 mencatat sejarah,..tahun inilah paling ramai guru di SMK Syed Mohamed Al-Bukhary berhijrah keluar...samada berpencen ataupun berpindah tempat bertugas..
Bermula pada Januari 2013, Puan Mesnah Bt Hussein mula bersara, diikuti oleh Miss Teh pada Februari. Seterusnya Puan Norain Bt Mohd Ali menyusul apabila menamatkan perkhidmatannya pada Mac 2013. Disusuli dengan Puan Che Tom Bin Sulaiman yang bersara pada bulan April lalu,..dan akan menyusul nanti Puan Chong Yet Sim yang akan bersara pada bulan Jun nanti.

Barisan guru-guru yang telah dan akan bersara pada 2013. Dari Kiri Puan Norain, Puan Chong, Puan Che Tom dan puan Mesnah. Terima kasih cikgu.

Pada April 2013 juga menyaksikan pertukaran serentak pihak pengurusan SMKSMAB, Tuan Pengetua Puan Hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi berpindah tugas ke Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar. Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajah Jamaliah Bt Abdul Fatah pula dinaikkan pangkat sebagai Pengetua di SMK Sungai Kob, Kulim, manakala Penolong kanan KoKurikulum, En Ahmad telah bertukar semula ke sekolah lamanya SMK Syed Omar.

Barisan pihak pengurusan yang berpindah tugas, dari kira En Ahmad, Puan Hajah Dewi Rosnah dan Puan Hajah Jamaliah.

2013 kini semakin laju berlari,..SMKSMAB tetap tersendiri,..berterusan meneruskan perjuangan dengan apa yang telah diamanahkan. 16 Mei 2013 tarikh keramat buat semua warga guru, Hari Guru akan disambut di seluruh negara. Semua warga pendidik akan terus berbakti. Selamat Hari Guru diucapkan. Teruskan perjuangan anda selagi terdaya. 
Guru Penjana Tranformasi Negara. Selamat Hari Guru.

29 April, 2013

Menggamit Memori di MACA 2013

Pada 17 April 2013, telah berlangsung Majlis gilang gemilang Majlis Anugerah Cemerlang Al-Bukhary atau singkatannya MACA untuk tahun 2013. Kali ini sambutan bertemakan "Al-Bukhary Menggamit Memori". Tema ini dipilih bagi mengenang semula sejarah sekolah serta pelbagai memori kejayaannya setelah lebih 27 tahun ditubuhkan. Selari dengan tema, tetamu jemputan kali ini ialah beberapa orang bekas pelajar SMKSMAB yang telah berjaya dalam kehidupan mereka. Dato Zubir bin Zabidi yang merupakan Pengarah Urusan One Zuza Food Industries telah dijemput merasmikan MACA dan seterusnya menyampaikan anugerah kepada pelajar.

Berikut merupakan sketsa pada hari MACA 2013 dengan tema "AL_BUKHARY MENGGAMIT MEMORI"















Al-Bukhary Menggamit Memori - MACA 2013

















03 February, 2013

Mesyuarat PIBG 2013

Mesyuarat PIBG SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah selamat berlangsung pada 3 hb Februari 2013 yang lalu. Majlis diadakan pada jam 2 petang di Anjung Mutiara. 

                             Para waris yang datang menandatangani borang kehadiran yang disediakan.
Tuan Pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary bersama AJK PIBG mengaminkan doa  
 

Sesi soaljawab antara pihak waris dan AJK PIBG yang dilantik.
Antara para waris yang hadir dalam mesyuarat PIBG kali ini.
Sesungguhnya mesyuarat PIBG yang diadakan setiap tahun adalah jambatan yang mengeratkan hubungan antara guru, pelajar dan ibu bapa. Semoga PIBG SMKSMAB yang berjaya mendapat pengiktirafan sebagai PIBG Cemerlang Peringkat Negeri Kedah akan terus melakar kejayaan demi kejayaan..In Syaa Allah.


Persaraan Puan Mesnah Bt Hussein

Setiap yang bermula pasti akan berakhir,.Puan Mesnah Bt Hussein hari ini menamatkan tugasannya di SMK Syed Mohamed Al-Bukhary.



01 February, 2013

LAWATAN " SCHOOL IMPROVEMENT PARTNERSHIP PROGRAMME " DAN KEMBARA ILMU 2013 (SIRI 1)

 23.1.13 : Mulai jam 7 pagi semua pelajar yang telah memperolehi keputusan cemerlang (straight A ) Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2012 SMK Syed Mohamed Al- Bukhary , berkumpul di lobi Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim  (LTSAH) Alor Setar. Mereka telah berjaya menyahut cabaran Pengetua , Madam Dewi Rosnah Binti Radin Suhadi, yang telah berjanji untuk menghadiahkan tiket penerbangan pergi dan balik ke Kuala Lumpur.


Di lobi LTSAH.




Semua pelajar berasa teruja untuk menaiki kapal terbang pada awal pagi.

Tepat jam 8.30 pagi, kapal terbang yang membawa kami pun berlepas. Ini merupakan pengalaman pertama kami menaiki kapal terbang kecuali Ili dan Zuratiqah . Madam berpesan agar kami sentiasa bergerak pantas untuk mengejar masa.

Satu satunya pelajar lelaki yang mengikuti lawatan ini. 


  Keterujaan jelas terpancar di air muka mereka

Kami tiba di LCCT pada jam 9.35 pagi. Pelajar - pelajar sangat gembira apabila tiba di sana. Sementara menunggu ketibaan van dari Sekolah Seri Puteri, satu satunya pelajar lelaki , Ashhar diminati oleh seorang pelancong cilik yang comel dan memikat hati. 

Gelagat Ashhar melayan kanak-kanak kecil itu,


Kami dijemput oleh PK HEM Sek. Seri Puteri, iaitu Puan Mona Razmah bersama seorang pemandu van yang peramah. Sepanjang perjalanan dari LCCT, Pn.Mona memaklumkan pelajar-pelajar Sek. Seri Puteri telah dibenarkan pulang pada petang itu kerana cuti sempena Maulidur Rasul. Bas telah disewa untuk menghantar pelajar pulang ke negeri masing-masing. Mereka juga dibenarkan pulang pada cuti penggal. Sekiranya cuti pendek, sebahagian mereka menumpang di rumah ibubapa angkat mereka .Pihak sekolah akan menanggung segala perbelanjaan makan minum para pelajar.

Setibanya kami di Sek. Seri Puteri, kami dibawa ke rumah tamu yang disediakan. Kami menyimpan bagasi dan barang barang yang kami bawa bersama. Kemudiannya, kami  bersarapan bersama-sama dengan bekalan nasi lemak yang dibawa oleh Cikgu Nurul dari sekolah. 

Van yang membawa kami dari LCCT ke rumah tamu

Bersarapan di rumah tamu Sek.Seri Puteri dengan begitu selera.

Kami berehat selama beberapa minit sebelum kami melawat sekolah mereka. Kami cuba bergerak pantas agar masa kami tidak terbiar dan dapat mengisi masa itu dengan berguna.
Related Posts with Thumbnails