Tahniah, dalam pertandingan Puisi dan Lagu peringkat Daerah Kota Setar baru-baru ini sekolah SMK Syed Mohamed Al-Bukhary sekali lagi mengharumkan nama sekolah dengan menjuarai pertandingan tersebut.
 |
Barisan pelajar yang berjuang habis-habisan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada sekolah Bukhary. Tahniah |
 |
Bergambar kenangan bersama Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMKSMAB, Puan Pauziah Bt Ahmad, Turut serta Guru Kanan Bahasa Puan Rohana Bt Yusuff serta Guru Kanan Kemanusiaan Puan Jaliah Bt Juewani. |
 |
Pelajar bersama barisan guru-guru yang bertanggungjawab melatih dan membimbing, terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Cikgu Ezat B Omar, Cikgu Ezhar, Cikgu Norazaina Bt Abdul Manan dan Cikgu Azizahwati. Tahniah sekali lagi buat mereka.
Berturutan dengan kejayaan ini, pasukan Puisi dan Lagu SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah mewakili daerah Kota Setar ke peringkat negeri. Pertandingan telah diadakan di SMK Sungai Layar di Sungai petani pada 3 Mei 2012 yang lalu. Dalam pertandingan itu SMKSMAB telah berjaya mendapat tempat ke 3 keseluruhan. Tahniah sekali lagi.
Kelihatan Puan Azizahwati dan Puan Norazaina sebagai guru pembimbing pasukan sekolah bergambar bersama para pelajar yang telah berjaya meraih tempat ke 3 keseluruhan di peringkat negeri baru-baru ini.
Insyaallah di tahun hadapan, usaha kita akan diperkenankan untuk meraih gelaran juara. Amin. Kepada semua pelajar, pihak sekolah merasa bangga dengan kalian semua. Untuk guru-guru yang tidak pernah merasa gusar semasa melatih dan membimbing pelajar., ribuan terima kasih kerana mengharumkan nama sekolah. Terima kasih semua.
|
No comments:
Post a Comment