20 December, 2012

Keputusan PMR 2012

Bertempat di Dewan Iltizam SMK Syed Mohamed Al-Bukhary, tarikh 19 Disember 2012, debaran calon-calon PMR 2012 semakin membuak-buak,..di wajah masing-masing tergambar perasaan yang pelbagai...ramai pelajar yang ditemani oleh para waris...
Jam 10.30 pagi,..Tuan Pengetua Puan Hajah Dewi Rosnah tiba untuk majlis pengumuman keputusan,..turut serta ialah Penolong Kanan Puan Hajah Jamaliah, Pen Kanan HEM, Tuan Haji Azizan Saud, Guru Kanan Bahasa Puan Rohana serta guru-guru termasuk guru kelas tingkatan 3 yang setia berbakti.



Bergambar kenangan.barisan pelajar cemerlang PMR 2012 bersama pentadbir sekolah. 

Berikut disenaraikan nama-nama pelajar yang berjaya melepasi tahap kecemerlangan peringkat sekolah iaitu:
  1. Nuha Bt Aziz (3 Al-Mawardi)                        8 A
  2. Nur Zuratiqah Bt Ayub (3 Al-Mawardi)         8 A
  3. Norhafizah (3 Al-Mawardi)                            8 A
  4. Raja Nur Ily Kamaliah ( 3 Al-Biruni)               8 A
  5. Mohd Ashar Bin Mansor (3 Al-Mawardi).      8 A
  6. Nurain Athirah Bt Zakaria (3 Al-Biruni )          8 A 1 B
  7. Mohd Shamim Bin Hilmi (3 Al-Mawardi)       7 A 1 B
  8. Mohd Shahmi Ahmad (3 Al-Mawardi)            7 A 1 B
  9. Shamim Bin Aziz (3 Al-Mawardi)                    7 A 1 B
  10. Ain Norazira (3 Al-Mawardi)                          7 A 1 B
  11. Mohd Zarith Bt Zahir (3 Al-Mawardi)             7 A 1 B
  12. Mohd Ashraf Bin Azman  (3 Al-Biruni)            7 A 1 B 1 C
  13. Mohd Asif Naim (3 Al-Mawardi)                     6A 2 B
  14. Shasmita (3 Al-Mawardi)                                 6A 2 B 
Mencatatkan peningkatan dari segi peratusan kelulusan iaitu mencapai 83.9% pada PMR 2012 berbanding 81% pada PMR 2011. Rekod turut tercatat menyaksikan subjek Bahasa Melayu yang berjaya mendapat kelulusan 100 peratus setelah kemarau 32 tahun. Subjek Bahasa Arab juga mencipta kegemilangan pencapaian 100% setelah 18 tahun!.

Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya. Untuk yang kurang berjaya, keputusan PMR hari ini bukan penentuan kejayaan hari esok, usaha yang berterusan akan menjamin kejayaan selamanya..selamat meneruskan pengajian ke tingkatan 4..bijaklah memilih bidang yang sesuai dengan keputusan masing-masing. 
Pihak sekolah sentiasa mendoakan kejayaan semua pelajar. Proses pembelajaran perlu diteruskan sehinggalah ke liang lahad. In Syaa Allah.

09 October, 2012

Selamat Menghadapi PMR 2012

Majlis Bacaan yassin sempena Peperiksaan PMR 2012 untuk semua pelajar SMKSMAB telah berjaya dilangsungkan pada 7 Oktober 2012 (Ahad) lepas, hari ini 9 Oktober 2012 (selasa) tibalah detik yang dinantikan selama ini. Bermula hari ini seluruh pelajar Malaysia yang layak menduduki PMR akan mula menjawab kertas-kertas soalan peperiksaan mengikut jadual yang telah disusun sehingga 16 Oktober nanti.

Pelajar-pelajar Tingkatan 3 sedang mendengar amanat dari guru dan pentadbir sekolah pada pagi hari pertama peperiksaan PMR.

 Bagi pelajar Al-Bukhary, inilah masanya mereka meluahkan semula apa yang telah mereka pelajari selama 3 tahun bermula dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3. Seawal jam 7.00 pagi pelajar telah mula berkumpul di Anjung Mutiara untuk sama-sama membaca yassin sebelum peperiksaan. Majlis ini turut disertai oleh semua guru dan pihak pentadbiran. Suntikan kata-kata semangat berterusan diberikan oleh Guru-Guru Kanan, Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Azizan Bin Saud serta Tuan Pengetua Puan Hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi.

Tuan Pengetua Puan Hajah Dewi Rosnah Bin Radin Suhadi bersama Tuan Haji Azizan Bin Saud (PK HEM) sempat memberi motivasi akhir buat semua pelajar.
Semoga PMR 2012 menjadi PMR terbaik, sama-sama kita doakan. Insyaallah.

20 September, 2012

Majlis Berbuka SMKSMAB 2012

Pada 1 hb Ogos 2012 yang lalu, pihak sekolah telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa untuk semua warga sekolah bertempat di Dewan Makan Asrama Syed Mohamed Al-Bukhary. Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran Pengetua Puan Hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Puan Pauziah Bt Ahmad, Guru Kanan Kemanusiaan Puan Jaliah Bt Juewani dan Guru Kanan Bahasa Puan Rohana Bt Yusof. 

Pengerusi PIBG SMKSMAB  En. Mohd Kamal turut hadir bersama guru-guru lain yang memeriahkan lagi sambutan ini bersama para pelajar asrama.

Pelajar asrama yang diraikan

Pelajar asrama dari unit pendidikan Khas

Majlis berbuka dimulakan dengan bacaan doa

Antara guru-guru yang terut memeriahkan maklis.

Puan Pengetua bersama Guru PK Ko dan Guru-guru Kanan

Penyelaras pendidikan Khas, En Mohd Taufik Nasution dan Penyelia Asrama sedang menjamu selera
Majlis berbuka puasa ini adalah acara tahunan yang telah menjadi tradisi bagi sekolah ini. Semangat kekitaan yang disemaikan telah menjadi budaya SMKSMAB sejak dulu sehinnga kini bagi melahirkan para pelajar yang bertoleransi dan bekerjasama.

27 August, 2012

KHATAM AL-QURAN dan MAJLIS PENUTUPAN IHYA RAMADHAN

Pada 15 Ogos 2012, bersamaan hari Rabu iaitu hari terakhir sebelum sekolah mula bercuti seminggu,  berlangsunglah Majlis Penutupan Ihya Ramadhan dan Khatam Al-Quran pada 2012. Majlis itu dimulakan pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi.

Majlis ini disempurnakan oleh Puan Hajah Sharipah Fatimah iaitu waris kepada pengasas SMKSMAB. Para waris dan AJK PIBG juga dijemput untuk memeriahkan lagi sambutan pada kali ini.
Program Majlis Penutupan Ihya Tamadhan dan Khatam Al-Quran 2012
Para peserta Program Bertadarus Al-Quran yang berlangsung pada sepanjang bulan Ramadhan disediakan cenderahati berupa senaskah Al-Quran, sehelai sejadah serta buah kurma sebagai tandan ingatan ikhlas dari pihak sekolah.



Ketibaan Puan Hajah Sharipah Fatimah disambut dengan iringan bunga manggar serta paluan kompang. Beliau turut diiringi oleh Tuan Pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary, Puah hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi serta Guru-guru Kanan dan AJK PIBG.
Ustaz Khairul Bazli sebagai wakil kumpulan guru lelaki yang menyertai aktiviti bertadarus menerima cenderahati daripada Puan Hajah Sharifah Fatimah

Ustaz Mohamed Zaki, Ustaz Khairul Bazli dan Cikgu Shahidan mengiringi Tuan Pengetua, Puan Hajah Sharipah serta para pelajar dalam majlis Khatam Al-Quran.

Pelajar yang menyertai aktiviti bertadarus menerima cenderahati daripada Puan Hajah Sharifah Fatimah.

Guru Penolong Kanan HEM, En Azizan  Bin Saud bersama para waris yang turut hadir memeriahkan program.
 
Kumpulan nasyid sekolah  mengakhiri majlis dengan persembahan nashid yang mantap sekaligus  memukau para hadirin yang hadir.
Majlis berlangsung dengan meriah, para pelajar yang layak menerima sumbangan telah diberikan pelbagai bantuan berupa duit raya dan juga bantuan zakat. Pihak sekolah juga turut meraikan pekerja-pekerja am sebagai penerima sumbangan. Alhamdulillah rezeki yang berkat dapat diagihkan buat sesama insan yang memerlukan. Semoga objektif memakmurkan Ramadhan tahun ini berjaya dikecapi dengan adanya majlis seperti ini hinggalah bertemu kembali Ramadhan pada tahun depan. Insyaallah


12 August, 2012

SEMARAK MERDEKA DI BUMI BERTUAH

Sinar pagi hari Isnin bersamaan 6 hb Ogos 2012, telah berlangsunglah Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Semua pelajar dan guru-guru berkumpul di Anjung Mutiara. Setelah doa dibacakan oleh wakil pelajar, majlis telah dipersembahkan dengan batu persembahan pentomin berunsurkan patriotik yang dibimbing oleh En Ezzat bin Omar.
Dalam masa yang sama Pasukan Tambor sekolah telah mengiringi perarakan bendera panjang ke pentas. Selepas itu, semua hadirin tersentuh jiwa serta semangat dengan deklamasi  sajak oleh Cikgu Ezzat yang diiringi dengan tiupan flute oleh Cikgu Ezhar. Gabungan persembahan yang mantap ini mampu menyentuh dan menyuntik semangat patriotik semua warga sekolah. Sememangnya terbaik.

Jalur Gemilang diarak ke pentas diiringi pasukan Tambor sekolah.

Upacara Perasmian Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah disempurnakan oleh Penolong Kanan , Pn Jamaliah Bt Abdul Fatah dan semua Penolong-penolong  Kanan serta diiringi juga oleh Guru-guru Kanan.


6 pelajar berpakaian kebangsaan lengkap dengan memakai topeng berwajahkan enam Perdana Menteri Malaysia, melaungkan laungan keramat "Merdeka" sebanyak tujuh kali sebagai gimik sejarah kemerdekaan negara dari 1957
hingga kini.


Nyanyian beramai-ramai lagu patriotik oleh semua warga sekolah, diketuai oleh pihak pengurusan sekolah serta semua  guru dengan penuh bersemangat menyanyi sambil mengibarkan bendera.
Semarak bergema nyanyian pelajar di bawah pentas sambil mengibar jalur gemilang dan bendera negeri Kedah.


Dengan perasmian Bulan Kemerdekaan  ini, bermulalah pelbagai aktiviti dan penyertaan pelajar dalam menjayakan hari-hari istimewa negara yang kita cintai ini. Semarak merdeka di bumi bertuah!. Selamat Menyambut Hari kemerdekaan Negara kali ke 55. Merdeka, Merdeka, Merdeka.

02 August, 2012

AHLAN YA SAHLAN YA RAMADHAN 1433 HIJRAH

Ramadhan datang lagi,..alhamdulillah warga SMK Syed Mohamed Al-Bukhary sememangnya bersedia bagi mengisi bulan kemuliaan Islam ini dengan pelbagai aktiviti penghayatan. Panitia Pendidikan Islam telah mengambil inisiatif bagi menjayakan program Ihya Ramadhan 1433 hijrah kali ini dengan menyusun pelbagai aktiviti samada buat guru atau pelajar.

Tuan Pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary, Puan Hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi  semasa merasmikan pelancaran Ihya Ramadhan 1433 Hijrah.
Majlis pelancaran Ihya Ramadhan dijalankan dengan penuh meriah pada 16 Julai lalu. Selari dengan itu setiap saat Ramadhan yang berlalu dimanfaatkan sebaiknya oleh semua warga sekolah. Guru-guru lelaki dan wanita menjayakan kumpulan-kumpulan kecil untuk bertadarrus. Pada waktu rehat pula, para pelajar bergegas ke surau untuk bersolat sunat Dhuha serta bertadarus. Selain itu, pada waktu rehat juga persekitaran sekolah dialunkan oleh gema zikir memuji Allah. Bacaan yassin setiap pagi pula diteruskan dengan penuh bersemangat. Semoga semua amal kebaikan ini akan menyemarakkan rasa takwa dalam diri setiap warga Al-Bukhary. Insyaallah, sekolah yang kita semua sayangi ini akan dilimpahi rahmat dah hidayah Allah. Amin.

19 July, 2012

Selamat Berpuasa

Salam Ramadhan Al-Mubarak,..pihak sekolah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada semua warga, khasnya para pelajar dan guru-guru. Semua umat Islam dijangka mula berpuasa pada hari Sabtu ini, 20 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433 Hijrah.


Semoga Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari sebelumnya...sama-sama kita imarahkan surau sekolah yang sudah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan itu dengan sebaik-baiknya. Para pelajar boleh mengambil kesempatan semasa rehat untuk bersolat sunat serta bertadarus. 
Pihak Panitia Pendidikan Islam sudah menyusun aktiviti "Ihya Ramadhan" yang sesuai untuk semua pelajar mengimarahkan bulan yang mulia ini. Insyaallah sama-sama kita berusaha menjadi pelajar yang dapat menghargai masa yang sangat berharga ini dimana setiap amal kebajikan akan diberi ganjran berlipat ganda. Insyaallah.

Anugerah Seri Asrama Terbilang

Sempena sambutan Jubli Perak (25 Tahun Kecemerlangan Asrama), SMK Syed Mohamed Al-Bukhary turut tersenarai sebagai penerima anugerah. Majlis ini dilangsungkan di Dewan majlis Bandarayya Alor setar pada 15 Julai 2012.

Tuan Pengetua SMKSMAB, Puan Hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi menerima anugerah yang disampaikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Tuan Haji Mansor Bin Lat.

Antara guru-guru wanita SMKSMAB yang turut hadir
Kumpulan Tambor SMKSMAB yang sentiasa memeriahkan suasana majlis dengan persembahan mereka.
  
Penolong Kanan HEM SMKSMAB, Tuan Haji Azizan Bin Saud turut hadir.
Tahniah kepada pihak pentadbiran, khususnya pentadbiran asrama sekolah yang telah berjaya menempatkan asrama SMK Syed Mohamed Al-Bukhary sebagai salah sebuah asrama cemerlang dan terbilang di Negeri kedah.
Related Posts with Thumbnails