Pagi Khamis 17 Februari 2011, acara Merentas Desa peringkat sekolah dilangsungkan dengan jayanya. Bertempat di padang sekolah, semua pelajar berkumpul mengikut kategori masing-masing. Para guru sibuk mengendalikan tugas masing-masing. Tepat jam 8.30 acara dimulakan dengan pelepasan pelajar kategori Perempuan bawah 15 tahun. Sementara itu guru-guru yang bertugas sebagai pegawai ronda dan “check point” sudah bersedia menanti dan memantau di sepanjang laluan yang telah ditetapkan.
Program tahunan sekolah ini merupakan aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar terutamanya pelajar yang memiliki kekuatan fizikal. Inilah masanya untuk mereka membuktikan kebolehan dan kemampuan sendiri. Sebelum itu, latihan telah diadakan pada waktu petang bagi memastikan pelajar bersedia.
Kelihatan atlet berkebolehan SMKSMAB, Nurul Adiyan bt Che Mahadi yang menjadi peserta pertama untuk tiba ke garisan penamat di bawah kategori perempuan bawah 15 tahun. Tahniah Adiyan. Walaupun mengalami kekejangan namun semangat juang yang tinggi dalam dirinya memberikan beliau pengiktirafan dalam bidang kesukanan serta menjadi kebanggaan sekolah.
Akhirnya pada jam 10 pagi, semua acara berakhir, berikut merupakan kutipan mata mengikut rumah sukan bagi kejohanan Merentas Desa Kali ke 6.
Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang menjayakan kejohanan ini.

- Rumah Al-Khawarizmi (kuning) mengungguli dengan kutipan 185 mata.
- Rumah Al-Farabi (biru) memperolehi 180 mata.
- Rumah At-Tarmizi (merah) mendapat 153 mata.
- Rumah Al-Ghazali (hijau) mendapat 140 mata.
Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang menjayakan kejohanan ini.
No comments:
Post a Comment