Pada hari Ahad bersamaan 25 Julai, sekali lagi perhimpunan rasmi mingguan diserikan lagi dengan kehadiran VIP dari Jabatan Pendidikan Kedah iaitu Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Tn Hj. Asmee b. Hj Tajudin. Kehadiran ini merupakan kehadiran kali ketiga VIP daripada Jabatan Pelajaran Kedah. Sebelum ini perhimpunan rasmi SMKSMAB telah dihadiri oleh Ketua Sektor Peperiksaan serta Pengarah Pelajaran Negeri Kedah.
Tn Hj. Asmee turut menyanyikan lagu Negaraku, Pendidikan Cemerlang Kedah Gemilang serta lagu Sekolah, sejurus ketibaan beliau di Dewan Iltizam bagi memulakan perhimpunan rasmi mingguan SMKSMAB.
Selepas itu Tn Hj. Asmee telah diberi penghormatan untuk menyampaikan anugerah kecemerlangan pelajar dan pemenang pertandingan Futsal serta pelajar yang mendapat hadiah kecemerlangan semasa Pameran Grafik Berkomputer berpeluang menerima hadiah mereka daripada En. Azmi.
Semasa menyampaikan ucapannya, Tn Hj. Azmi berpesan kepada semua pelajar supaya sedia berubah ke arah yang lebih baik. Pelajar juga diingatkan agar menghormati guru dan ibu bapa yang telah banyak berjasa kepada mereka.
Pantun 2 kerat daripada beliau yang mengandungi makna tersirat untuk dihayati, mengajak pelajar berubah untuk lebih baik dari masa ke semasa seiring era globalisasi yang semakin canggih.
"Pergi sekolah naik skuter"
"Balik sekolah naik helikopter"
Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj. Asmee b. Hj. Tajudin, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPN Kedah. Semoga kehadiran tuan di SMKSMAB yang singkat ini mampu menjana kecemerlangan yang berterusan.
30 July, 2010
Perhimpunan Rasmi bersama Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Kedah
28 July, 2010
Karnival Bola Jaring Ting 1 & 2
Karnival Bola Jaring bagi Tingkatan 1 & 2 peringkat sekolah telah selamat dijalankan pada petang 27 dan 28 Julai 2010. Sebanyak 4 kelas dari Tingkatan 1 dan 4 kelas dari Tingkatan 2 telah mengambil bahagian. Setelah 2 hari berlangsung, karnival ini telah berjaya melahirkan ramai pelapis baru yang berpotensi.
Kelincahan pemain-pemain dari Tingkatan 1 AG telah mengkagumkan ramai orang yang menyaksikan perlawanan ini. Akhirnya mereka berjaya dinobatkan sebagai Johan berkat usaha gigih dan kerjasama yang padu sesama rakan pasukan.
Karnival ini telah berjaya mengenalpasti ramai pemain yang berkebolehan terutamanya dalam menjaring bola. Insyaallah pada tahun depan mereka akan diserapkan dalam pasukan sekolah.
Ramai juga peminat lelaki yang hadir memberikan sokongan kepada rakan sekelas masing-masing. Inilah sikap yang positif yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar lelaki yang tinggal di asrama.

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua AJK Bola Jaring, guru penasihat yang sentiasa menyokong dan kepada semua yang menyertai karnival ini. InsyaAllah aktiviti ini pasti menjadi tradisi yang perlu dilangsungkan lagi pada masa hadapan kerana banyak impak positif yang diperolehi. Tahniah Kelab Bola Jaring SMKSMAB.
27 July, 2010
Mencanting Batik dan Membuat Ukiran Kayu
Pelajar-pelajar SMKSMAB yang mengambil subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) kini sibuk menyiapkan tugasan masing-masing. Projek ini (tugasan) melibatkan penghasilan Folio dan juga bahan hasilan seni yang perlu dipersembahkan dari mula diilhamkan sehingga ianya siap. Antara projek yang dipilih oelh calun-calun SMKSMAB pada tahun ini ialah batik dan ukiran kayu. Guru PSV, cikgu Nik Noraidah dan cikgu Halisa Hashim turut membantu serta memberi bimbingan kepada pelajar supaya projek yang dihasilkan mampu memperoleh markah yang baik dalam SPM nanti.

Mencanting batik sudah dilakukan, kini dengan berhati-hati.pelajar perlu mewarna pula dengan menggunakan pewarna kain.
Jika tersilap campuran warna, hasil batik yang dihasilkan akan menjadi tidak cantik dan tidak berkualiti. Kesabaran dan ketekunan amat diperlukan bagi menjayakan proses ini.
Selain mencanting batik, terdapat juga calun yang mengambik projek Ukiran Kayu sebagai pilihan. Kelihatan pelajar-pelajar tersebut sedang berusaha menyiapkan tugasan masing-masing.
Kelihatan cikgu Nik Noraidah membantu pelajar memilih kombinasi warna seperti yang dikehendaki dalam soalan peperiksaan. Semoga kerjasama dan pengorbanan guru-guru menjadi sumber inspirasi terhadap pelajar. Selamat Maju jaya.

Labels:
AKTIVITI,
BATIK DAN UKIRAN KAYU,
UNIT KEMANUSIAAN
Pameran Grafik Berkomputer (SMKSMAB) 2010
Setiap tahun, pelajar-pelajar Tingkatan 5 aliran MPV akan mengadakan pameran yang mengumpulkan segala hasik kreativiti mereka sebagai tatapan umum khasnya pelajar-pelajar SMKSMAB. Pameran ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar menonjolkan bakat dan kreativiti individu sekaligus sebagai landasan untuk menilai dan memberi markah terhadap tugasan dalam subjek yang dipelajari iaitu Grafik Berkomputer.
Pada 18 Julai 2010 yang lalu, sekali lagi pelajar-pelajar MPV Tingkatan 5 mengadakan pameran. Persiapan untuk pameran turut disertai oleh waris pelajar.

Para waris pelajar turut bertungkus lumus membantu anak-anak mereka menyediakan gerai-gerai pameran. Berkat kesungguhan ini menjadikan pameran ini sentiasa mendapat perhatian semua pihak.
Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Kedah telah melapangkan masa untuk merasmikan pameran dan seterusnya melihat hasil kreativiti pelajar.
Pengarah Pelajaran Negeri, Tuan Haji Shahidan b. Abdul rahman turut hadir untuk memberi sokongan pada sesi tengahari.
Kelihatan Tuan Haji Shahidan sedang mendengar penerangan daripada pelajar yang mengambil bahagian dalam pameran. Pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary, Madam Dewi Rosnah turut teruja dengan kreativiti yang dihasilkan.
Semoga aktiviti ini akan memberi kesan positif kepada para pelajar MPV untuk terus mendepani era teknologi berkomputer yang semakin canggih masa kini.
Kepada semua pelajar dan guru yang terlibat dalam menjayakan pameran kali ini, pihak sekolah mengucapkan Syabas dan Tahniah.

25 July, 2010
Bengkel Tulisan Jawi
Memandangkan tulisan jawi kian dilupakan, Unit Pendidikan Islam SMKSMAB telah mengambil langkah yang proaktif dengan menganjurkan Bengkel Tulisan Jawi kepada para pelajar dengan objektif melahirkan pelajar yang mampu menguasai tulisan dan bacaan jawi. Bengkel ini mensasarkan pelajar tingkatan 3 dan 5 sebagai pesertanya. Bertempat di Dewan Iltizam pada hari Sabtu lalu (17 Julai 2010), program ini di serikan dengan penceramah jemputan dari SMK Muadzam Shah, Alor Setar iaitu Ustaz Sabri b. Azit.
Ustaz Sabri memberi tip-tip mudah bagi melancarkan bacaan dan penulisan jawi supaya dapat membantu mereka menguasai soalan berkaitan tulisan jawi dalam PMR dan SPM.
Puan Jaliah selaku Guru kanan Kemanusiaan hadir memberi sokongan terhadap sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan kemanusian. Turut kelihatan Ustazah Aminah Ku Ahmad yang bertindak sebagai fasilitator bengkel tersebut.

BENGKEL TULISAN JAWI,
UNIT KEMANUSIAAN
Pasukan Bolasepak SMKSMABK
Kini SMK Syed Mohamed Al-Bukhary sudah ada pasukan bolasepak sendiri. Terdiri daripada gabungan guru-guru dan staf lelaki, pasukan ini tampil mantap walaupun kurang mengadakan latihan kerana kesuntukan masa. Bertarikh 22 Julai 2010 (khamis) lalu, pasukan ini telah mengadakan pertandingan bolasepak persahabatan dengan staff SMK Tunku Abd Malik, dan berkeputusan seri 3-3. Kemenangan bukan sasaran utama tetapi jalinan kerjasama dan komitmen yang ditonjolkan oleh semua pemain sangat membanggakan. Hidup pasukan bolasepak SMKSMAB! Selamat mencuba lagi di lain kali.
Cikgu Jasni, Effendi, Sir Seni (penjaga gol), Cikgu Ezat, dan Ustaz Khairul
Duduk di hadapan: Amran, Cikgu Najid, Cikgu Shahidan, Azwan, Usu kantin, Cikgu Halim dan Syed.
Aksi pasukan bolasepak SMKSMAB ketika perlawanan persahabatan dengan SMK Tunku Abdul Malik. Diucapkan selamat maju jaya buat pasukan ini.
Labels:
PASUKAN BOLASEPAK SMKSMAB,
SUKAN
Satu Hari Satu Hospitaliti
Bertempat di Sek Men Vokasional Kangar pada 24 Julai lalu berlangsung satu program yang dinamakan "Satu Hari Satu Hospitaliti" anjuran pelajar-pelajar semester 5 dan 6 kursus Hotel & katering dari Politeknik Tuanku Syed Sirajududdin. Peserta program ini terdiri daripada pelajar SMK Vokasional Kangar dan pelajar Khas (cacat pendengaran) SMK Syed Mohamed Al-Bukhary. Bertujuan untuk membuka minda golongan OKU, program ini memberi peluang pelajar terlibat menunjukkan bakat mereka setanding dengan manusia normal yang lain. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti demonstrasi hiasan kek, Mocktail, pertandingan lipatan Napkin dan pertandingan Table setting.
Unit Pendidikan Khas SMKSMAB telah menghadiri program ini dengan bilangan peserta seramai 8 orang. mereka diiringi oleh 3 orang guru pengiring iaitu En. Taufik nasution b. Ismail (Penyelaras Pendidikan Khas), Pn Naimah bt Isa, Pn Zurina Norazah dan Cik Munirah.
Pelajar khas dari SMKSMAB yang menganmbil bahagian dalam Pertandingan Menghias Kek iaitu Mubarak dan Amirah fasihah. Mereka berpeluang menunjukkan kemahiran setanding dengan peserta lain, walaupun tidak berjaya meraih tempat utama mereka tetap juara di mata kita semua. Syabas dan tahniah.
24 July, 2010
Kem Solat Tingkatan 1
Pagi ini, bermula 7.30 pagi...kelihatan ramai pelajar Tingkatan 1 mendaftar sebagai peserta Kem Solat yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam SMKSMAB di bawah seliaan Jabatan Kemanusian. Kem ini bertujuan menyemak amalan solat pelajar dan memperbetulkannya supaya mereka bersolat dengan betul dan menepati kehendak syariat. Para guru yang terlibat khususnya dari Panitia Pendidikan Islam bekerjasama menjayakan Kem Solat ini.
Kelihatan guru-guru yang terlibat dengan aktiviti Kem Solat Tingkatan 1. Ustazah Shakimah bt Abu, Ustazah Rita Juraida, ustazah Aminah, Ustazah Nadhirah. Puan Jaliah selaku Guru Kanan Kemanusiaan turut hadir bagi memastikan semua aktiviti berjalan seperti yang dirancangkan.
Semoga Kem solat ini mampu memberi kesan positif kepada para pelajar untuk meningkatkan kualiti solat masing-masing selari dengan kewajipan yang telah ditetapkan sebagai umat Islam.

KEM SOLAT TINGKATAN 1,
UNIT KEMANUSIAAN
Subscribe to:
Posts (Atom)