06 August, 2010

Latihan Dalam Perkhidmatan - Pengurusan Stres

Hari Rabu bersamaan 4 Ogos 2010, staf dari kalangan guru-guru SMKSMAB terlibat dalam satu program LDP yang membincangkan mengenai Pengurusan Stres. Penceramahnya adalah Tn Hj Che Man b Hamid iaitu Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Tingkatan 6 dari Jabatan Pelajaran Kedah.


Di sepanjang ceramah beliau begitu bijak melontarkan idea dan memberi contoh-contoh yang hampir dengan profesion perguruan yang menjadikan suasana ceria serta guru-guru tidak merungut malah terhibur walaupun keletihan setelah sesi persekolahan. Pengurusan stres yang menghilangkan stres, apa tidaknya semuanya masing-masing ketawa tak kering gusi mendengar ceramah beliau.
Ceramah ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKSMAB bertujuan untuk menilai tahap stres di kalangan guru serta mencari sebab mengapa stres mudah terjadi. Syukurlah dalam kalangan guru-guru SMKSMAB belum ada guru-guru yang boleh dikategorikan sebagai pengidap stres. Insyaallah dengan niat ikhlas untuk mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna, para guru SMKSMAB tidak akan stres malah tidak pernah jemu untuk berbakti.
Para guru berpuashati dengan LDP kali ini. semuanya senyum dan gembira, semoga dapat hilangkan stres dan bekerja dengan lebih gembira dan ceria. Syabas semua guru-guru SMKSMAB.

1 comment:

  1. Hilang rasa stress saya apabila semua program yang dirancang berjalan lancar walaupun tanpa kehadiran saya. Teruskan!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails