18 July, 2011
AL~BUKHARY mengintip...."WORLD"....
Akhirnya sampai juga hasrat saya untuk membawa anak-anak Al~Bukhary mengikuti satu misi "pengintipan" bertaraf dunia. Pada 16 Julai, satu rombongan terdiri daripada ahli-ahli pasukan tambor dan kombo Al~Bukhary telah bertolak ke VI Institution, antara sekolah tertua dan berprestij, sekolah bersejarah dan menyimpan pelbagai maklumat. Sengaja saya memilih sekolah ini khusus untuk memberi peluang pelajar-pelajar berinteraksi dan berbengkel dalam pengendalian alat "bagpipe". Terima kasih Cikgu Othman dan Cikgu Sarifuddin kerana begitu senang hati menerima kunjungan ringkas pasukan kerdil kami.
Terima kasih atas tunjuk ajar dan pendedahan daripada pelajar-pelajar VI. Ternyata, banyak yang perlu kami pelajari. "Bagpipe" yang dibekalkan oleh JPN akan kami manfaatkan sebaik-baiknya.
Malam esoknya, sekali lagi ahli rombonhan telah dibawa ke Stadium Tertutup Putra, Bukit jalil bagi menyaksikan sendiri pasukan gergasi Malaysia mempamerkan bakat dan kemahiran dalam KL World Marching band. Kedah yang diwakili oleh SMK Sultanah Asma telah mengungguli pertandingan manakala pasukan KSAH berjaya meningkatkan ranking dan martabat sekolah ke tempat ketiga. SYABAS!!
Hati saya benar-benar tersentuh melihat kesungguhan dan kegigihan setiap pasukan. Pengorbanan para guru, jurulatih, "old boys", para ibu bapa dan penyokong begitu besar dalam mengetengahkan bakat pelajar.
Misi "pengintipan" rombongan kita telah berjaya memberi pendedahan dan refleksi yang mendalam. Jika kita mahu mencapai tahap itu, kita perlu bekerja keras dan berkorban.
Hopefully one day we will manage to stand in the eyes of the WORLD...
16 July, 2011
Penghasilan Kraf daripada Bahan buangan.
Pertandingan menghasilkan ciptaan kreatif daripada bahan-bahan buangan merupakan program yang telah dianjurkan oleh Unit Kolurikulum Sekolah pada tahun ini. Pertandingan ini diwajibkan kepada semua kelab dan persatuan akademik SMKSMAB. Bertempat di kantin sekolah pada Selasa 12 Julai 2011, pertandingan ini telah memperlihatkan kreativiti para pelajar bagi menghasilkan bahan baru daripada bahan terbuang.
Pn Ong Yain Chaing dari Kelab Alam Sekitar telah ditugaskan menjadi penyelaras kepada pertandingan ini. Bermula jam 2.30 petang, semua pelajar dengan dipantau oleh guru persatuan masing-masing mula berkreatif menggunakan bahan terbuang seperti kertas, botol minuman, kotak dan lain-lain bahan buangan. Tepat jam 4.00 petang semua hasilan pun dipamerkan,...haaaaahhh...baru tahu rupanya pelajar SMKSMAB semuanya kreatif...jom tengok hasilnya..
Hasilan yang memenangi hadiah utama. |
Berkreatif dengan bahan terbuang. |
Kelab Bahasa Inggeris di bawah bimbingan Puan Suhaila. |
Puan Zaitun bersama pelajar dari Kelab Bahasa Melayu |
Penolong Kanan Kokurikulum bersama pelajar yang berjaya dalam Pertandingan Kraf. |
09 July, 2011
Kem Bersatu Unit Berunifom 2011
Pada Khamis 7 hb Julai 2011, seramai 86 pelajar SMKSMAB yang terpilih telah menyertai Kem Bersatu Unit Berunifom yang telah diadakan di Kem Tentera Wataniah Kepala Batas. Kem ini dilangsungkan selama 3 hari 2 malam bermula pagi Khamis seningga Sabtu, 9 Julai 2011. Kem ini dikendalikan sendiri oleh pegawai tentera yang dilantik iaitu Leftenan Kolonel Tuan Haji Mohd Noor Bin Hasnaamin, Ketua Cawangan Latih Regimen 513 Askar Wataniah. Kem Bukit Pinang.
Kem ini bertujuan mendidik para pelajar dengan sikap bertanggungjawab serta berdisiplin dalam menjalani kehidupan seharian. Mereka didedahkan dengan pelbagai pengetahuan terutamanya berkaitan kerjaya sebagai ahli tentera, latihan kawad yang betul, menepati masa serta pelbagai aktiviti dalam kumpulan.Latihan dan demontrasi cara menggunakan senjata didedahkan buat semua pelatih. |
Tuan pengetua Puan Hajah Dewi Rosnah Binti Radin Suhadi memeriksa perbarisan platun ke 3 yang menjuarai kategori Platun Terbaik Keseluruhan pada acara penutup Kem Bersatu Unit Beruniform. |
Majlis penutup diserikan dengan kehadiran Tuan pengetua, Puan Hajah Dewi Rosnah binti Radin Suhadi, Penolong Kanan Puan Jamaliah Bt Abdul Fatah, Pen Kanan Kokurikulum Pn Pauziah Bt Ahmad, Guru Kanan Kemanusiaan Puan Jaliah Bt Juewani, Guru Kanan Teknik Vokasional Puan Anisah Bt Ahmad serta Kaunselor sekolah Puan Zauyah bt Ismail.
Turut hadir dan memantau perjalanan di sepanjang Kem tersebut adalah guru-guru penyelaras dari unit beruniform SMKSMAB yang bergilir-gilir mengawasi dan memastikan semua program yang dijalankan berjalan lancar.
Pelatih lelaki terbaik : Mohd Sofwan Azim dari Tingkatan 5 AK
Pelatih Perempuan Terbaik : Nurul Adiyan Bt Che Mahadi dari Tingkatan 2A1
Platun Terbaik Keseluruhan : Platun 3.
Selain aktiviti yang berbentuk latihan fizikal, para pelajar juga didedahkan dengan aktiviti kerohanian seperti bersembahyang malam serta bersolat jemaah. Selain itu tazkirah juga diadakan selepas berjemaah solat subuh yang dikendalikan sendiri oleh Ustaz Zaki selaku Komanden Kem, Cikgu Razif dan jurulatih di surau dalam kem tersebut.
Tahniah semua pelatih. Semoga semua yang dipelajari di kem ini akan dijadikan pedoman dan iktibar bagi menjalani kehidupan yang lebih baik sebagai warganegara Malaysia yang berdaulat dan berdisiplin. Terima kasih semua yang terlibat.
Tahniah semua pelatih. Semoga semua yang dipelajari di kem ini akan dijadikan pedoman dan iktibar bagi menjalani kehidupan yang lebih baik sebagai warganegara Malaysia yang berdaulat dan berdisiplin. Terima kasih semua yang terlibat.
04 July, 2011
Tahun ni Naib Johan je,..Tahun depan mesti johan kan...
Hari ini, sempena perhimpunan rasmi mingguan, Dewan Iltizam menyaksikan rentetan kejayaan anak-anak Bukhary dalam pelbagai aktiviti kokurikulum. Antaranya ialah dalam Pertandingan Kompang, Pertandingan Drama Komsas dan Pertandingan Kugiran. Apa yang menarik ialah SMKSMAB muncul menjadi naib johan dalam kesemua pertandingan tersebut.
Puan Hajah Jamaliah Bt Abdul Fatah, Penolong Kanan SMKSMAB menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang terlibat dengan pasukan kompang yang berjaya menjadi Naib Johan Kompang Peringkat Daerah Kota Setar, yang dilangsungkan pada 28 Jun 2011 di SMK Seri Ampang.
Pertandingan Drama Komsas Perinbgkat Daerah telah diadakan di SMK Pokok Sena pada Ahad (26 Jun 2011) yang lalu. Pasukan drama sekolah yang dibimbing oleh Cikgu Ezat B Omar tampil sebagai Naib Johan.
Puan Hajah Jamaliah telah menyampaikan hadiah serta sijil penghargaan kepada semua yang pelajar yang terlibat.
Pasukan Kugiran Al-Bukhary pula menjadi Naib Johan Peringkat Negeri. Mereka beraksi hebat sekalipun tewas pada pasukan dari SMK Air Hangat.
Mungkin Al-Bukhary ditakdirkan cuma berjaya mendapat tempat kedua dalam semua pertandingan itu, namun tidak menjadi suatu yang mustahil andainya akan berjaya di tahun hadapan sebagai Johan!...Insyaallah.
Tahniah kepada semua yang terlibat, juga kepada semua pihak samada guru dan pelajar yang menjadi insan di balik tabir,..."Apa yang penting,...Kerjasama'....kan, kan, kan..
03 July, 2011
PASUKAN TAMBOR SEMAKIN BERANI BERAKSI...
Nampaknya pasukan tambor kita semakin yakin dan berani mempamerkan persembahan di luar daripada pekarangan sekolah dan kompleks pendidikan. Hasil daripada bimbingan abang-abang dari Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), pasukan tambor telah menyahut cabaran dengan membuat persembahan kepada masyarakat awam. Persembahan sulung tahun ini di SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman sempena pelancaran Liga Bolasepak Piala KPM menyuntik semangat mereka untuk mempelbagaikan rentak dan gaya persembahan. Kini "bagpipe" sudah boleh dimainkan dengan harmoni manakala beberapa alat tiupan seperti trombon, klarinet dll sedang diterapkan. Pasukan ini juga sudah boleh beraksi dengan "drum-line" dan beberapa gerakan formasi serta "colour guards".
Persembahan seterusnya di Stadium darulaman pada 26 Jun sempena Kejohanan Balapan dan Padang SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah menyaksikan gabungan muzik tambor dan pergerakan silat dan senamrobik yang menawan.
Terkini, persembahan dan sambutan VIP sempena Program 1Murid 1 Sukan 1 Malaysia yang berlangsung di Taman Tasek Tema Bandar Darulaman pada 2 Julai lalu akan menjadi kenangan manis kepada semua ahli. Paluan drum dan perkusi bergema di khemah utama menjadikan majlis penutup begitu meriah dan ceria diserikan pula dengan iringan pasukan bunga manggar.
SYABAS Tambor Al~Bukhary.
Pada 25 Jun lepas pasukan tambor telah membuat persembahan (show) yang meyakinkan dalam Pertandingan Pancaragam Sekolah Rendah Negeri Kedah di gelanggang KSAH. Walaupun gugup namun semangat mereka tidak mudah luntur dek panas matahari yang membahang.
Seterusnya pasukan ini telah turut serta dalam perarakan "drum & dance" anjuran Celcom SOX sepanjang Che Det Walk ke Hotel Holiday Villa. Perarakan ini turut disertai oleh 5 pasukan pancaragam sekolah rendah serta 3 pasukan pancaragam (marching band) tersohor sekolah menengah iaitu dari KSAH, SMK Sultanah Asma dan SMJK Keat Hwa dan berjaya mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records.
Persembahan seterusnya di Stadium darulaman pada 26 Jun sempena Kejohanan Balapan dan Padang SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah menyaksikan gabungan muzik tambor dan pergerakan silat dan senamrobik yang menawan.
Terkini, persembahan dan sambutan VIP sempena Program 1Murid 1 Sukan 1 Malaysia yang berlangsung di Taman Tasek Tema Bandar Darulaman pada 2 Julai lalu akan menjadi kenangan manis kepada semua ahli. Paluan drum dan perkusi bergema di khemah utama menjadikan majlis penutup begitu meriah dan ceria diserikan pula dengan iringan pasukan bunga manggar.
SYABAS Tambor Al~Bukhary.
02 July, 2011
1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)