29 October, 2013

Lawatan Penanda Aras Sekolah Amanah- SMK Gelang Patah, Johor

Pada Khamis bersamaan 24 Oktober 2013 yang lalu, suatu lawatan untuk meninjau perjalanan sekolah amanah telah berjaya dilaksanakan oleh Tuan Pengetua SMKSMAB bersama 40 orang guru ke SMK Gelang Patah di Johor Baharu. Lawatan penanda aras ini bertujuan melihat dan menyaksikan sendiri bagaimana PDP dijalankan di sekolah amanah.

Tempat penginapan peserta lawatan di Nusa Perdana

Perjalanan bermula pada jam 6 petang dan tiba di bumi Johor pada lebih kurang jam 4.00 pagi. Selepas merehatkan diri seketika, rombongan terus dibawa ke SMK Gelang Patah dan tiba di sana pada jam 8.00 pagi. Disambut oleh pihak pengurusan sekolah dan selepas suatu taklimat ringkas, kami dibawa meninjau ke kelas pembelajaran.

Tuan Pengetua SMKSMAB memberikan ucapan ringkas tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua warga SMK Gelang Patah yang sudi memberi kerjasama.

Pihak Pengurusan dari SMKSMAB, Puan Pauziah Bt Ahmad (Guru Penolong Kanan) dan Puan Jaliah Bt Juwani (Penolong Kanan HEM)

Sekolah Amanah adalah sekolah yang dijalankan menerusi perkongsian awam dan swasta dengan Kementerian Pelajaran untuk mempertingkatkan prestasi pelajar secara holistik dengan menambah baik pengurusan sekolah serta memperbaiki kurikulum dan penyampaian pendidikan.




Suasana kelas yang mementingkan penggunaan pelbagai peralatan bantuan dengan objektif membantu pelajar belajar dalam situasi yang menyeronokkan



Konsep pebelajaran secara holistik  berpusatkatkan pelajar membolehkan mereka belajar secara kendiri dan kreatif.

Program yang tidak berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata membuatkan pelajar seronok untuk datang ke sekolah dan ini meningkatkan mutu pembelajaran mereka.

Pihak Pengurusan SMKSMAB dan SMK Gelang Patah bersama wakil dari JPN Johor.


Sekolah Amanah adalah sekolah awam yang diurus secara bersama di antara pihak swasta dengan pemimpin sekolah kerajaan, di bawah kawal selia KPM. Sekolah Amanah akan diberi lebih kebebasan dalam membuat keputusan dan dengan itu dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan prestasi pelajar. Sekolah Amanah bermatlamat untuk membawa perubahan kepada prestasi sekolah tanpa mengira pencapaian semasa: daripada sederhana kepada baik, baik kepada lebih baik. 

Sekolah Amanah akan mempunyai lebih autonomi dalam membuat keputusan berkaitan kurikulum, kewangan dan sumber manusia bagi menggalak inovasi dan menjadi lebih responsive terhadap keperluan komuniti sekolah. Autonomi yang diberi merangkumi kebebasan memilih kandungan kurikulum, pengagihan peruntukan mengikut keperluan, penyediaan insentif berasaskan prestasi dan pemilihan guru dan kakitangan bukan guru.

Semoga lawatan ini memberi manfaat terhadap semua warga sekolah dengan harapan suatu ketika nanti, SMKSMAB bakal menjadi sekolah amanah di negeri Kedah. Insya Allah.

14 October, 2013

KETUPAT KERJASAMA...SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA...

Suasana Hari Raya Korban tahun ini sedikit berbeza, persekolahan masih berjalan,..atas semangat kerjasama dan tolong menolong sesama guru-guru wanita,..gotong royong membalut ketupat telah dijalankan di kantin sekolah. Ramai guru yang mempunyai masa senggang meluangkan masa untuk menjayakan projek ketupat raya ini..Jom saksikan gelagat semua..






SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA SEMUA....MAAF ZAHIR DAN BATIN..

13 September, 2013

DIALOG ASPIRASI BUKHARY TOP 5 2013

KHAMIS, 12 SEPTEMBER 2013
Bertempat di DEWAN MAKAN ASRAMA SKSMAB telah dilangsungkan satu pertemuan antara Ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pengetua SMKSMAB dan para waris 28 pelajar harapan cemerlang PMR 2013. Menyedari bahawa setiap kecemerlangan pelajar sebenarnya membawa kepada kenaikan keputusan gred sesuatu sekolah serta JPN amnya., dialog ini dicetuskan dengan harapan pelajar dan waris jelas tentang hala tuju pendidikan di Malaysia serta bersedia menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk kejayaan bersama. Pihak sekolah amat komited untuk membantu dari pelbagai aspek bagi mencapai hasrat cemerlang dalam PMR tahun ini.





07 September, 2013

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN - KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Pada 7 hb September 2013 yang lalu, guru-guru SMKSMAB telah diperkenalkan dengan suatu kemahiran iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kursus ini telah dikendalikan oleh seorang fasilitator dari Institut Aminudin Baki iaitu Dr Bala.
Bermula jam 9.00 pagi, semua guru peserta kursus diberi taklimat dan latihan untuk mengaplikasikan teknik berfikir dengan lebih berkesan. Selari dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan yang mula dilancarkan tahun 2013, KBAT perlu diamalkan oleh semua guru bagi merangsang pemikiran yang lebih kritikal dalam kalangan pelajar.







En Shahrir Bin Abu Bakar, Pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary turut menyertai  kursus ini.
Antara teknik  KBAT yang dapat diaplikasikan dalam kelas Bahasa Melayu

Rumusan dari KBAT
1. Tiada siapa berfikir dengan sempurna atau berfikir terlalu lemah sepanjang masa.
2. Menghafal sesuatu perkara tidak sama dengan berfikir tentang sesuatu perkara itu. Menghafal sesuatu boleh dilakukan tanpa memahami perkara itu.
3. Berfikir boleh dilakukan dalam bentuk perkataan / gambaran / renungan
4. Apabila seseorang menghafal dan memberi maklumat itu semula tanpa perlu berfikir itu yang dinamakan robot. Dia melakukan apa yang telah diprogramkan.
5. KBAT memerlukan kita melakukan sesuatu dengan maklumat / fakta / idea yang diterima dengan memberi makna yang berlainan dan implikasi yang berbeza daripada kebiasaan. Mesti memahaminya, menggabung dan menghubungkait antara satu sama lain, mengkategorikan dan memanipulasinya untuk membolehkan menemui makna dan kefahaman baru. Mengunakannya seperti mana kita sentiasa mahukan penyelesaian yang baru kepada setiap permasalahan / peristiwa baru

05 August, 2013

IHYA' RAMADHAN 2013

Majlis Perasmian Ihya' Ramadhan 1434 Hijrah telah dirasmikan oleh Tuan pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary, Encik Shahril Bin Abu Bakar pada hari Isnin bersamaan 08 hb Ogos 2013 yang lalu. Serentak dengan iti, pelbagai aktiviti kerohanian telah dijalankan bagi mengisi masa lapang di bulan Ramadhan buat semua warga sekolah.

Tuan pengetua merasmikan majlis Ihya' Ramadhan 1434 Hijrah.
Antara aktiviti yang menjadi acara tahunan sekolah ialah Jualan Amal yang dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Islam yang bertujuan mengutip dana untuk disumbangkan kepada pelajar sekolah yang kurang berkemampuan. Usaha murni ini dapat menyemai rasa insaf dan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar untuk turut menderma dengan membelui pelbagai barangan yang dijual, antaranya ialah buku dan majalah, pakaian dan kasut terpakai serta barangan hiasan.





Majlis Berbuka Puasa untuk warga sekolah turut diadakan. Majlis ini dilangsungkan di Dewan Asrama sekolah dan dihadiri oleh semua pelajar asrama serta guru-guru. Tujuan utama adalah memupuk hubungan baik antara semua warga sekolah. Solat Tarawih dilangsungkan selepas majlis berbuka di mana semua guru dan pelajar yang hadir turut berjemaah bersama.


Acara Bertadarus Al-Quran dilangsungkan di sepanjang bulan Ramadhan, pelajar-pelajar bertadarus sambil dipantau oleh ustaz dan ustazah. Guru-guru juga turut bertadarus semasa waktu rehat. 




Acara kemuncak Ihya' Ramadhan dilangsungkan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dijalankan dengan penuh meriah dan dihadiri oleh bekas pengetua iaitu Puan Hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi, YDP PIBG serta Puan Hajah Sharifah Fatimah. 


Ustaz Zaki mengetuai guru-guru dan pelajar yang menyertai Tadarus Al-Quran 


Para pelajar bersalaman dengan tetamu dan guru-guru sebagai tanda berakhirnya Ramadhan dan menjelangnya Shawal.
 


Persembahan dari pelajar yang menyampaiakn qasidah yang memukau hadirin.

Cikgu Ezat Bin Omar dan Cikgu Izhar turut membuat persembahan.

Acara bersalam-salaman di akhir majlis.


Ihya Ramadhan yang menjadi acara rasmi sekolah diharap dapat menanamkan rasa insaf diri serta meningkatkan rasa iman dalam kalangan pelajar serta warga sekolah. Semoga bertemu lagi di Ramadhan akan datang dan semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik di sepanjang perjalanan kedidupan kita semua sebagai makhluk Allah. Amin.



18 July, 2013

SMKSMAB BERQIAMULLAIL

Program Qiamullail Tingkatan 3 anjuran Panitia Pendidikan Islam telah berlansung dengan jayanya pada 20 Jun hingga 21 Jun 2013 bertempat di surau SMK Syed Mohamed Al-Bukhary. Program ini bertujuan untuk memberi motivasi bercorak keislaman dan membentuk benteng dalam diri para pelajar untuk menangkis godaan luar terutamanya gejala sosial yang semakin berleluasa masa kini. 

Program ini juga bertujuan menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W serta membetuk sahsiah, akhlak dan disiplin dalam diri para pelajar dalam melaksanakan ibadah kepada Allah S.W.T.  Di samping itu, silaturrahim antara para pelajar dan guru-guru juga dapat dieratkan lagi serta mendidik pelajar mentaati perintah Allah dalam apa jua keadaan.

Program Qiamullail Tingkatan 3 ini merupakan rentetan daripada program Bengkel Jawi yang diadakan pada 20 Jun 2013 jam 12.00 tengah hari.  Pelajar-pelajar telah mendaftar pada jam 6.00 petang selepas tamatnya Bengkel Jawi.

Sekitar jam 4.30 pagi, para pelajar telah bersiap sedia untuk menunaikan solat Tahajjud, solat Hajat dan solat Witir serta solat Subuh secara berjemaah. Selesai solat Subuh, satu kuliah Subuh diadakan dan telah disampaikan oleh Ustaz Khairul Bazli bin Ahmad.
Program Qiamullail Tingkatan 3 Tahun 2013 tamat dengan jayanya setelah tamatnya  kuliah Subuh sekitar jam 7.30 pagi.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya meningkatkan jati diri dan dan motivasi dalam diri pelajar dalam mencipta kejayaan dalam landasan yang betul  dan menerima redha Allah S.W.T.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS QIAMULLAIL DI SURAU SMKSMAB.


Antara guru-guru yang turut serta dalam Majlis Qiamullal tersebut.


Selepas solat maghrib, bacaan Yaasin dan solat Isyak berjemaah, satu sesi ceramah motivasi yang bertajuk “Akhlak Pelajar Cemerang” yang  telah disampaikan oleh Ustaz Khairul Bazli Bin Ahmad. 

Para pelajar telah memberi kerjasama yang baik sepanjang sesi ceramah berlangsung. Mereka menunjukkan minat yang begitu mendalam serta bersemangat dan memberi respon yang positif
kepada penceramah.



Related Posts with Thumbnails