30 May, 2014

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2014


Selasa; 29 April 2014 :
Hari anugerah cemerlang 2014 (MACA) bagi SMK Syed Mohamed Al-Bukhary. Majlis yang penuh gilang gemilang ini diadakan di Dewan Al-Farabi. Majlis berlangsung bermula jam 8.00 pagi. Kehadiran tetamu dan waris amat membanggakan. MACA 2014 dirasmikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.







12 April, 2014

Lawatan Penanda Aras Program IThink

LAWATAN PENANDA ARASAN PROGRAM  i-THINK KE SMK TUN HUSSEIN ONN –
JUMAAT 11 APRIL 2014

Program i-THINK merupakan projek bersama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM). Pelancaran program rintis i-THINK telah pun dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 13 Mac 2012 di bangunan Parlimen dan 10 buah sekolah telah terpilih dalam projek rintis i-THINK. Program i-THINK akan diperluaskan ke 500 buah sekolah di Malaysia pada tahun 2013 dan semua sekolah pada tahun 2014.

SMK Tun Hussein Onn, Pulau Pinang merupakan salah sebuah dari 10 buah sekolah perintis bagi program i-think ini.
Lawatan ini disertai oleh semua guru tingkatan, penyelia tingkatan serta pihak pengurusan. 
Visi dan Misi SMK Tun Hussein Onn 


Tuan pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary bersama rakan sejawat dari SMK Tun Hussein Onn.


Melalui Program i-THINK, 8 PETA PEMIKIRAN yang diperkenalkan dengan tujuan dan objektif yang berbeza di samping proses pemikiran masing-masing dapat diaplikasikan dalam proses Pengajaran Dan Pembelajaran di dalam kelas mengikut topik yang bersesuaian dengan Peta Pemikiran yang dipilih.


Guru-guru tekun mendengar dan menimba ilmu.


Para pelajar yang sudah terasuh dengan teknik pembelajaran i-Think mempamerkan kebolehan mereka berfikir dengan kreatif dan kritis berdasarkan 8 peta pemikiran.

Di akhir acara lawatan ini, En Shahrir B. Abu Bakar selaku pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary dan En Ahmad Ezzat Bin Ismail, pengetua SMK Tun Hussein Onn saling bertukar cenderahati sebagai kenangan untuk lawatan ini. Semoga usahasama ini akan memberikan kegemilangan terhadap kedua buah sekolah. In sya Allah.

27 February, 2014

KEM SOLAT TINGKATAN 1 2014

Kem Solat Tingkatan 1 (2014)
22 Februari 2014 (Sabtu)

Solat merupakan tiang agama dan merupakan asas utama membentuk peribadi seorang muslim sejati. Dalam melaksanakan ibadah ini , ilmu pengetahuan amat penting . Tanpa ilmu kita akan mengikut-ikut sahaja apa yang orang lain buat. Menyedari akan hal ini maka satu usaha murni daripada Panitia Pendidikan Islam mengadakan Kem Solat Tingkatan Satu. Melalui kem solat ini pelajar-pelajar dapat berwudhuk, menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, rukun, perbuatan dan penghayatan . semoga ibadah solat yang dilakukan mendapat keredaan Allah S.W.T.


Pendaftaran pelajar tingkatan satu perempuan
Pendaftaran pelajar tingkatan 1satu lelaki



Pelajar-pelajar sedang mendengar taklimat tentang Kem Solat daripada Setiausaha Program Kem Solat


Ucapan alu-aluan daripada Ketua Panitia Pendidikan Islam


Penceramah jemputan sedang memberi penerangan tentang solat kepada para peserta Kem Solat



Penceramah jemputan sedang memberi tunjuk ajar cara yang betul dalam ibadah solat

Fasilitator sedang menunjukkan cara yang betul dalam ibadah solat






09 February, 2014

Al-Bukhary Berselawat

Pada 8 hb Februari 2014, pelajar serta guru termasuk Tuan Pengetua SMK Syed Mohamed Al- Bukhary turut sama-sama turun padang untuk program Kedah Berselawat di Stadium Darul Aman. Perhimpunan ini menyaksikan lebih dari 40 ribu rakyat Kedah membanjiri stadium Darul Aman sempena Mahabattur Rasul, Kedah berselawat keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

 Tuan Pengetua bersama-sama pelajar
 Para guru yang turut hadir mengiringi pelajar

Semoga beroleh manfaat daripada program yang barakah ini

27 January, 2014

Lawatan Penanda Aras SMK Darussadah ke Asrama Al-Bukhary

Pada 27 Januari 2014 bersamaan hari Isnin seramai 30 orang yang terdiri daripada guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Darussadah, telah berkunjung ke SMK Syed Mohamed Al-Bukhary untuk melihat dan melakukan penanda arasan terhadap asrama sekolah ini.

Semua peserta rombongan yang datang berpuas hati dengan maklumat yang diberikan dan dilihat.

Berikut adalah gambar-gambar menarik sepanjang lawatan tersebut:











26 January, 2014

Pelancaran Sekolah Penyayang 2014

Konsep Sekolah Penyayang merupakan salah satu konsep yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia. Konsep Sekolah Penyayang adalah konsep yang mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sekolah Penyayang juga mampu menjana generasi pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi.

Gejala vandalisme dan ponteng sekolah adalah fenomena yang agak kritikal di sekolah-sekolah pada masa kini. Gejala ini dapat ditangani apabila wujudnya sekolah penyayang. Kerana itu, pihak Kementerian menyarankan agar pihak sekolah menangani masalah ini, terutama ponteng sekolah dengan merealisasikan Sekolah Penyayang supaya para pelajar dapat dibimbing dengan penuh kasih sayang. Apabila wujud suasana kasih sayang dan bimbingan ini, murid akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah. 



Tuan Pengetua En Shahrir Bin Abu Bakar berucap semasa merasmikan Pelancaran Sekolah Penyayang.


Matlamat
* membudayakan sikap kasih sayang serta memiliki sifat kepedulian terhadap apa yang berlaku di sekolah
* menjadikan guru sebagai 'role model' kepada murid melalui sikap penyayang yang ditunjukkan.
* menjanakan kecemerlangan sekolah melalui budaya salam yang dituntut oleh agama.

Objektif
* mewujudkan satu persekitaran sekolah yang harmoni iaitu saling menyayangi antara guru, murid dan pentadbir serta semua warga sekolah.
* menginsafi bahawa insan yang berjaya bukan hanya cemerlang dari segi akademik tetapi cemerlang dengan akhlak yang mulia.
* melahirkan murid yang berilmu dan bersahsiah tinggi.

Pilihanraya Pengawas 2014

Pilihanraya Pengawas diadakan dengan objektif memberi peluang semua pelajar mengenali dan membuat pilihan bagi calon yang sesuai untuk dipilih sebagai pemegang jawatan tertinggi sebagai Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas sekolah bagi sesi 2014. Pelajar Tingkatan 4 dan 5 diberikan hak mengundi dan telah melaksanakan tanggungjawab mereka di Dewan Iltizam pada jam 2.30 petang pada hari Rabu 22 Januari lepas. Selain itu, semua guru juga mempunyai hak mengundi bagi memilih calon yang paling sesuai.


Tuan Pengetua, En Shahrir Bin Abu Bakar semasa sesi mengundi pada Rabu 22 Januari 2014.


Semua pelajar Tingkatan 4 dan 5 diberikan hak untuk mengundi.

Puan Jaliah Bt Juewani, Penolong Kanan HEM juga turut membuat pilihan.

Aktiviti pilihanraya  ini memecah tradisi sekolah selama ini yang sebelumnya memilih calon yang layak mengikut pertimbangan guru-guru dan pentadbiran sekolah. Semoga aktiviti ini turut menyumbang maklumat berguna kepada pelajar bagi mengetahui proses mengundi yang betul. Keputusannya belum diumumkan lagi...khabarnya akan diketahui pada 27 Januari...sabar ye..
Related Posts with Thumbnails