20 April, 2014
MAJLIS PELANCARAN MINGGU SAINS DAN MATEMATIK
12 April, 2014
Lawatan Penanda Aras Program IThink
LAWATAN PENANDA ARASAN PROGRAM i-THINK KE SMK TUN HUSSEIN ONN –
JUMAAT 11 APRIL 2014
Program i-THINK merupakan projek bersama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM). Pelancaran program rintis i-THINK telah pun dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 13 Mac 2012 di bangunan Parlimen dan 10 buah sekolah telah terpilih dalam projek rintis i-THINK. Program i-THINK akan diperluaskan ke 500 buah sekolah di Malaysia pada tahun 2013 dan semua sekolah pada tahun 2014.
SMK Tun Hussein Onn, Pulau Pinang merupakan salah sebuah dari 10 buah sekolah perintis bagi program i-think ini. |
![]() |
| Lawatan ini disertai oleh semua guru tingkatan, penyelia tingkatan serta pihak pengurusan. |
![]() |
| Visi dan Misi SMK Tun Hussein Onn |
![]() |
| Tuan pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary bersama rakan sejawat dari SMK Tun Hussein Onn. |
![]() |
| Guru-guru tekun mendengar dan menimba ilmu. |
![]() |
| Para pelajar yang sudah terasuh dengan teknik pembelajaran i-Think mempamerkan kebolehan mereka berfikir dengan kreatif dan kritis berdasarkan 8 peta pemikiran. |
Labels:
AL-BUKHARY is OURS,
AL~BUKHARY,
LAWATAN
27 February, 2014
KEM SOLAT TINGKATAN 1 2014
Kem Solat Tingkatan 1 (2014)
22 Februari 2014 (Sabtu)
Solat merupakan tiang agama dan merupakan asas utama membentuk peribadi seorang muslim sejati. Dalam melaksanakan ibadah ini , ilmu pengetahuan amat penting . Tanpa ilmu kita akan mengikut-ikut sahaja apa yang orang lain buat. Menyedari akan hal ini maka satu usaha murni daripada Panitia Pendidikan Islam mengadakan Kem Solat Tingkatan Satu. Melalui kem solat ini pelajar-pelajar dapat berwudhuk, menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, rukun, perbuatan dan penghayatan . semoga ibadah solat yang dilakukan mendapat keredaan Allah S.W.T.
22 Februari 2014 (Sabtu)
Solat merupakan tiang agama dan merupakan asas utama membentuk peribadi seorang muslim sejati. Dalam melaksanakan ibadah ini , ilmu pengetahuan amat penting . Tanpa ilmu kita akan mengikut-ikut sahaja apa yang orang lain buat. Menyedari akan hal ini maka satu usaha murni daripada Panitia Pendidikan Islam mengadakan Kem Solat Tingkatan Satu. Melalui kem solat ini pelajar-pelajar dapat berwudhuk, menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, rukun, perbuatan dan penghayatan . semoga ibadah solat yang dilakukan mendapat keredaan Allah S.W.T.
| Pendaftaran pelajar tingkatan satu perempuan |
| Pendaftaran pelajar tingkatan 1satu lelaki |
| Pelajar-pelajar sedang mendengar taklimat tentang Kem Solat daripada Setiausaha Program Kem Solat |
| Ucapan alu-aluan daripada Ketua Panitia Pendidikan Islam |
| Penceramah jemputan sedang memberi penerangan tentang solat kepada para peserta Kem Solat |
| Penceramah jemputan sedang memberi tunjuk ajar cara yang betul dalam ibadah solat |
| Fasilitator sedang menunjukkan cara yang betul dalam ibadah solat |
09 February, 2014
Al-Bukhary Berselawat
Pada 8 hb Februari 2014, pelajar serta guru termasuk Tuan Pengetua SMK Syed Mohamed Al- Bukhary turut sama-sama turun padang untuk program Kedah Berselawat di Stadium Darul Aman. Perhimpunan ini menyaksikan lebih dari 40 ribu rakyat Kedah membanjiri stadium Darul Aman sempena Mahabattur Rasul, Kedah berselawat keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
27 January, 2014
Lawatan Penanda Aras SMK Darussadah ke Asrama Al-Bukhary
Pada 27 Januari 2014 bersamaan hari Isnin seramai 30 orang yang terdiri daripada guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Darussadah, telah berkunjung ke SMK Syed Mohamed Al-Bukhary untuk melihat dan melakukan penanda arasan terhadap asrama sekolah ini.
26 January, 2014
Pelancaran Sekolah Penyayang 2014
Konsep Sekolah Penyayang merupakan salah satu konsep yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia. Konsep Sekolah Penyayang adalah konsep yang mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sekolah Penyayang juga mampu menjana generasi pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi.
Gejala vandalisme dan ponteng sekolah adalah fenomena yang agak kritikal di sekolah-sekolah pada masa kini. Gejala ini dapat ditangani apabila wujudnya sekolah penyayang. Kerana itu, pihak Kementerian menyarankan agar pihak sekolah menangani masalah ini, terutama ponteng sekolah dengan merealisasikan Sekolah Penyayang supaya para pelajar dapat dibimbing dengan penuh kasih sayang. Apabila wujud suasana kasih sayang dan bimbingan ini, murid akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah.
![]() |
| Tuan Pengetua En Shahrir Bin Abu Bakar berucap semasa merasmikan Pelancaran Sekolah Penyayang. |
Matlamat
* membudayakan sikap kasih sayang serta memiliki sifat kepedulian terhadap apa yang berlaku di sekolah
* menjadikan guru sebagai 'role model' kepada murid melalui sikap penyayang yang ditunjukkan.
* menjanakan kecemerlangan sekolah melalui budaya salam yang dituntut oleh agama.
Objektif
* mewujudkan satu persekitaran sekolah yang harmoni iaitu saling menyayangi antara guru, murid dan pentadbir serta semua warga sekolah.
* menginsafi bahawa insan yang berjaya bukan hanya cemerlang dari segi akademik tetapi cemerlang dengan akhlak yang mulia.
* melahirkan murid yang berilmu dan bersahsiah tinggi.
Labels:
AL-BUKHARY is OURS,
AL~BUKHARY,
SEKOLAH PENYAYANG
Pilihanraya Pengawas 2014
Pilihanraya Pengawas diadakan dengan objektif memberi peluang semua pelajar mengenali dan membuat pilihan bagi calon yang sesuai untuk dipilih sebagai pemegang jawatan tertinggi sebagai Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas sekolah bagi sesi 2014. Pelajar Tingkatan 4 dan 5 diberikan hak mengundi dan telah melaksanakan tanggungjawab mereka di Dewan Iltizam pada jam 2.30 petang pada hari Rabu 22 Januari lepas. Selain itu, semua guru juga mempunyai hak mengundi bagi memilih calon yang paling sesuai.
Tuan Pengetua, En Shahrir Bin Abu Bakar semasa sesi mengundi pada Rabu 22 Januari 2014.
Semua pelajar Tingkatan 4 dan 5 diberikan hak untuk mengundi.
Puan Jaliah Bt Juewani, Penolong Kanan HEM juga turut membuat pilihan.
Aktiviti pilihanraya ini memecah tradisi sekolah selama ini yang sebelumnya memilih calon yang layak mengikut pertimbangan guru-guru dan pentadbiran sekolah. Semoga aktiviti ini turut menyumbang maklumat berguna kepada pelajar bagi mengetahui proses mengundi yang betul. Keputusannya belum diumumkan lagi...khabarnya akan diketahui pada 27 Januari...sabar ye..
22 January, 2014
Bantuan Wang Persekolahan Sesi 2014
Sebanyak RM540 juta disediakan oleh kerajaan untuk bantuan persekolahan dan baucar buku pada tahun ini bagi mengurangkan beban kewangan ibu bapa dan ini adalah tahun ketiga kerajaan menyediakan bantuan persekolahan tersebut. Pada 22 hb Januari 2014, SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah mengagihkan dana bantuan kepada para pelajar sekolah ini.
Bantuan yang diperuntukkan untuk pelajar
Waris yang gembira menerima bantuan persekolahan
Tuan Pengetua bersama pihak pengurusan mengagihkan dana bantuan
Subscribe to:
Posts (Atom)
































