19 November, 2014

PROGRAM MENGACAU BUBUR A'SYURA SEMPENA SAMBUTAN MA'AL HIJRAH (1436 HIJRAH) 2014


Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan program mengacau bubur a'syura pada 13/11/2014 hari khamis yang bermula jam 8.30 pagi sehingga 1.00 tengah hari bertempat di dataran "Pendidikan Khas". Tujuan program ini adalah untuk merapatkan ukhwah di antara guru-guru dan pelajar-pelajar termasuklah Pendidikan Khas. Bersesuaian dengan tema Ma'al Hijrah pada tahun ini iaitu "Perpaduan Nadi Transformasi Negara"..

Tuan Pengetua SMKSMAB En. Shahrir bin Abu Bakar  bersama PK HEM Pn. Jaliah bt Juewani serta Cikgu Shahidan  turut serta di dalam program mengacau bubur a'syura. 

PK KoKurikulum En. Che Aziz turut memberi sokongan .

YDP En. Zainur bin Annuar juga tidak ketinggalan dalam mengacau bubur a'syura bersama-sama para pelajar.

Guru Kanan Kemanusiaan Pn, Munah Mohammad Julie bersama guru- guru mengacau bubur a'syura

Berganding bahu guru dan pelajar dalam program ini...

Guru dan pelajar bersama-sama menyediakan bahan untuk dimasukkan ke dalam bubur a'syura.


Pelajar-pelajar turut memberi komitmen yang baik dalam program ini.

Ceria kelihatan....PK Pendidikan Khas En. Mohd Nidzar bin Sulaiman bersama-sama guru-guru dan pelajar -pelajar .. turut serta mengacau bubur a'syura.




Guru dan pelajar menyediakan bahan-bahan bubur a'syura

Tolong - menolong membawa berkat..
Alhamdulillah ....apa yang penting..kerjasama..

sedapnya bubur a'syura ni....

Bubur-bubur yang telah dimasak

Sementara bubur a'syura masak pada masa yang sama telah ada satu sessi ceramah Ma'al Hijrah untuk para pelajar di surau.

Para pelajar kusyuk mendengar ceramah.


30 October, 2014

SMK SYED MOHAMED AL-BUKHARY MENJADI JOHAN BAGI PERINGKAT NEGERI KEDAH DALAM PERTANDINGAN LIGA REMAJA KREATIF 2014.


SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah menyertai Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 iaitu merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk Video, Portal Internet ataupun Aplikasi Mudah Alih. Tema bagi pertandingan ini adalah “Jalur Lebar Untuk Pendidikan” dan mestilah berbahasa Malaysia.
Tarikh Penyertaan : Bermula 28 Mei 2014 hingga 15 Ogos 2014

Maklumat Peraduan
  1. Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 adalah anjuran bersama oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Telekom Malaysia dan Media Prima Digital. 
  2. Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 terbuka kepada para pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. 
  3. Pelajar yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia. 
  4. Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada empat (4) orang pelajar. 
  5. Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. 
Pada awal bulan Oktober pemilihan pemenang bagi pertandingan ini telah dijalankan, SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah berjaya dipilih diantara 10 video terbaik bagi negeri Kedah. SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah dijemput untuk menghadiri majlis penyampaian hadian bagi zon utara yang diadakan yang di Hotel Sunway, Seberang Jaya pada 16 Oktober 2014 yang lalu.

Dalam Majlis yang penuh debaran itu telah mengumumkan bahawa SMK Syed Mohd Al-Bukhary telah berjaya menjadi Johan bagi negeri Kedah seterusnya mewakili negeri Kedah ke peringkat kebangsaan.

Senarai nama pelajar SMK Syed Mohamed Al-Bukhary yang berjaya menjadi Johan peringkat negeri Kedah bagi Pertandingan liga Remaja Kreatif 2014 ini ialah:
  1. Mohammad Akmal Bin Abd Aziz – Tingkatan 5 Ibnu Yasmin 
  2. Mohd Amirul Aiman Bin Mohamad Zohir – Tingkatan 5 Ibnu Yasmin 
  3. Ashabila Ezzwin Bt Abd Rahim– Tingkatan 5 Ibnu Yasmin 
  4. Muhd Faiz B. Salihan – Tingkatan 5 Ibnu Yasmin
Gambar para pemenang bersama guru pembimbing

Hadiah tempat pertama yang dimenangi adalah berupa cek bernilai RM5,000.00 berserta 4 x kamera digital & sijil penyertaan.

Semoga SMK Syed Mohamed Al-Bukhary akan menempa kejayaan diperingkat Kebangsaan pula yang kemungkinan keputusannya akan diumumkan pada awal bulan Disember 2014.

PAMERAN GRAFIK BERKOMPUTER 2014

Pada hari Khamis, 14 Ogos lalu, bertempat di Dewan Iltizam Panitia Grafik Berkomputer SMKSMAB telah mengadakan Pameran Grafik Berkomputer tahun 2014. Pameran Grafik Berkomputer ini merupakan modul terakhir daripada 8 modul yang perlu dilengkapkan oleh pelajar-pelajar yang mengambil kursus MPV grafik berkomputer untuk melayakkan mereka menduduki peperiksaan SPM.


Pada jam 8.55, ketibaan tetamu kehormat yang dijemput untuk merasmikan majlis tersebut iaitu En. Zulkafly Bin Othman, PPD Kota Setar, Kedah. Turut hadir dalam majlis tersebut Tn. Hj. Zainal Annuar Bin Mohd Zain YDP PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary, pihak pentadbir sekolah, guru besar sekitar kompleks pendidikan, guru-guru dari SMK Mergong, wakil pelajar dari SK Hj. Mohd Shariff, SKJ (T) Barathi, guru-guru dan para waris bagi pelajar 5 MPV, serta para pelajar tingkatan 5 MPV dan 4 MPV.





Ketibaan En Zulkafly bin Othman - PPD Kota Setar




Ketibaan Tuan PPD Kota Setar disambut dengan alunan muzik dari pasukan Tambor SMKSMAB




Tepat jam 9.00 pagi, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar 5 MPV iaitu saudara Muhamad Nukman Bin Hasbullah





Antara tetamu yang hadir pada Majlis Pameran Grafik Berkomputer 2014



Wakil pelajar 5 MPV iaitu saudara Wafiy bin Ahmad Fatahi memberikan ucapan




Ucapan dari Pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary – En. Shahrir bin Abu Bakar




Tuan PPD Kota Setar En Zulkafly bin Othman memberi amanat berguna seterusnya melafazkan ucapan perasmian majlis pameran kali ini





Tuan PPD Kota Setar memotong riben sebagai gimik perasmian Pameran Grafik Berkomputer 2014




Tayangan Montaj Pameran Grafik Berkomputer 2014




Pengetua SMKSMAB memberikan cenderahati kepada PPD Kota Setar




PPD Kota Setar memotong riben sebagai simbolik untuk memasuki ruang kiosk pameran








Lawatan ke kiosk pelajar






Antara produk dan barang jualan Pameran Grafik Berkomputer 2014




Persembahan Nyanyian dan Puisi oleh Pelajar SMKSMAB








Antara gelagat pelajar ketika Pameran Grafik Berkomputer 2014





Para pelajar 5 MPV bergambar bersama guru-guru Grafik Berkomputer



Para pelajar 4 MPV bergambar bersama guru-guru Grafik Berkomputer


Panitia Grafik Berkomputer ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah serta jutaan terima kasih kepada para pelajar mata pelajaran grafik berkomputer khususnya pelajar-pelajar tingkatan 5 MPV kerana berjaya menganjurkan pameran grafik berkomputer bagi tahun 2014, tidak ketinggalan juga kepada guru-guru dan warga SMK Syed Mohamed Al-Bukhary yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.


01 September, 2014

PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2014

Panitia Pendidikan Islam telah melaksanakan Program Ihya’ Ramadhan bersempena dengan kedatangan bulan yang mulia ini. Program Ihya’ Ramadhan itu telah mendapat sokongan padu daripada semua pihak. Aktiviti yang dilaksanakan di dalam Program Ihya' Ramadhan pada tahun ini sama seperti tahun lepas dan ditambah dengan aktiviti yang lain. 

Di antara aktiviti yang menarik yang telah dilaksanakan ialah Tadarus Al-Qur’an guru lelaki dan perempuan serta para pelajar, hafazan Surah Yassin pelajar, sumbangsih, jualan amal, tazkirah, kuiz ramadhan , Majlis Iftar antara pihak pengurusan, guru-guru dan pelajar asrama dan lain-lain lagi untuk menghidupkan bulan ramadhan ini. Ianya berlangsung selama lebih kurang sebulan dalam bulan ramadhan iaitu bermula pada 30 Jun sehingga 25 Julai tahun 2014 ini. Dengan diakhiri Majlis Khatam Al Quran dari JPN dan Pihak sekolah sendiri.


Tuan Pengetua En Shahrir bin Abu Bakar sedang membaca teks ucapan perasmian pembukaan
 " Program Ihya Ramadhan"

Pelajar membaca doa bagi memberkati "Program Ihya Ramadhan" ini.

Alunan Bacaan Al Quran diperdengarkan supaya Program Ihya Ramadhan dirahmati Allah SWT.


Tazkirah Ihya ramadhan di dalam perhimpunan rasmi.







Pelajar-pelajar yang berjaya menjawab soalan 'Kuiz Ramadhan ' mendapat cenderahati daripada Tuan Pengetua.
Tadarrus kali ini turut disertai oleh bekas pengetua SMKSMAB iaitu Pn Hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi yang kini bertugas di PPD Kota Setar

Tadarrus Al-Quran








Hafazan Surah Yassin
                                                               


Tazkirah  di dalam perhimpunan berfokus sempena Ihya Ramadhan


Jualan Amal




Majlis Iftar  yang dihadiri oleh Tuan pengetua Encik Shahrir bin Abu Bakar bersama tetamu , guru dan
 pelajar-pelajar.


Majlis berbuka puasa  ini juga turut dihadiri oleh Penolong Kanan Pentadbiran Pn Pauziah bt Ahmad
bersama guru-guru kanan.










Kehadiran Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman ke Majlis Ihya Ramadhan anjuran JPN bagi sekolah-sekolah dalam kompleks pendidikan yang bertempat di Anjung Mutiara SMKSMAB
Guru-guru yang terlibat dalam hiasan pentas  Majlis Penutupan



Hiasan yang melambangkan berakhirnya Ramadhan dan menjelangnya kedatangan Syawal.

Pn Hajah Sharipah Fatimah turut hadir sebagai tetamu utama pada Majlis Penutupan Ihya Ramadhan 2014

Pihak Pengurusan dan   guru-guru  sekolah bergambar kenangan sejurus berakhirnya Majlis Penutupan Ihya Ramadhan
 (Majlis Khatam Al Quran) 2014.

Related Posts with Thumbnails