27 July, 2010

Pameran Grafik Berkomputer (SMKSMAB) 2010

Setiap tahun, pelajar-pelajar Tingkatan 5 aliran MPV akan mengadakan pameran yang mengumpulkan segala hasik kreativiti mereka sebagai tatapan umum khasnya pelajar-pelajar SMKSMAB. Pameran ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar menonjolkan bakat dan kreativiti individu sekaligus sebagai landasan untuk menilai dan memberi markah terhadap tugasan dalam subjek yang dipelajari iaitu Grafik Berkomputer.
Pada 18 Julai 2010 yang lalu, sekali lagi pelajar-pelajar MPV Tingkatan 5 mengadakan pameran. Persiapan untuk pameran turut disertai oleh waris pelajar.
 



Para waris pelajar turut bertungkus lumus membantu anak-anak mereka menyediakan gerai-gerai pameran. Berkat kesungguhan ini menjadikan pameran ini sentiasa mendapat perhatian semua pihak.







Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Kedah telah melapangkan masa untuk merasmikan pameran dan seterusnya melihat hasil kreativiti pelajar.









Pengarah Pelajaran Negeri, Tuan Haji Shahidan b. Abdul rahman turut hadir untuk memberi sokongan pada sesi tengahari.

Kelihatan Tuan Haji Shahidan sedang mendengar penerangan daripada pelajar yang mengambil bahagian dalam pameran. Pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary, Madam Dewi Rosnah turut teruja dengan kreativiti yang dihasilkan.


Semoga aktiviti ini akan memberi kesan positif kepada para pelajar MPV untuk terus mendepani era teknologi berkomputer yang semakin canggih masa kini.

Kepada semua pelajar dan guru yang terlibat dalam menjayakan pameran kali ini, pihak sekolah mengucapkan Syabas dan Tahniah.

25 July, 2010

Bengkel Tulisan Jawi

Memandangkan tulisan jawi kian dilupakan, Unit Pendidikan Islam SMKSMAB telah mengambil langkah yang proaktif dengan menganjurkan Bengkel Tulisan Jawi kepada para pelajar dengan objektif melahirkan pelajar yang mampu menguasai tulisan dan bacaan jawi. Bengkel ini mensasarkan pelajar tingkatan 3 dan 5 sebagai pesertanya. Bertempat di Dewan Iltizam pada hari Sabtu lalu (17 Julai 2010), program ini di serikan dengan penceramah jemputan dari SMK Muadzam Shah, Alor Setar iaitu Ustaz Sabri b. Azit.

Ustaz Sabri memberi tip-tip mudah bagi melancarkan bacaan dan penulisan jawi supaya dapat membantu mereka menguasai soalan berkaitan tulisan jawi dalam PMR dan SPM.


Puan Jaliah selaku Guru kanan Kemanusiaan hadir memberi sokongan terhadap sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan kemanusian. Turut kelihatan Ustazah Aminah Ku Ahmad yang bertindak sebagai fasilitator bengkel tersebut.

Pasukan Bolasepak SMKSMABK

Kini SMK Syed Mohamed Al-Bukhary sudah ada pasukan bolasepak sendiri. Terdiri daripada gabungan guru-guru dan staf lelaki, pasukan ini tampil mantap walaupun kurang mengadakan latihan kerana kesuntukan masa. Bertarikh 22 Julai 2010 (khamis) lalu, pasukan ini telah mengadakan pertandingan bolasepak persahabatan dengan staff SMK Tunku Abd Malik, dan berkeputusan seri 3-3. Kemenangan bukan sasaran utama tetapi jalinan kerjasama dan komitmen yang ditonjolkan oleh semua pemain sangat membanggakan. Hidup pasukan bolasepak SMKSMAB! Selamat mencuba lagi di lain kali.

Barisan pemain (berdiri  belakang) Azrul, Cikgu Sobri, Cikgu Shahnur, Cikgu azmi (ketua pasukan),
Cikgu Jasni, Effendi, Sir Seni (penjaga gol), Cikgu Ezat, dan Ustaz Khairul
Duduk di hadapan: Amran, Cikgu Najid, Cikgu Shahidan, Azwan, Usu kantin, Cikgu Halim dan Syed.

Aksi pasukan bolasepak SMKSMAB ketika perlawanan persahabatan dengan SMK Tunku Abdul Malik. Diucapkan selamat maju jaya buat pasukan ini.

Satu Hari Satu Hospitaliti

Bertempat di Sek Men Vokasional Kangar pada 24 Julai lalu berlangsung satu program yang dinamakan "Satu Hari Satu Hospitaliti" anjuran pelajar-pelajar semester 5 dan 6 kursus Hotel & katering dari Politeknik Tuanku Syed Sirajududdin. Peserta program ini terdiri daripada pelajar SMK Vokasional Kangar dan pelajar Khas (cacat pendengaran) SMK Syed Mohamed Al-Bukhary. Bertujuan untuk membuka minda golongan OKU, program ini memberi peluang pelajar terlibat menunjukkan bakat mereka setanding dengan manusia normal yang lain. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti demonstrasi hiasan kek, Mocktail, pertandingan lipatan Napkin dan pertandingan Table setting.


Unit Pendidikan Khas SMKSMAB telah menghadiri program ini dengan bilangan peserta seramai 8 orang. mereka diiringi oleh 3 orang guru pengiring iaitu En. Taufik nasution b. Ismail (Penyelaras Pendidikan Khas), Pn Naimah bt Isa, Pn Zurina Norazah dan Cik Munirah.




Pelajar khas dari SMKSMAB yang menganmbil bahagian dalam Pertandingan Menghias Kek iaitu Mubarak dan Amirah fasihah. Mereka berpeluang menunjukkan kemahiran setanding dengan peserta lain, walaupun tidak berjaya meraih tempat utama mereka tetap juara di mata kita semua. Syabas dan tahniah.

24 July, 2010

Kem Solat Tingkatan 1

Pagi ini, bermula 7.30 pagi...kelihatan ramai pelajar Tingkatan 1 mendaftar sebagai peserta Kem Solat yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam SMKSMAB di bawah seliaan Jabatan Kemanusian. Kem ini bertujuan menyemak amalan solat pelajar dan memperbetulkannya supaya mereka bersolat dengan betul dan menepati kehendak syariat. Para guru yang terlibat khususnya dari Panitia Pendidikan Islam bekerjasama menjayakan Kem Solat ini.

Kelihatan guru-guru yang terlibat dengan aktiviti Kem Solat Tingkatan 1. Ustazah Shakimah bt Abu, Ustazah Rita Juraida, ustazah Aminah, Ustazah Nadhirah. Puan Jaliah selaku Guru Kanan Kemanusiaan turut hadir bagi memastikan semua aktiviti berjalan seperti yang dirancangkan.
Semoga Kem solat ini mampu memberi kesan positif kepada para pelajar untuk meningkatkan kualiti solat masing-masing selari dengan kewajipan yang telah ditetapkan sebagai umat Islam.

21 July, 2010

Program Ilmu DiJulang Pelajar Cemerlang

Program ini adalah hasil inisiatif pelajar-pelajar luar Kampus Universiti Utara Malaysia (PLK UUM)







Sebahagian pelajar luar kampus UUM bersama Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMKSMAB 
En Azizan Bin Saud.

Pelajar berpeluang menunjukkan kemahiran mereka dalam meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu aspek dengan menggunakan teknik peta minda.

Bertempat di Dewan Iltizam, bertarikh 23 JUN 2010, pelajar-pelajar tingkatan 1RK, 2RK dan 3RK berpeluang mendapat ilmu dan kemahiran yang dicurahkan oleh siswa siswi UUM. Slot ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti taklimat, bengkel dan aktiviti permainan minda. Aktiviti seperti ini merupakan peluang yang amat berharga bagi para pelajar kerana banyak kemahiran yang dapat dipelajari contohnya teknik membina peta minda semasa membuat catatan. Selain itu ia turut memberi peluang para pelajar membina keyakinan diri semasa berkomunikasi bersama rakan dan orang lain.

Jaya Waris Tingkatan 1, 2 dan 4

Bertempat di Anjung Mutiara pada 19 Julai lalu berlangsung lagi satu aktiviti yang melibatkan pertemuan 3 hala antara pelajar, waris masing-masing dan guru-guru khasnya guru tingkatan.  Majlis ini adalah kesinambungan Majlis Jaya Waris tingkatan 3 dan 5 dua minggu lalu. Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun telah dijadikan satu ukuran terhadap pencapaian masing-masing.
Dalam pertemuan itu, guru-guru berpeluang untuk memaklumkan prestasi akademik dan sahsiah pelajar kepada ibu bapa mereka, semua ini bertujuan untuk memberikan impak positif dalam menjana kecemerlangan akademik dan menjamin kemenjadian sahsiah pelajar selari hasrat bersama ibu bapa dan guru yang inginkan anak-anak serta anak didik berjaya di masa hadapan.

Sambutan yang amat menggalakan daripada para waris yang bersabar menunggu untuk berjumpa dengan guru kelas anak-anak mereka.

Sikap ibu bapa yang prihatin akan menjamin kecemerlangan anak-anak.

 Hanya kegembiraan sahaja yang mampu diterjemahkan apabila ibu bapa melihat kejayaan anak sendiri. Sudah tentu waris ini amat gembira dengan pencapaian anaknya...lihatlah sendiri aksinya...

Majlis ini menjadi acara tahunan bagi warga SMK Syed Mohamed Al-Bukhary. Semoga pengorbanan pelajar, para waris dan guru-guru akan membuahkan hasil yang gemilang dari masa ke semasa. Bekerjasama ke arah kecemerlangan pelajar adalah teras kepada perlaksanaan aktiviti dua hala ini.

17 July, 2010

BULLIES... AGAIN...???

I am terribly shocked to hear about recent case on bullying/ragging in a school. And I believe there are many other unreported cases.

Now, why must this incident occur? I must admit that this is really disgusting.

Let us imagine....(close your eyes).....

"...somebody  continuously hanging around you..even without a word uttered, not at all nagging..or "yekitty-yek..."(my former teacher used this word) ..."

Huhh!!! how would you feel? Now imagine that somebody use his "laser" words, body contact, "fist and fury" etc..etc..

Oh! how terrible!!

Boys and girls...I believe you are SMART enough to chose how to behave..Always make friends, not enemies.

AL BUKHARY HATES BULLIES!
Related Posts with Thumbnails