Pada hari Rabu, 14 Setember lalu, bertempat di Anjung Mutiara,..SMKSMAB dikunjungi ramai ahli keluarga dari kalangan pendidik bagi meraikan sambutan Majlis Sambutan Merdeka Raya 2011. Sungguh meriah suasananya apatah lagi majlis ini diadakan secara santai.
Bermula selepas solat maghrib,..tetamu mula mengambil tempat,..jam 8.30 malam, Puan Hajah Sharifah Fatimah sebagai tetamu istimewa pun tiba,..acara pun bermula dengan bacaan doa oleh ustaz Mohd Zaki Bin Ali.
Saksikan kemeriahan majlis yang berlangsung,..
22 September, 2011
Malam Merdeka Raya SMKSMAB bersama keluarga
11 September, 2011
Kenangan Terindah Bukharian - 11 September 2011
Bertuah sungguh anak-anak SMKSMAB hari ini apabila berkesempatan untuk menunjukkan bakat dan potensi masing-masing kepada semua yang hadir di Majlis Pecah Tanah Dewan Centennial Kolej Sultan Abdul Hamid (Sahoca) pada 11 September 2011.
![]() |
| Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Abdul Halim bersama tetamu utama. Turut kelihatan ialah negarawan terulung negara, Tun Mahathir Mohamad. |
Lebih indah bila majlis itu dihadiri oleh tetamu kenamaan yang terdiri daripada Sultan Kedah, Yang Teramat Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan anakanda baginda Tunku Intan Safinaz. Mantan Perdana Menteri ke 4 Malaysia, Tun Mahathir Mohamed, turut hadir, membawa bersamanya semangat dan kekuatan negarawan yang bergelar Bapa Pembangunan Malaysia.
![]() |
| Detik indah yang dirakamkan bersama oleh anak-anak Bukharian, Pengetua KSAH, Pengetua SMKSMAB, dan guru-guru pengiring bersama Tun Mahathir Mohamad. |
![]() |
| Pasukan Tambor SMKSMAB yang segak bergaya. |
![]() |
| Kombo Al-Bukhary sentiasa mengharumi suasana dengan persembahan mereka yang semakin mantap. |
![]() |
| Kumpulan Gamelan yang turut memberikan persembahan dalam majlis, sempat merakamkan detik-detik indah bersama Tun Mahathir. |
Sambutan Merdeka Raya 2011 Peringkat Komplek Pendidikan.
Hari Khamis 8 Setember 2011 bersamaan 6 Syawal 1432 Hijrah adalah tarikh bersejarah buat seluruh warga Kompleks Pendidikan Jalan Stadium kerana berjaya melaksanakan sambutan dwi perayaan iaitu Merdeka Raya sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke 54. sambutan ini adalah anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN).
Perarakan ini dimulakan dari kawasan Stadium Darulaman sehingga mengelilingi komplek dan terus berkumpul di kawasan lapang berhampiran Dewan Al-Farabi.
Pasukan Tambor SMKSMAB diberi penghormatan untuk mengepalai perbarisan pada kali ini. Tahniah.
![]() |
| Para guru dari SMKSMAB yang mengetuia perbarisan sekolah. |
![]() |
| Seramai 259 pelajar SMKSMAB menjadi wakil sekolah sedang berjalan dalam perbarisan. |
30 August, 2011
Salam Aidil Fitri 1432 Hijrah
Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa, tibalah kini untuk kita semua merayakan kemenangan kita berjuang menentang hawa nafsu. Selamat Hari raya Aidil Fitri untuk semua warga SMKSMAB. Sekolah mula bercuti pada 25 Ogos sehingga 4 September 2011. Sambutlah hari raya dengan penuh kesyukuran dan janganlah dimusnahkan segala kebaikan amalan di sepanjang Ramadhan dengan aktiviti yang bercanggah dengan nilai-nilai agama. Selamat Hari Raya,...Maaf Zahir & Batin.
24 August, 2011
Ihya Ramadhan Jabatan Pelajaran Negeri bersama Anak Yatim
Pada hari Rabu, 24 Ogos 2011 bersamaan 24 Ramadhan 1432 Hijrah, berlangsunglah majlis Ihya Ramadhan anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Majlis ini berlangsung di SMK Syed Mohamed Al-Bukhary dan turut disertai oleh warga Kompleks Pendidikan.
Majlis ini dimulakan dengan acara berbuka puasa bersama-sama dan penyampaian cenderahati raya kepada anak-anak yatim dari sekolah-sekolah dalam kompleks pendidikan. Turut meraikan anak-anak yatim ini ialah Puan Hajah Sharipah Fatimah serta Pengetua SMKSMAB Puan Hajah Dewi Rosnah.
09 August, 2011
Sambutan Bulam Kemerdekaan 2011
Bulan Ogos telah diisytiharkan sebagai bulan kemerdekaan pada setiap tahun sempena sambutan Hari Kemerdekaan setiap kali tibanya 31 hb Ogos. Menyahut seruan itu, Panitia Sivik SMKSMAB telah melancarkan sambutan Ambang Kemerdekaan yang dilancarkan oleh pengetua SMKSMAB, Puan Hajah Dewi Rosnah binti Radin Suhadi semasa perhimpunan pagi, khamis lalu.
![]() |
| Tuan pengetua merasmikan pelancran Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke 54 semasa perhimpunan pagi pada hari Khamis 4 Ogos lalu. |
Pelbagai aktiviti telah dan akan dijalankan di sepanjang bulan ini bagi memeriahkan sambutan sekaligus memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Para pelajar digalakkan menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan.Semoga kemerdekaan kali ke 54 ini membawa sinar bahagia kepada semua warga Bukhary. amin
Deklamator sekolah, Nasihah bt Ghazali tampil bersemangat mendeklamasikan puisi bertemakan sejarah kemerdekaan negara.
Ihya' Ramadhan 1432 Hijrah
Ramadhan tahun ini lebih bermakna kerana disambut bersekali dengan sambutan Ambang kemerdekaan. Sempena kedatangan Ramadhan 1432 Hijrah, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Program Ihya’ Ramadhan yang bertujuan mengisi jiwa pelajar dengan pengisian rohani yang dapat memantapkan kualiti ibadat puasa.
Madam Dewi Rosnah menyeru para pelajar agar menggunakan masa rehat dengan aktiviti keagamaan di surau sekolah. Beliau merasmikan sambutan Ihya’ Ramadhan dan menyeru para pelajar untuk bertadarus dalam kumpulan kecil sambil menyemak bacaan rakan.
Selamat mengimarahkan ramadhan kareem. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari sebelumnya.
18 July, 2011
AL~BUKHARY mengintip...."WORLD"....
Akhirnya sampai juga hasrat saya untuk membawa anak-anak Al~Bukhary mengikuti satu misi "pengintipan" bertaraf dunia. Pada 16 Julai, satu rombongan terdiri daripada ahli-ahli pasukan tambor dan kombo Al~Bukhary telah bertolak ke VI Institution, antara sekolah tertua dan berprestij, sekolah bersejarah dan menyimpan pelbagai maklumat. Sengaja saya memilih sekolah ini khusus untuk memberi peluang pelajar-pelajar berinteraksi dan berbengkel dalam pengendalian alat "bagpipe". Terima kasih Cikgu Othman dan Cikgu Sarifuddin kerana begitu senang hati menerima kunjungan ringkas pasukan kerdil kami.
Terima kasih atas tunjuk ajar dan pendedahan daripada pelajar-pelajar VI. Ternyata, banyak yang perlu kami pelajari. "Bagpipe" yang dibekalkan oleh JPN akan kami manfaatkan sebaik-baiknya.
Malam esoknya, sekali lagi ahli rombonhan telah dibawa ke Stadium Tertutup Putra, Bukit jalil bagi menyaksikan sendiri pasukan gergasi Malaysia mempamerkan bakat dan kemahiran dalam KL World Marching band. Kedah yang diwakili oleh SMK Sultanah Asma telah mengungguli pertandingan manakala pasukan KSAH berjaya meningkatkan ranking dan martabat sekolah ke tempat ketiga. SYABAS!!
Hati saya benar-benar tersentuh melihat kesungguhan dan kegigihan setiap pasukan. Pengorbanan para guru, jurulatih, "old boys", para ibu bapa dan penyokong begitu besar dalam mengetengahkan bakat pelajar.
Misi "pengintipan" rombongan kita telah berjaya memberi pendedahan dan refleksi yang mendalam. Jika kita mahu mencapai tahap itu, kita perlu bekerja keras dan berkorban.
Hopefully one day we will manage to stand in the eyes of the WORLD...
Subscribe to:
Posts (Atom)

























