Majlis Bacaan yassin sempena Peperiksaan PMR 2012 untuk semua pelajar SMKSMAB telah berjaya dilangsungkan pada 7 Oktober 2012 (Ahad) lepas, hari ini 9 Oktober 2012 (selasa) tibalah detik yang dinantikan selama ini. Bermula hari ini seluruh pelajar Malaysia yang layak menduduki PMR akan mula menjawab kertas-kertas soalan peperiksaan mengikut jadual yang telah disusun sehingga 16 Oktober nanti.
 |
Pelajar-pelajar Tingkatan 3 sedang mendengar amanat dari guru dan pentadbir sekolah pada pagi hari pertama peperiksaan PMR. |
Bagi pelajar Al-Bukhary, inilah masanya mereka meluahkan semula apa yang telah mereka pelajari selama 3 tahun bermula dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3. Seawal jam 7.00 pagi pelajar telah mula berkumpul di Anjung Mutiara untuk sama-sama membaca yassin sebelum peperiksaan. Majlis ini turut disertai oleh semua guru dan pihak pentadbiran. Suntikan kata-kata semangat berterusan diberikan oleh Guru-Guru Kanan, Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Azizan Bin Saud serta Tuan Pengetua Puan Hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi.
 |
Tuan Pengetua Puan Hajah Dewi Rosnah Bin Radin Suhadi bersama Tuan Haji Azizan Bin Saud (PK HEM) sempat memberi motivasi akhir buat semua pelajar. |
Semoga PMR 2012 menjadi PMR terbaik, sama-sama kita doakan. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment