Bagi sesiapa yang tidak mengenali Shukur, disertakan gambarnya sebagai kenangan abadi buat semua warga Bukhary. sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat rohnya. Al-Fatihah....
20 November, 2011
20.11. 2011....Ada yang pergi meninggalkan Al-Bukhary..Al-Fatihah!
Tarikh hari ini amat cantik, tersusun rapi...seiras berseni, namun pada tarikh ini juga ada yang menyentuh hati warga Bukhari...Seorang dari warganya kini pergi menyahut seruan Ilahi...Al-Fatihah buat mohd Shukur dari kelas 4 EG. Berita sedih ini turut dikongsi oleh rakan-rakan sekolah melalui facebook masing-masing. Shukur pergi setelah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Harapan guru-guru dan pihak pengurusan sekolah agar tragedi sedih ini menjadi peringatan kepada semua rakan yang lain agar lebih berhati-hati di jalan raya apatah lagi di musim cuti sekolah ini.
08 November, 2011
Sesi persekolahan 2011 hampir tamat,..hari-hari untuk persekolahan semakin berakhir. Cuti semakin hampir. Calon SPM mula demam menantikan tarikh peperikasaan, manakala calon PMR berdebar menanti keputusan. Guru-guru pula sibuk membuat pemarkahan, menganalisis setiap ujian bagi menentukan kedudukan kelas di tahun hadapan.
Aktiviti permainan menjadi keutamaan sekarang, banyak pertandingan antara kelas dijalankan bagi mengisi masa terluang. tidak lupa juga kursus keagamaan. pelajar didedahkan dengan perkara baru sebagai ilmu tambahan agar sempurna kehidupan. Berikut disertakan beberapa gambar yang sempat diambil semasa kursus pengurusan jenazah yang diadakan di surau baru-baru ini.
Harapan pihak sekolah agar pelajar dapat memanfaatkan cuti yang bakal tiba dengan program yang boleh mengisi masa dengan berfaedah.
Buat calon SPM yang akan menduduli SPM yang bermula 14 November ini, warga SMKSMAB mendoakan agar kalian semua dapat menjalani peperiksaan ini dengan tenang. semoga semua berjaya meraih kecemerlangan yang diimpikan. Insyaallah.
Aktiviti permainan menjadi keutamaan sekarang, banyak pertandingan antara kelas dijalankan bagi mengisi masa terluang. tidak lupa juga kursus keagamaan. pelajar didedahkan dengan perkara baru sebagai ilmu tambahan agar sempurna kehidupan. Berikut disertakan beberapa gambar yang sempat diambil semasa kursus pengurusan jenazah yang diadakan di surau baru-baru ini.
![]() |
| Pelajar didedahkan dengan informasi berkaitan pengurusan jenazah. Peralatan yang diperlukan untuk memandikan mayat dipamerkan untuk memudahkan pemahaman pelajar. |
![]() |
| Pelajar melihat sendiri teknik memandikan mayat yang betul oleh pemudahcara yang dijemput khas. |
![]() |
| Latihan menyembahyangkan jenazah. |
Buat calon SPM yang akan menduduli SPM yang bermula 14 November ini, warga SMKSMAB mendoakan agar kalian semua dapat menjalani peperiksaan ini dengan tenang. semoga semua berjaya meraih kecemerlangan yang diimpikan. Insyaallah.
12 October, 2011
Bacaan Yassin untuk Guru-guru Bakal Haji tahun 2011
Pagi ini, bertempat di surau sekolah, para pelajar bersama guru-guru SMKSMAB termasuk Tuan Pengetua, Puan Hajah Dewi Rosnah Binti Radin Suhadi membacakan surah Yassin khas buat mendoakan keberangkatan guru-guru SMKSMAB yang bakal menunaikan haji pada tahun ini. Seramai 4 orang guru dijangka berangkat ke Mekah Al-Mukarramah iaitu Penolong kanan Hal Ehwal Murid, En Azizan B. Saud, Guru Kanan Teknik Vokasional, Puan Anisah binti Ahmad, En Abdul Halim Bin Hassan dan En Najid dari Unit pendidikan Khas.
Majlis bacaan yassin ini diketuai oleh Ustaz Khairul Bazli yang seterusnya membaca doa khas mendoakan keselamatan bakal-bakal haji dari SMKSMAB ini dalam perjalanan menuju iman.Ustaz Khairul Bazli mengetuai bacaan yassin untuk mendoakan keselamatan bakal-bakal haji dari SMKSMAB.
" Tiba masanya lambaian Kaabah,
Buat guru-guru berjiwa luhur,
Haji Azizan, Haji Halim dan hajah Anisah,
Semoga mendapat haji yang mabrur."
" Tiba masanya lambaian Kaabah,
Buat guru-guru berjiwa luhur,
Haji Azizan, Haji Halim dan hajah Anisah,
Semoga mendapat haji yang mabrur."
Selamat pergi dan selamat pulang buat semua guru-guru yang terlibat. Semoga perjalanan kalian ke tanah suci diberi ganjaran oleh Allah.
05 October, 2011
Pertandingan Dikir Barat dan Boria Peringkat Negeri Kedah 2011
Pada 4 hb Oktober 2011, berlangsung satu pertandingan Dikir Barat dan Boria Peringkat Negeri Kedah. Pertandingan telah dilangsungkan di Jitra Mall bermula dari 10.00 hingga 5 petang.
Pasukan dari SMKSMAB telahpun menjuarai pertandingan ini, persembahan yang mantap dan bertenaga telah merealisasikan impian semua warga sekolah yang menaruh harapan tinggi terhadap kemenangan ini.
Dari kiri, Mohd Hazmin B Zakaria sebagai tukang karut dan Hisyamuddin Baki selaku Tok Juara.
| Pasukan Dikir Barat "Asta Putera" bergambar kenangan sebelum pertandingan |
| Pasukan "Asta Putera" beraksi dengan penuh semangat |
04 October, 2011
PMR Sudah Bermula,..Semoga berjaya
![]() |
| Cikgu Shahidan yang sangat prihatin ... |
Hari ini, 4 Oktober 2011, bermulalah PMR bagi semua pelajar tingkatan 3 di seluruh negara. Anak-anak Bukhary yang menduduki ujian ini didoakan agar dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan lancar. Teruskan berjuang sehingga ke penamat peperiksaan.
![]() |
| Madam memberi amanat akhir menjelang sehari menjelang PMR |
![]() |
| Calon-calon PMR 2011 |
01 October, 2011
Bengkel Sembelihan 2011
Panitia Pendidikan Islam SMKSMAB telah melaksanakan satu program yang dinamakan "Bengkel Sembelihan" khusus buat semua pelajar tingkatan 4 pada 27 September 2011. (Selasa). Program ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 2.10 petang, bertempat di Gelanggang Bola Tampar Asrama sekolah. Semua guru Pendidikan Islam dan 166 orang pelajar terlibat dalam menjayakan program ini. Turut dijemput adalah 2 orang penceramah jemputan yang memberi informasi dan teknik sembelihan yang betul kepada pelajar.
![]() |
| Pelajar diberi informasi mengenai teknik menyembelih yang betul menurut Islam. |
![]() |
| Pelajar berpeluang untuk belajar memproses ayam yang baru disembelih,- aktiviti membuang bulu ayam. |
![]() |
| Ayam-ayam yang telah disembelih dibersihkan. |
![]() |
| Guru Kanan Kemanusiaan SMKSMAB, Puah Jaliah Binti Juewani menyampaikan cendera hati kepada penceramah. |
![]() |
| Pelajar dan guru-guru bekerjasama memasak makanan berlaukkan ayam-ayam sembelihan hari ini. |
Semoga program bermanfaat seperti ini dapat memberi maklumat yang jelas mengenai sembelihan kepada semua pelajar bagi menghadapi ancaman status makanan halal yang semakin serius sekarang. Menjadi harapan pihak sekolah dan Panitia Pendidikan Islam agar semua pelajar boleh menyembelih sendiri haiwan ternakan mereka tanpa ragu dan was-was. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.
29 September, 2011
PAMERAN GRAFIK BERKOMPUTER 2011
Pada hari Selasa, 20 September lalu, bertempat di Dewan Blok A (Kelas 5SN, 5AK, 5AKG), Panitia Grafik Berkomputer SMKSMAB telah mengadakan Pameran Grafik Berkomputer tahun 2011. Pameran Grafik Berkomputer ini merupakan modul terakhir daripada 8 modul yang perlu dilengkapkan oleh pelajar-pelajar yang mengambil kursus MPV grafik berkomputer untuk melayakkan mereka menduduki peperiksaan SPM.
Pada jam 8.55, ketibaan tetamu kehormat yang dijemput untuk merasmikan majlis tersebut iaitu Tuan Haji Turin Bin Ahmad, Timbalan PPD Kota Setar, Kedah. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En Abdullah Bin Arsad, Penolong Pegawai Kanan Teknik Vokasional Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, En Zainal Annuar Bin Mohd Zain Naib YDP PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary, pihak pentadbir sekolah, guru-guru dan para waris bagi pelajar 5MPV, serta para pelajar tingkatan 5MPV dan 4MPV. Tepat jam 9.00 pagi, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar 5MPV iaitu saudara Kurasyadi bin Ku Izham.
![]() |
| Ketibaan Tuan Haji Turin Bin Ahmad disambut dengan paluan kompang |
![]() |
| Tuan Haji Turin memberi amanat berguna seterusnya melafazkan ucapan perasmian majlis pameran kali ini. |
![]() |
| Tuan Haji Turin memotong riben sebagai gimik perasmian Pameran Grafik Berkomputer 2011 |
![]() |
| Lawatan ke kiosk pelajar |
![]() |
| Pelajar bersama En Abdullah Bin Arsad, Pen. Peg. Kanan Teknik Vokasional JPN Kedah dan Zainal Annuar Bin Mohd Zain Naib YDP PIBG |
![]() |
| Pelajar bergambar bersama PK Koku SMKSMAB |
![]() |
| Para pelajar 5MPV bergambar bersama guru-guru Grafik Berkomputer |
![]() |
| Para pelajar 4MPV bergambar bersama guru-guru Grafik Berkomputer |
Panitia Grafik Berkomputer ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah serta jutaan terima kasih kepada para pelajar mata pelajaran grafik berkomputer khususnya pelajar-pelajar tingkatan 5MPV kerana berjaya menganjurkan pameran grafik berkomputer bagi tahun 2011, tidak ketinggalan juga kepada guru-guru dan warga SMK Syed Mohamed Al-Bukhary yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
22 September, 2011
Malam Merdeka Raya SMKSMAB bersama keluarga
Pada hari Rabu, 14 Setember lalu, bertempat di Anjung Mutiara,..SMKSMAB dikunjungi ramai ahli keluarga dari kalangan pendidik bagi meraikan sambutan Majlis Sambutan Merdeka Raya 2011. Sungguh meriah suasananya apatah lagi majlis ini diadakan secara santai.
Bermula selepas solat maghrib,..tetamu mula mengambil tempat,..jam 8.30 malam, Puan Hajah Sharifah Fatimah sebagai tetamu istimewa pun tiba,..acara pun bermula dengan bacaan doa oleh ustaz Mohd Zaki Bin Ali.
Saksikan kemeriahan majlis yang berlangsung,..
Bermula selepas solat maghrib,..tetamu mula mengambil tempat,..jam 8.30 malam, Puan Hajah Sharifah Fatimah sebagai tetamu istimewa pun tiba,..acara pun bermula dengan bacaan doa oleh ustaz Mohd Zaki Bin Ali.
Saksikan kemeriahan majlis yang berlangsung,..
Subscribe to:
Posts (Atom)




























