20 June, 2010

Kembali ke Sekolah

Hari ini adalah hari persekolahan setelah bercuti selama 2 minggu. Sepanjang tempoh tersebut SMKSMAB banyak menganjurkan kelas tambahan untuk pelajar PMR dan SPM. Pelajar-pelajar dari kelas lain juga telah dibekalkan dengan kerja rumah bagi mengelakkan waktu cuti berlalu begitu sahaja.

Hari ini, semua pelajar dan guru SMKSMAB berkumpul semula di Dewan Iltizam dalam perhimpunan rasmi sekolah. Pengetua sekolah Madam Dewi Rosnah bt Radin Suhadi berpuashati dengan kehadiran dan penampilan semua pelajar. Beliau juga telah mengalu-alukan sertas memperkenalkan seramai lima orang guru baru yang mula bertugas di SMKSMAB hari ini.

Dalam ucapannya Madam sempat memaklumkan kepada semua mengenai pengalaman beliau bersama bekas pelajar SMKSMAB yang membuat pertemuan semula pada 11 Jun lalu, beliau turut berbangga dengan pencapaian gemilang bekas-bekas pelajar yang kebanyakannya berjaya dalam pelbagai bidang kehidupan. Ingatan diberikan kepada semua pelajar supaya menghargai dan menyanyangi SMKSMAB dan memelihara semangat "Bukharian" yang mempunyai nostalgia tersendiri kepada semua insan yang pernah bernaung di sini.

11 June, 2010

Pertemuan semula (reunion) pelajar SMKSMAB 81-85

Pada hari ini Jumaat bersamaan 11 Jun 2010, suatu re-union di antara bekas pelajar-pelajar SMK Syed Muhammad Al-Bukhary telah dilangsungkan dengan meriahnya di perkarangan sekolah. Bekas pelajar yang rata-ratanya sudah berusia 40-an begitu gembira kerana berkesempatan bertemu kembali beberapa orang guru mereka yang masih mengajar sehingga kini di SMKSMAB.
Pertemuan semula ini turut disertai oleh pihak pengurusan sekolah termasuk Pengetua SMKSMAB, Puan Hajah Dewi Rosnah bt Radin Suhadi dan Pen Kanan Pentadbiran, Puan Jamaliah bt Abdul Fatah.
Cikgu Shahidan dan Cikgu Azean adalah bekas guru yang memainkan peranan penting dalam menjayakan majlis yang penuh dengan nostalgia ini.

Cikgu Shahidan, orang kuat yang menjadi tunggak kepada pertemuan semula ini...

Madam Dewi Rosnah bt Radin Suhadi, pengetua SMKSMAB hadir untuk memberi sokongan.

Acara cabutan bertuah turut diadakan bagi merancakkan lagi majlis ini.

Majlis ini bertambah meriah dan berseri kerana bekas pelajar turut membawa anak masing-masing bagi meraikan majlis ini bersama-sama.

Bekas pelajar kembar berketurunan cina yang menjadi perhatian majlis.

Kelihatan bekas pelajar sedang menyanyikan lagu sekolah...saat yang nostalgik

Foto lama yang mampu mengingatkan semula kenangan semasa bersekolah turut dibawa bersama. Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan lagi oleh bekas-bekas pelajar SMKSMAB sesi lain bagi menyokong sekolah ini menjadi sekolah yang disayangi dan diingati dan sentiasa di hati semua.

05 June, 2010

Sekitar Perayaan Hari Guru Peringkat Kompleks Pendidikan Jalan Stadium..

Sempena menyambut Perayaan Hari Guru, sekolah-sekolah dalam Kompleks Pendidikan Jalan Stadium dengan kerjasama JPN telah berusaha mengadakan sambutan yang amat bermakna ini bertempat di Dewan Al-Farabi pada 2 hb Jun 2010. Majlis ini bermula jam 8.00 malam dengan dihadiri oleh peserta guru dari kesemua sekolah-sekolah dalam komplek ini. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Negeri Kedah dan isteri.
SMKSMAB diwakili oleh 40 orang guru bagi merayakan Hari Guru Peringkat Komplek Pendidikan. Sebagai jawatankuasa sambutan, pasukan kompang dan bunga manggar diwujudkan dari kalangan guru. Istimewanya majlis ini juga memberi peluang kepada ramai guru SMKSMAB menunjukkan bakat masing-masing.


03 June, 2010

Motivasi bersama Amar...

Pelajar SMK Syed Mohamed Al-Bukhary, hari ini bernasib baik kerana Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah di bawah seliaan Ustazah Zawiyah telah mengundang Amar...penyanyi nashid, pemain silap mata dan pakar motivasi terkenal untuk memberi sedikit perangsang kepada semua pelajar.
Amar telah menggabungkan kemahiran dan kepakaran bermain silapmata dan nyanyiannya bagi menarik minat hampir kesemua pelajar SMKSMAB yang kebetulan sudah menamatkan Peperiksaan Pertengahan Tahun pagi ini.

02 June, 2010

Karnival Futsal antara Sekolah (Kompleks Pendidikan)

Bertempat di gelanggang Serbaouna PIBG SMKSMAB, pada 8 dan 15 Mei 2010 (Sabtu), Kelab Futsal SMKSMAB telah menganjurkan Karnival Futsal Antara Sekolah-sekolah dalam Kompleks Pendidikan. Antara sekolah yang mengambil bahagian ialah SMK Vokasional, SMK Darulaman dan tuan rumah SMK Syed Mohamed Al-Bukhary (Kategori sekolah Menengah) dan SK Haji Mohamad Sharif, SK Tunku Abd Halim dan SRJ(T) Barathy (Kategori sekolah rendah)


Cikgu Che Aziz dan Cikgu Wan dari SMKSMAB yang bertindak sebagai pendaftar pada hari kejohanan tersebut.


Barisan pemain futsal dari SMKSMAB yang akhirnya menjadi juara kejohanan ddalam kategori sekolah menengah.


Pn Pauziah Bt Ahmad dan Cikgu Ezat yang banyak membantu dalam Karnival Futsal yang julung kali diadakan ini..mungkin akan dijadikan acara tahunan kerana ternyata dapat menyumbang kerjasama antara sekolah-sekolah dalam kompleks pendidikan. Tahniah Kelab Futsal SMKSMAB.

01 June, 2010

Sukaneka 16 Mei yang beraneka meriahnya..

Pada tarikh 16 Mei 2010, iaitu bersempena perayaan hari guru peringkat sekolah, satu sukaneka antara guru dan pelajar telah diadakan. Acara ini bermula jam 10 pagi selepas pelajar keluar rehat. Bertempat di Gelanggang Serbaguna PIBG, 7 pasukan telah terlibat. Keseronokan dan kemeriahan dapat dirasakan pada setiap warga SMKSMAB yang melihat aksi-aksi spontan yang lucu dan menghiburkan. Hari ini guru dan pelajar bersatu untuk mencipta satu suasana...riang ria!


Aksi cikgu Sobri dan cikgu Shahidan yang mencuba acara hoki dengan bola besar...

Bawa bola pingpong dalam sudu dengan menggunakan mulut...bukan senang acara ni, tak boleh gelak nanti jatuh...kena kontrol macho...

Ha..ha..ha tudia...cikgu Jamaliah PK Pentadbiran pun hebat dengan aksi yang bersahaja,..

Puan Oii...bersemangat sungguh...lambang kegigihan seorang guru yang serba boleh.


Cikgu Ezat pula menunjukkan kehandalannya,..sampai terkehel kepala...cikgu Rohana sampai terpegun...pelajar pula ada yang melopong..

20 May, 2010

16 Mei yang ceria dan indah.....di SMKSMAB.


Madam Dewi Rosnah merasmikan sambutan Hari Guru peringkat sekolah dengan acara pemotongan kek..


Tetamu kehormat Majlis Hari Guru SMKSMAB 2010 diserikan dengan kehadiran YDP PIBG, En Mohd Kamal yang sentiasa memberikan sokongan padu dalam sebarang aktiviti sekolah.

Madam menyuapkan kek kepada cikgu Azizan, suatu kenangan yang tak terlupakan...


En Kamal menyampaikan anugerah untuk Cikgu Azizan yang berjaya membuat kutipan terbanyak dalam AMONIA.


acara makan-makan di bilik guru...makan banyak-banyak satgi nak berlakon pulak, 3 pelakon utama babak Dang Anum. (Cikgu KKairizah, Cikgu Siti Ruhilah dan Cikgu Siti Salwa)




Cikgu Mesnah dikerumuni oleh pelajar yang berebut nak suapkan kek...bertuahlah cikgu Mesnah hari ni...


Puan Jaliah menjamu selera di sebelah madam...
Related Posts with Thumbnails