Karnival Kesenian dan Program Merakyatkan Seni dan Budaya Peringkat Kota Setar telah dijalankan sepanjang minggu Lalu. Karnival ini bertujuan memupuk semangat cintakan budaya dan tradisi serta menghargai nilai kesenian dalam kalangan pelajar sekolah. SMKSMAB juga turut mengambil bahagian dalam beberpa pertandingan, antaranya koir, kompang dan tarian. Bermula dengan pertandingan koir dan kompang pada 22 Jun (selasa) diikuti dengan pertandingan tarian pada 24 Jun (khamis) dan berakhir dengan pertandingan kugiran pada 26 Jun (sabtu).
Pasukan Koir turut bertanding buat julung kalinya.... walaupun pasukan yang baru sahaja ditubuhkan ini gagal meraih tempat, ianya akan memberi impak positif bagi penyertaan pada masa depan.
.
Pasukan Kompang SMKSMAB turut mengambil bahagian.
Kumpulan Tarian Sekolah yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 4, dengan latihan dan disiplin yang berterusan, tidak mustahil akan mencipta kejayaan suatu masa nanti. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment