30 August, 2011

Salam Aidil Fitri 1432 Hijrah

Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa, tibalah kini untuk kita semua  merayakan kemenangan kita berjuang menentang hawa nafsu. Selamat Hari raya Aidil Fitri untuk semua warga SMKSMAB. Sekolah mula bercuti pada 25 Ogos sehingga 4 September 2011. Sambutlah hari raya dengan penuh kesyukuran dan janganlah dimusnahkan segala kebaikan amalan di sepanjang Ramadhan dengan aktiviti yang bercanggah dengan nilai-nilai agama. Selamat Hari Raya,...Maaf Zahir & Batin.


24 August, 2011

Ihya Ramadhan Jabatan Pelajaran Negeri bersama Anak Yatim





Pada hari Rabu, 24 Ogos 2011 bersamaan 24 Ramadhan 1432 Hijrah, berlangsunglah majlis Ihya Ramadhan anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Majlis ini berlangsung di SMK Syed Mohamed Al-Bukhary dan turut disertai oleh warga Kompleks Pendidikan.
Majlis ini dimulakan dengan acara berbuka puasa bersama-sama dan penyampaian cenderahati raya kepada anak-anak yatim dari sekolah-sekolah  dalam kompleks pendidikan. Turut meraikan anak-anak yatim ini ialah Puan Hajah Sharipah Fatimah serta Pengetua SMKSMAB Puan Hajah Dewi Rosnah.

09 August, 2011

Sambutan Bulam Kemerdekaan 2011


Bulan Ogos telah  diisytiharkan sebagai bulan kemerdekaan pada setiap tahun sempena sambutan  Hari Kemerdekaan setiap kali tibanya 31 hb Ogos. Menyahut seruan itu, Panitia Sivik SMKSMAB telah melancarkan sambutan Ambang Kemerdekaan yang dilancarkan oleh pengetua SMKSMAB, Puan Hajah Dewi Rosnah binti Radin Suhadi semasa perhimpunan pagi, khamis lalu.

Tuan pengetua merasmikan pelancran Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke 54 semasa perhimpunan pagi pada hari Khamis 4 Ogos lalu.
 

Pelbagai aktiviti telah dan akan dijalankan di sepanjang bulan ini bagi memeriahkan sambutan sekaligus memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Para pelajar digalakkan menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan.Semoga kemerdekaan kali ke 54 ini membawa sinar bahagia kepada semua warga Bukhary. amin

Deklamator sekolah, Nasihah bt Ghazali tampil bersemangat mendeklamasikan puisi bertemakan sejarah kemerdekaan negara.

Ihya' Ramadhan 1432 Hijrah


Ramadhan tahun ini lebih bermakna kerana disambut bersekali dengan sambutan Ambang kemerdekaan. Sempena kedatangan Ramadhan 1432 Hijrah, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Program Ihya’ Ramadhan yang bertujuan mengisi jiwa pelajar dengan pengisian rohani yang dapat  memantapkan kualiti ibadat puasa. 


Madam Dewi Rosnah menyeru para pelajar agar menggunakan masa rehat dengan aktiviti keagamaan di surau sekolah. Beliau merasmikan sambutan Ihya’ Ramadhan dan menyeru para pelajar  untuk bertadarus dalam kumpulan kecil sambil menyemak bacaan rakan. 

Selamat mengimarahkan ramadhan kareem. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari sebelumnya.

18 July, 2011

AL~BUKHARY mengintip...."WORLD"....


Akhirnya sampai juga hasrat saya untuk membawa anak-anak Al~Bukhary mengikuti satu misi "pengintipan" bertaraf dunia. Pada 16 Julai, satu rombongan terdiri daripada ahli-ahli pasukan tambor dan kombo Al~Bukhary telah bertolak ke VI Institution, antara sekolah tertua dan berprestij, sekolah bersejarah dan menyimpan pelbagai maklumat. Sengaja saya memilih sekolah ini khusus untuk memberi peluang pelajar-pelajar berinteraksi dan berbengkel dalam pengendalian alat "bagpipe". Terima kasih Cikgu Othman dan Cikgu Sarifuddin kerana begitu senang hati menerima kunjungan ringkas pasukan kerdil kami.


Terima kasih atas tunjuk ajar dan pendedahan daripada pelajar-pelajar VI. Ternyata, banyak yang perlu kami pelajari. "Bagpipe" yang dibekalkan oleh JPN akan kami manfaatkan sebaik-baiknya.










Malam esoknya, sekali lagi ahli rombonhan telah dibawa ke Stadium Tertutup Putra, Bukit jalil bagi menyaksikan sendiri pasukan gergasi Malaysia mempamerkan bakat dan kemahiran dalam KL World Marching band. Kedah yang diwakili oleh SMK Sultanah Asma telah mengungguli pertandingan manakala pasukan KSAH berjaya meningkatkan ranking dan martabat sekolah ke tempat ketiga. SYABAS!!

Hati saya benar-benar tersentuh melihat kesungguhan dan kegigihan setiap pasukan. Pengorbanan para guru, jurulatih, "old boys", para ibu bapa dan penyokong begitu besar dalam mengetengahkan bakat pelajar.


Misi "pengintipan" rombongan kita telah berjaya memberi pendedahan dan refleksi yang mendalam. Jika kita mahu mencapai tahap itu, kita perlu bekerja keras dan berkorban.
Hopefully one day we will manage to stand in  the eyes of the WORLD...

16 July, 2011

Penghasilan Kraf daripada Bahan buangan.

Pertandingan menghasilkan  ciptaan kreatif daripada bahan-bahan buangan merupakan program yang telah dianjurkan oleh Unit Kolurikulum Sekolah pada tahun ini. Pertandingan ini diwajibkan kepada semua kelab dan persatuan akademik SMKSMAB. Bertempat di kantin sekolah pada Selasa  12 Julai 2011, pertandingan ini telah memperlihatkan kreativiti para pelajar bagi menghasilkan bahan baru daripada bahan terbuang. 

Pn Ong Yain Chaing dari Kelab Alam Sekitar telah ditugaskan menjadi penyelaras kepada pertandingan ini.  Bermula jam 2.30 petang, semua pelajar dengan dipantau oleh guru persatuan masing-masing mula berkreatif menggunakan bahan terbuang seperti kertas, botol minuman, kotak dan lain-lain bahan buangan. Tepat jam 4.00 petang semua hasilan pun dipamerkan,...haaaaahhh...baru tahu rupanya pelajar SMKSMAB semuanya kreatif...jom tengok hasilnya..

Hasilan yang memenangi hadiah utama.

Berkreatif dengan bahan terbuang.
Kelab Bahasa Inggeris di bawah bimbingan Puan Suhaila.
Puan Zaitun bersama pelajar dari Kelab Bahasa Melayu

Penolong Kanan Kokurikulum bersama pelajar yang berjaya dalam Pertandingan Kraf.

09 July, 2011

Kem Bersatu Unit Berunifom 2011

Pada Khamis 7 hb Julai 2011, seramai 86 pelajar SMKSMAB yang terpilih telah menyertai Kem Bersatu Unit Berunifom yang telah diadakan di Kem Tentera Wataniah Kepala Batas. Kem ini dilangsungkan selama 3 hari 2 malam bermula pagi Khamis seningga Sabtu, 9 Julai 2011. Kem ini dikendalikan sendiri oleh pegawai tentera yang dilantik iaitu Leftenan Kolonel Tuan Haji Mohd Noor Bin Hasnaamin, Ketua Cawangan Latih Regimen 513 Askar Wataniah. Kem Bukit Pinang.
Kem ini bertujuan mendidik para pelajar dengan sikap bertanggungjawab serta berdisiplin dalam menjalani kehidupan seharian. Mereka didedahkan dengan pelbagai pengetahuan terutamanya berkaitan kerjaya sebagai ahli tentera, latihan kawad yang betul, menepati masa serta pelbagai aktiviti dalam kumpulan.
 
Latihan dan demontrasi cara menggunakan senjata didedahkan buat semua pelatih.              




Tuan pengetua Puan Hajah Dewi Rosnah Binti Radin Suhadi memeriksa perbarisan platun ke 3 yang menjuarai kategori Platun Terbaik Keseluruhan pada acara penutup Kem Bersatu Unit Beruniform.
Madam dewi membalas tabik hormat pada hari penutup Kem. Kelihatan juga Tuan Leftenan Kolonel Tuan Haji Mohd Noor Bin Hasnaamin, Ketua Cawangan Latih Regimen 513 Askar Wataniah. Kem Bukit Pinang serta anggota tentera yang terlbat sebagai jurulatih serta Penolong Kanan Kokurikulum SMKSMAB, Pn Fauziah Bt Ahmad.
 Majlis penutup diserikan dengan kehadiran Tuan pengetua, Puan Hajah Dewi Rosnah binti Radin Suhadi,  Penolong Kanan Puan Jamaliah Bt Abdul Fatah, Pen Kanan Kokurikulum Pn Pauziah Bt Ahmad, Guru Kanan Kemanusiaan Puan Jaliah Bt Juewani, Guru Kanan Teknik Vokasional Puan Anisah Bt Ahmad serta Kaunselor sekolah Puan Zauyah bt Ismail.
Turut hadir dan memantau perjalanan di sepanjang Kem tersebut adalah guru-guru penyelaras dari unit beruniform SMKSMAB yang bergilir-gilir mengawasi dan memastikan semua program yang dijalankan berjalan lancar.


Pelatih lelaki terbaik : Mohd Sofwan Azim dari Tingkatan 5 AK
Pelatih Perempuan Terbaik : Nurul Adiyan  Bt Che Mahadi dari Tingkatan 2A1
Platun Terbaik Keseluruhan : Platun 3.


Selain aktiviti yang berbentuk latihan fizikal, para pelajar juga didedahkan dengan aktiviti kerohanian seperti bersembahyang malam serta bersolat jemaah. Selain itu tazkirah juga diadakan selepas berjemaah solat subuh yang dikendalikan sendiri  oleh Ustaz Zaki selaku Komanden Kem, Cikgu Razif dan jurulatih di surau dalam kem tersebut.
Tahniah semua pelatih. Semoga semua yang dipelajari di kem ini akan dijadikan pedoman dan iktibar bagi menjalani kehidupan yang lebih baik sebagai warganegara Malaysia yang berdaulat dan berdisiplin. Terima kasih semua yang terlibat.

04 July, 2011

Tahun ni Naib Johan je,..Tahun depan mesti johan kan...

Hari ini, sempena perhimpunan rasmi mingguan, Dewan Iltizam menyaksikan rentetan kejayaan anak-anak Bukhary dalam pelbagai aktiviti kokurikulum. Antaranya ialah dalam Pertandingan Kompang, Pertandingan Drama Komsas dan Pertandingan Kugiran. Apa yang menarik ialah SMKSMAB muncul menjadi naib johan dalam kesemua pertandingan tersebut.



Puan Hajah Jamaliah Bt Abdul Fatah, Penolong Kanan SMKSMAB menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang terlibat dengan pasukan kompang yang berjaya menjadi Naib Johan Kompang Peringkat Daerah Kota Setar, yang dilangsungkan pada 28 Jun 2011 di SMK Seri Ampang.














Pertandingan Drama Komsas Perinbgkat Daerah telah diadakan di SMK Pokok Sena pada Ahad (26 Jun 2011) yang lalu. Pasukan drama sekolah yang dibimbing oleh Cikgu Ezat B Omar tampil sebagai Naib Johan.
Puan Hajah Jamaliah telah menyampaikan hadiah serta sijil penghargaan kepada semua yang pelajar yang terlibat.














Pasukan Kugiran Al-Bukhary pula menjadi Naib Johan Peringkat Negeri. Mereka beraksi hebat sekalipun tewas pada pasukan dari SMK Air Hangat. 

Mungkin Al-Bukhary ditakdirkan  cuma  berjaya mendapat tempat kedua dalam semua pertandingan itu, namun tidak menjadi suatu yang mustahil andainya akan berjaya di tahun hadapan sebagai Johan!...Insyaallah.









Tahniah kepada semua yang terlibat, juga kepada semua pihak samada guru dan pelajar yang menjadi insan di balik tabir,..."Apa yang penting,...Kerjasama'....kan, kan, kan..


Related Posts with Thumbnails