Kadet Remaja Sekolah (KRS) SMKSMAB telah menyertai Pertandingan Kawad Kaki KRS Peringkat Daerah Kota Setar 2010 pada 28 Julai baru-baru ini. Pertandingan intu dilangsungkan di Rejimen 513, Askar Wataniah, Kem Bukit Pinang, Kepala Batas. Kesungguhan peserta KRS menjalani latihan selama 3 minggu berturut-turut setiap hari menunjukkan bahawa mereka mempunyai semangat jati diri yang kuat dan sentiasa mahukan yang terbaik buat pasukan.
Latihan pasukan ini dikendalikan bersama oleh Cikgu Ezzat bersama bantuan teknik berkawad yang betul daripada jurulatih bertauliah. Pasukan ini sempat ke Kem Rejimen 513 bagi menjalani latihan intensif sebanyak 3 kali iaitu pada 19, 22 dan 27 Julai bagi mendapatkan seberapa banyak pengalaman mengenai teknik berkawad yang betul dan tepat.
Puan Fauziah selaku PK Kokurikulum, bersama Cikgu Ezat serta jurulatih kawad dari Kem Rejimen berbincang untuk mencari yang terbaik bagi pasukan KRS SMKSMAB.
Pasukan KRS sekolah berjaya mendapat tempat ke empat dalam pertandingan tersebut. Syabas semua ahli KRS, juga buat Penyelaras KRS sekolah, Pn Munah bt Mohamad Julie yang sentiasa bertungkus lumus memastikan pasukan ini menjalani latihan dengan penuh disilin. Tahniah. Cuba lagi di tahun hadapan.
02 August, 2010
Pertandingan Kawad kaki KRS
31 July, 2010
Program Qiamullail Tingkatan 5
Bertempat di Dewan Iltizam dan surau SMKSMAB pada 17 Julai lalu, satu program Qiamullail telah dijalankan khusus kepada semua calon SPM 2010. Bermula jam 6.00 petang, sesi pendaftaran dijalankan, diikuti dengan solat maghrib dan Isya berjemaah, Bacaan yassin, Ceramah motivasi dan seterusnya acara sembahyang malam (solat sunat tahajud, hajat, taubat dan witir) selepas tidur sebentar. Program ini diakhiri dengan kuliah subuh pada pagi berikutnya. Sebelum semua pelajar dibenarkan pulang mereka diberi sarapan pagi.
Objektif program ini ialah memberi pendedahan kepada pelajar untuk mempertingkatkan amalan beribadah serta berusaha menghidupkan amalan sunnah nabi Muhammad s.a.w. Semua ini bertujuan memberi ketenangan serta memantapkan kerohanian menjelang peperiksaan supaya mereka lebih bersedia bukan sahaja dari segi akademik malah mental juga. Semoga program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam ini berjaya mengisi kekosongan jiwa pelajar dan seterusnya berusaha dengan lebih sistematik menjelang peperiksaan yang semakin hampir.
Sesi pendaftaran pelajar bermula jam 6 petang, dikendalikan oleh Cikgu Rohaniah dan Cikgu Azizahwati.
Ustazah Rita Juraida sempat memberi taklimat kepada semua pelajar terlibat mengenai acara yang akan dijalankan supaya pelajar memahami serta dapat menjalani ibadah ini dengan lancar dan teratur.
Ustaz Khairul Bazli memimpin pelajar membaca yassin setelah bersolat berjemaah Maghrib bersama. Semoga aktiviti mulia ini mampu membersihkan minda pelajar untuk lebih bersedia menghadapi sebarang ujian dalam kehidupan seharian bukan sahaja terhad semasa mengambil SPM nanti, InsyaAllah.

30 July, 2010
Ogos Kembali bersama Gema Patriotik Warga SMKSMAB
Julai kini dipenghujung, Ogos kembali menyapa 2010 dengan sentuhan semangat patriotik warga Malaysia. Sambutan Bulan kemerdekaan kini meriah di mana jua di seluruh negara. SMKSMAB tidak terkecuali, Panitia Pendidikan Sivik kini mengorak langkah menyusun aktiviti bagi mengisi slot diambang merdeka.
Ketua Panitia Sivik dan Kewarganegaraan Cik Nurul Latifah dan Cikgu haliza Ahmad memantau aktiviti menjahit Jalur Gemilang oleh pelajar sebagai persediaan menyambut bulan kemerdekaan.
Dengan penuh bangga dan bersemangat waja, pelajar-pelajar ini berusaha menyiapkan Jalur Gemilang yang bakal dikibarkan di perkarangan sekolah sebagai satu tanda sokongan dan cintakan negara sendiri. Tiada yang lebih membanggakan sekiranya generasi pasca merdeka tetap mempunyai semangat patriotik bagi terus menggapai kegemilangan negara. Syabas buat semua pelajar.

Perhimpunan Rasmi bersama Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Kedah
Pada hari Ahad bersamaan 25 Julai, sekali lagi perhimpunan rasmi mingguan diserikan lagi dengan kehadiran VIP dari Jabatan Pendidikan Kedah iaitu Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Tn Hj. Asmee b. Hj Tajudin. Kehadiran ini merupakan kehadiran kali ketiga VIP daripada Jabatan Pelajaran Kedah. Sebelum ini perhimpunan rasmi SMKSMAB telah dihadiri oleh Ketua Sektor Peperiksaan serta Pengarah Pelajaran Negeri Kedah.
Tn Hj. Asmee turut menyanyikan lagu Negaraku, Pendidikan Cemerlang Kedah Gemilang serta lagu Sekolah, sejurus ketibaan beliau di Dewan Iltizam bagi memulakan perhimpunan rasmi mingguan SMKSMAB.
Selepas itu Tn Hj. Asmee telah diberi penghormatan untuk menyampaikan anugerah kecemerlangan pelajar dan pemenang pertandingan Futsal serta pelajar yang mendapat hadiah kecemerlangan semasa Pameran Grafik Berkomputer berpeluang menerima hadiah mereka daripada En. Azmi.
Semasa menyampaikan ucapannya, Tn Hj. Azmi berpesan kepada semua pelajar supaya sedia berubah ke arah yang lebih baik. Pelajar juga diingatkan agar menghormati guru dan ibu bapa yang telah banyak berjasa kepada mereka.
Pantun 2 kerat daripada beliau yang mengandungi makna tersirat untuk dihayati, mengajak pelajar berubah untuk lebih baik dari masa ke semasa seiring era globalisasi yang semakin canggih.
"Pergi sekolah naik skuter"
"Balik sekolah naik helikopter"
Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj. Asmee b. Hj. Tajudin, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPN Kedah. Semoga kehadiran tuan di SMKSMAB yang singkat ini mampu menjana kecemerlangan yang berterusan.

28 July, 2010
Karnival Bola Jaring Ting 1 & 2
Karnival Bola Jaring bagi Tingkatan 1 & 2 peringkat sekolah telah selamat dijalankan pada petang 27 dan 28 Julai 2010. Sebanyak 4 kelas dari Tingkatan 1 dan 4 kelas dari Tingkatan 2 telah mengambil bahagian. Setelah 2 hari berlangsung, karnival ini telah berjaya melahirkan ramai pelapis baru yang berpotensi.
Kelincahan pemain-pemain dari Tingkatan 1 AG telah mengkagumkan ramai orang yang menyaksikan perlawanan ini. Akhirnya mereka berjaya dinobatkan sebagai Johan berkat usaha gigih dan kerjasama yang padu sesama rakan pasukan.
Karnival ini telah berjaya mengenalpasti ramai pemain yang berkebolehan terutamanya dalam menjaring bola. Insyaallah pada tahun depan mereka akan diserapkan dalam pasukan sekolah.
Ramai juga peminat lelaki yang hadir memberikan sokongan kepada rakan sekelas masing-masing. Inilah sikap yang positif yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar lelaki yang tinggal di asrama.

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua AJK Bola Jaring, guru penasihat yang sentiasa menyokong dan kepada semua yang menyertai karnival ini. InsyaAllah aktiviti ini pasti menjadi tradisi yang perlu dilangsungkan lagi pada masa hadapan kerana banyak impak positif yang diperolehi. Tahniah Kelab Bola Jaring SMKSMAB.
27 July, 2010
Mencanting Batik dan Membuat Ukiran Kayu
Pelajar-pelajar SMKSMAB yang mengambil subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) kini sibuk menyiapkan tugasan masing-masing. Projek ini (tugasan) melibatkan penghasilan Folio dan juga bahan hasilan seni yang perlu dipersembahkan dari mula diilhamkan sehingga ianya siap. Antara projek yang dipilih oelh calun-calun SMKSMAB pada tahun ini ialah batik dan ukiran kayu. Guru PSV, cikgu Nik Noraidah dan cikgu Halisa Hashim turut membantu serta memberi bimbingan kepada pelajar supaya projek yang dihasilkan mampu memperoleh markah yang baik dalam SPM nanti.

Mencanting batik sudah dilakukan, kini dengan berhati-hati.pelajar perlu mewarna pula dengan menggunakan pewarna kain.
Jika tersilap campuran warna, hasil batik yang dihasilkan akan menjadi tidak cantik dan tidak berkualiti. Kesabaran dan ketekunan amat diperlukan bagi menjayakan proses ini.
Selain mencanting batik, terdapat juga calun yang mengambik projek Ukiran Kayu sebagai pilihan. Kelihatan pelajar-pelajar tersebut sedang berusaha menyiapkan tugasan masing-masing.
Kelihatan cikgu Nik Noraidah membantu pelajar memilih kombinasi warna seperti yang dikehendaki dalam soalan peperiksaan. Semoga kerjasama dan pengorbanan guru-guru menjadi sumber inspirasi terhadap pelajar. Selamat Maju jaya.

Labels:
AKTIVITI,
BATIK DAN UKIRAN KAYU,
UNIT KEMANUSIAAN
Pameran Grafik Berkomputer (SMKSMAB) 2010
Setiap tahun, pelajar-pelajar Tingkatan 5 aliran MPV akan mengadakan pameran yang mengumpulkan segala hasik kreativiti mereka sebagai tatapan umum khasnya pelajar-pelajar SMKSMAB. Pameran ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar menonjolkan bakat dan kreativiti individu sekaligus sebagai landasan untuk menilai dan memberi markah terhadap tugasan dalam subjek yang dipelajari iaitu Grafik Berkomputer.
Pada 18 Julai 2010 yang lalu, sekali lagi pelajar-pelajar MPV Tingkatan 5 mengadakan pameran. Persiapan untuk pameran turut disertai oleh waris pelajar.

Para waris pelajar turut bertungkus lumus membantu anak-anak mereka menyediakan gerai-gerai pameran. Berkat kesungguhan ini menjadikan pameran ini sentiasa mendapat perhatian semua pihak.
Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Kedah telah melapangkan masa untuk merasmikan pameran dan seterusnya melihat hasil kreativiti pelajar.
Pengarah Pelajaran Negeri, Tuan Haji Shahidan b. Abdul rahman turut hadir untuk memberi sokongan pada sesi tengahari.
Kelihatan Tuan Haji Shahidan sedang mendengar penerangan daripada pelajar yang mengambil bahagian dalam pameran. Pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary, Madam Dewi Rosnah turut teruja dengan kreativiti yang dihasilkan.
Semoga aktiviti ini akan memberi kesan positif kepada para pelajar MPV untuk terus mendepani era teknologi berkomputer yang semakin canggih masa kini.
Kepada semua pelajar dan guru yang terlibat dalam menjayakan pameran kali ini, pihak sekolah mengucapkan Syabas dan Tahniah.

25 July, 2010
Bengkel Tulisan Jawi
Memandangkan tulisan jawi kian dilupakan, Unit Pendidikan Islam SMKSMAB telah mengambil langkah yang proaktif dengan menganjurkan Bengkel Tulisan Jawi kepada para pelajar dengan objektif melahirkan pelajar yang mampu menguasai tulisan dan bacaan jawi. Bengkel ini mensasarkan pelajar tingkatan 3 dan 5 sebagai pesertanya. Bertempat di Dewan Iltizam pada hari Sabtu lalu (17 Julai 2010), program ini di serikan dengan penceramah jemputan dari SMK Muadzam Shah, Alor Setar iaitu Ustaz Sabri b. Azit.
Ustaz Sabri memberi tip-tip mudah bagi melancarkan bacaan dan penulisan jawi supaya dapat membantu mereka menguasai soalan berkaitan tulisan jawi dalam PMR dan SPM.
Puan Jaliah selaku Guru kanan Kemanusiaan hadir memberi sokongan terhadap sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan kemanusian. Turut kelihatan Ustazah Aminah Ku Ahmad yang bertindak sebagai fasilitator bengkel tersebut.

BENGKEL TULISAN JAWI,
UNIT KEMANUSIAAN
Subscribe to:
Posts (Atom)