30 June, 2010

Diari Ahad, 27 Jun 2010

Masa : 7.40 pagi.
Tempat : Dewan Iltizam
Acara : Perhimpunan Rasmi Mingguan Bersama Pengarah Pelajaran Kedah.


Ketibaan Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah ke Dewan Iltizam untuk bersama-sama dalam Perhimpunan rasmi sekolah disambut oleh seluruh warga sekolah dengan gembira. Beliau kelihatan bersalam dengan para pelajar yang berbaris di sepanjang laluan.
Ketika berucap dalam perhimpunan  tersebut, beliau mengharapkan pelajar-pelajar SMKSMAB sentiasa mahu bersaing bagi mencapai kejayaan dalam semua lapangan. Kejayaan hanya diperolehi jika seseorang pelajar terlebih dahulu berjaya mendisiplinkan dirinya sendiri.
 
Perhimpunan rasmi ini turut disertai oleh YDP PIBG SMKSMAB, En, Kamal b. Mohd Akhir yang sentiasa aktif menyokong sebarang aktiviti sekolah.


Tuan Pengarah diberi peluang bagi menyampaikan hadiah penghargaan kepada pelajar yang berjaya mendapat tempat dalam pelbagai aktiviti kokurikulum. Kelihatan Muslihah bt Ahmad menerima penghormatan untuk menerima anugerahnya daripada Tuan Pengarah. 


Madam Dewi Rosnah bt Radin Suhadi meraikan Tuan Pengarah Pelajaran dengan sarapan pagi di Dewan Asrama setelah selesai majlis perhimpunan rasmi pagi ini. Terima kasih tuan.

Jam : 10.30 pagi
Tempat : Anjung Mutiara
Acara : Hari Jaya Waris Tingkatan 3 & 5

Pada hari yang sama Majlis Jaya Waris 2010 untuk pelajar Tingkatan 3 dan 5 diadakan di Anjung Mutiara. Sambutan amat menggalakkan di kalangan waris yang datang sehingga memenuhi ruang yang telah disediakan. Selepas mendengar ucapan Tuan Pengetua, sesi perbincangan "Hati ke Hati" antara guru tingkatan, guru mata pelajaran telah berlangsung. Waris-waris pelajar tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk mendengar laporan prestasi anak-anak mereka.

Kelihatan Cikgu Fadhilah selaku guru tingkatan 5 Sains sedang melayani waris pelajarnya yang begitu prihatin. Inilah waktu yang sesuai bagi waris serta guru sama-sama berperanan bagi melonjakkan kecemerlangan PMR dan SPM 2010 yang bakal dihadapi tidak lama lagi.

Pelajar-pelajar turut mendengar hasil perbincangan antara guru dan waris mengenai prestasi masing-masing.

Guru Tingkatan  5 Perdagangan bersama waris pelajar...

Madam Dewi Rosnah juga menerima tetamu dari golongan waris yang ingin membincangkan sendiri prestasi anak-anak mereka dengan pengetua sekolah., semoga usaha yang murni ini akan berjaya melonjakkan kecemerlangan SMKSMAB dalam PMR dan SPM nanti. InsyaAllah.

Terima kasih kepada semua yang terlibat, para guru yang bertungkus lumus, pelajar-pelajar yang berusaha serta para ibu bapa yang berharap dan bercita-cita.

28 June, 2010

Karnival Kesenian Peringkat Daerah Kota Setar

Karnival Kesenian dan Program Merakyatkan Seni dan Budaya  Peringkat Kota Setar telah dijalankan sepanjang minggu Lalu. Karnival ini bertujuan memupuk semangat cintakan budaya dan tradisi serta menghargai nilai kesenian dalam kalangan pelajar sekolah. SMKSMAB juga turut mengambil bahagian dalam beberpa pertandingan, antaranya koir, kompang dan tarian. Bermula dengan pertandingan koir dan kompang pada 22 Jun (selasa) diikuti dengan pertandingan tarian pada 24 Jun (khamis) dan berakhir dengan pertandingan kugiran pada 26 Jun (sabtu).

Pasukan Koir turut bertanding buat julung kalinya.... walaupun pasukan yang baru sahaja ditubuhkan ini gagal meraih tempat, ianya akan memberi impak positif bagi penyertaan pada masa depan.

.
 Pasukan Kompang SMKSMAB turut mengambil bahagian.


 Kumpulan Tarian Sekolah yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 4, dengan latihan dan disiplin yang berterusan, tidak mustahil akan mencipta kejayaan suatu masa nanti. Insyaallah.

26 June, 2010

KUDOS AL BUKHARY!!!

SMK Mergong, 27th June 2010: Our boys have made us proud again. The eight member team of the Kombo Al Bukhary performed this afternoon and emerged as CHAMPION ! Despite of the forgotten lyrics, Ezzas's voice was a magnet; strongly backed up by nice, decent, well dressed band boys. Everyone was enjoying the rythm and sang along to help Ezzas back on the track. How very sporting of them all!! SMK Mergong was the runner-up followed by Kolej Sultan Abdul Hamid.




How did we make it?
My point is simple:

Everybody is busy yet everyone wants to win. If we give a little extra effort, then it is already a half victory. I have proven it again to you all..and so it goes to your studies. With a little strategic planning, we can expect of a better outcome. So...come on boys and girls..WE CAN DO IT!

TQ to all teachers and supporters. We will have to prepare for the state level next week.

ps: Remember...everyone wants to win!!

25 June, 2010

Sekejap ada sekejap tak ada....

Minggu ini madam rasa bagai nak pitam tapi seronok..betul-betul seronok. Nak tahu kenapa? Sebab minggu ini sangat-sangat "happening". Pertama sekali urusan SIP/NKRA. Satu Malaysia sibuk menyiapkan SIP/SIT. Hari Sabtu lepas pejabat sekolah aktif seperti hari kerja biasa. Satu pasukan lagi kalut dengan analisis, pemarkahan, profil akademik dan sebagainya..kita akan bertemu dengan waris Tingkatan 3 dan 5 Ahad nanti. Waaaaaaaaaaahhhh....terujanya madam nak tengok prestasi anak-anak Al Bukhary.

Dalam pada itu, madam diberi tugasan lain pula untuk menguruskan persidangan untuk pengetua-pengetua dan meraikan 23 pengetua yang bersara tahun ini...uuuhhh...nasib baik ada ramai yang bantu...

Di celah-celah itu pula anak-anak Al Bukhary yang sememangnya berbakat tak mahu ketinggalan..semua pertandingan nak masuk..koir, tarian, kompang formasi, pancaragam...isy..isy..isy...menang kalah bukan hal, yang penting madam selalu kata " to get a good experience"....tahun ini kita "test market" dulu...

...tapi madam bangga dengan kegigihan guru-guru dan kesungguhan anak-anak Al Bukhary...Kalau boleh madam nak hadir semua lokasi..tu yang macam nak pitam berkejar ke sana ke mari..Sekejap ada sekejap tak ada....
FROM MADAM WITH LOVE

SALAM ALL BUKHARIAN,

I MUST CONFESS THAT I AM REALLY EXCITED GOING THROUGH OUR BLOG. IT IS REALLY COOL N SWEET. I REALLY WISH EVERYBODY WILL JOIN US. GIVE US YOUR RESPONDS, POSITIVE COMMENTS AND NOTES. ABOVE ALL, LET US SHARE NEWS, INTERESTING EXPERIENCES, IDEAS OR JUST ANYTHING ABOUT AL BUKHARY...

I AM WAITING!!!!!!!!

20 June, 2010

Kembali ke Sekolah

Hari ini adalah hari persekolahan setelah bercuti selama 2 minggu. Sepanjang tempoh tersebut SMKSMAB banyak menganjurkan kelas tambahan untuk pelajar PMR dan SPM. Pelajar-pelajar dari kelas lain juga telah dibekalkan dengan kerja rumah bagi mengelakkan waktu cuti berlalu begitu sahaja.

Hari ini, semua pelajar dan guru SMKSMAB berkumpul semula di Dewan Iltizam dalam perhimpunan rasmi sekolah. Pengetua sekolah Madam Dewi Rosnah bt Radin Suhadi berpuashati dengan kehadiran dan penampilan semua pelajar. Beliau juga telah mengalu-alukan sertas memperkenalkan seramai lima orang guru baru yang mula bertugas di SMKSMAB hari ini.

Dalam ucapannya Madam sempat memaklumkan kepada semua mengenai pengalaman beliau bersama bekas pelajar SMKSMAB yang membuat pertemuan semula pada 11 Jun lalu, beliau turut berbangga dengan pencapaian gemilang bekas-bekas pelajar yang kebanyakannya berjaya dalam pelbagai bidang kehidupan. Ingatan diberikan kepada semua pelajar supaya menghargai dan menyanyangi SMKSMAB dan memelihara semangat "Bukharian" yang mempunyai nostalgia tersendiri kepada semua insan yang pernah bernaung di sini.

11 June, 2010

Pertemuan semula (reunion) pelajar SMKSMAB 81-85

Pada hari ini Jumaat bersamaan 11 Jun 2010, suatu re-union di antara bekas pelajar-pelajar SMK Syed Muhammad Al-Bukhary telah dilangsungkan dengan meriahnya di perkarangan sekolah. Bekas pelajar yang rata-ratanya sudah berusia 40-an begitu gembira kerana berkesempatan bertemu kembali beberapa orang guru mereka yang masih mengajar sehingga kini di SMKSMAB.
Pertemuan semula ini turut disertai oleh pihak pengurusan sekolah termasuk Pengetua SMKSMAB, Puan Hajah Dewi Rosnah bt Radin Suhadi dan Pen Kanan Pentadbiran, Puan Jamaliah bt Abdul Fatah.
Cikgu Shahidan dan Cikgu Azean adalah bekas guru yang memainkan peranan penting dalam menjayakan majlis yang penuh dengan nostalgia ini.

Cikgu Shahidan, orang kuat yang menjadi tunggak kepada pertemuan semula ini...

Madam Dewi Rosnah bt Radin Suhadi, pengetua SMKSMAB hadir untuk memberi sokongan.

Acara cabutan bertuah turut diadakan bagi merancakkan lagi majlis ini.

Majlis ini bertambah meriah dan berseri kerana bekas pelajar turut membawa anak masing-masing bagi meraikan majlis ini bersama-sama.

Bekas pelajar kembar berketurunan cina yang menjadi perhatian majlis.

Kelihatan bekas pelajar sedang menyanyikan lagu sekolah...saat yang nostalgik

Foto lama yang mampu mengingatkan semula kenangan semasa bersekolah turut dibawa bersama. Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan lagi oleh bekas-bekas pelajar SMKSMAB sesi lain bagi menyokong sekolah ini menjadi sekolah yang disayangi dan diingati dan sentiasa di hati semua.

05 June, 2010

Sekitar Perayaan Hari Guru Peringkat Kompleks Pendidikan Jalan Stadium..

Sempena menyambut Perayaan Hari Guru, sekolah-sekolah dalam Kompleks Pendidikan Jalan Stadium dengan kerjasama JPN telah berusaha mengadakan sambutan yang amat bermakna ini bertempat di Dewan Al-Farabi pada 2 hb Jun 2010. Majlis ini bermula jam 8.00 malam dengan dihadiri oleh peserta guru dari kesemua sekolah-sekolah dalam komplek ini. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Negeri Kedah dan isteri.
SMKSMAB diwakili oleh 40 orang guru bagi merayakan Hari Guru Peringkat Komplek Pendidikan. Sebagai jawatankuasa sambutan, pasukan kompang dan bunga manggar diwujudkan dari kalangan guru. Istimewanya majlis ini juga memberi peluang kepada ramai guru SMKSMAB menunjukkan bakat masing-masing.


03 June, 2010

Motivasi bersama Amar...

Pelajar SMK Syed Mohamed Al-Bukhary, hari ini bernasib baik kerana Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah di bawah seliaan Ustazah Zawiyah telah mengundang Amar...penyanyi nashid, pemain silap mata dan pakar motivasi terkenal untuk memberi sedikit perangsang kepada semua pelajar.
Amar telah menggabungkan kemahiran dan kepakaran bermain silapmata dan nyanyiannya bagi menarik minat hampir kesemua pelajar SMKSMAB yang kebetulan sudah menamatkan Peperiksaan Pertengahan Tahun pagi ini.

02 June, 2010

Karnival Futsal antara Sekolah (Kompleks Pendidikan)

Bertempat di gelanggang Serbaouna PIBG SMKSMAB, pada 8 dan 15 Mei 2010 (Sabtu), Kelab Futsal SMKSMAB telah menganjurkan Karnival Futsal Antara Sekolah-sekolah dalam Kompleks Pendidikan. Antara sekolah yang mengambil bahagian ialah SMK Vokasional, SMK Darulaman dan tuan rumah SMK Syed Mohamed Al-Bukhary (Kategori sekolah Menengah) dan SK Haji Mohamad Sharif, SK Tunku Abd Halim dan SRJ(T) Barathy (Kategori sekolah rendah)


Cikgu Che Aziz dan Cikgu Wan dari SMKSMAB yang bertindak sebagai pendaftar pada hari kejohanan tersebut.


Barisan pemain futsal dari SMKSMAB yang akhirnya menjadi juara kejohanan ddalam kategori sekolah menengah.


Pn Pauziah Bt Ahmad dan Cikgu Ezat yang banyak membantu dalam Karnival Futsal yang julung kali diadakan ini..mungkin akan dijadikan acara tahunan kerana ternyata dapat menyumbang kerjasama antara sekolah-sekolah dalam kompleks pendidikan. Tahniah Kelab Futsal SMKSMAB.

01 June, 2010

Sukaneka 16 Mei yang beraneka meriahnya..

Pada tarikh 16 Mei 2010, iaitu bersempena perayaan hari guru peringkat sekolah, satu sukaneka antara guru dan pelajar telah diadakan. Acara ini bermula jam 10 pagi selepas pelajar keluar rehat. Bertempat di Gelanggang Serbaguna PIBG, 7 pasukan telah terlibat. Keseronokan dan kemeriahan dapat dirasakan pada setiap warga SMKSMAB yang melihat aksi-aksi spontan yang lucu dan menghiburkan. Hari ini guru dan pelajar bersatu untuk mencipta satu suasana...riang ria!


Aksi cikgu Sobri dan cikgu Shahidan yang mencuba acara hoki dengan bola besar...

Bawa bola pingpong dalam sudu dengan menggunakan mulut...bukan senang acara ni, tak boleh gelak nanti jatuh...kena kontrol macho...

Ha..ha..ha tudia...cikgu Jamaliah PK Pentadbiran pun hebat dengan aksi yang bersahaja,..

Puan Oii...bersemangat sungguh...lambang kegigihan seorang guru yang serba boleh.


Cikgu Ezat pula menunjukkan kehandalannya,..sampai terkehel kepala...cikgu Rohana sampai terpegun...pelajar pula ada yang melopong..
Related Posts with Thumbnails