26 January, 2014

Pilihanraya Pengawas 2014

Pilihanraya Pengawas diadakan dengan objektif memberi peluang semua pelajar mengenali dan membuat pilihan bagi calon yang sesuai untuk dipilih sebagai pemegang jawatan tertinggi sebagai Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas sekolah bagi sesi 2014. Pelajar Tingkatan 4 dan 5 diberikan hak mengundi dan telah melaksanakan tanggungjawab mereka di Dewan Iltizam pada jam 2.30 petang pada hari Rabu 22 Januari lepas. Selain itu, semua guru juga mempunyai hak mengundi bagi memilih calon yang paling sesuai.


Tuan Pengetua, En Shahrir Bin Abu Bakar semasa sesi mengundi pada Rabu 22 Januari 2014.


Semua pelajar Tingkatan 4 dan 5 diberikan hak untuk mengundi.

Puan Jaliah Bt Juewani, Penolong Kanan HEM juga turut membuat pilihan.

Aktiviti pilihanraya  ini memecah tradisi sekolah selama ini yang sebelumnya memilih calon yang layak mengikut pertimbangan guru-guru dan pentadbiran sekolah. Semoga aktiviti ini turut menyumbang maklumat berguna kepada pelajar bagi mengetahui proses mengundi yang betul. Keputusannya belum diumumkan lagi...khabarnya akan diketahui pada 27 Januari...sabar ye..

22 January, 2014

Bantuan Wang Persekolahan Sesi 2014

Sebanyak RM540 juta disediakan oleh kerajaan untuk bantuan persekolahan dan baucar buku pada tahun ini bagi mengurangkan beban kewangan ibu bapa dan ini adalah tahun ketiga kerajaan menyediakan bantuan persekolahan tersebut. Pada 22 hb Januari 2014, SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah mengagihkan dana bantuan kepada para pelajar sekolah ini. 

Bantuan yang diperuntukkan untuk pelajar

 Waris yang gembira menerima bantuan persekolahan

Tuan Pengetua bersama pihak pengurusan mengagihkan dana bantuan

19 January, 2014

Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah Darul Aman


Pada 19 hb Januari 2014, SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah menyertai Sambutan Perarakan Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah Darul Aman yang berlangsung di sepanjang jalan utama dari Istana Anak Bukit ke pusat bandar.


Pelajar-pelajar Tingkatan Satu telah menjayakan perarakan ini.
  
Para guru yang mengiringi pelajar.

Pelajar perempuan turut menyertai sambutan.

Al-Bukhary Menjunjung kasih dan Merafak Sembah.

15 January, 2014

Ceramah Sempena Maulidul Rasul 1435 Hijrah

Sempena sambutan Maulidur Rasul s.a.w 2014 bersamaan 1435 Hijrah, pihak sekolah telah mengadakan sesi ceramah khas pada hari Rabu 15 Januari bertempat di surau SMKSMAB.  Aktiviti ini memenuhi ruang masa kokurikulum yang diadakan pada setiap petang hari rabu bermula jam 2.30 sehingga 4.30 petang.




Semua pelajar dan guru menghadiri ceramah ini. Semoga segala ilmu yang disampaikan oleh penceramah dapat membuka minda untuk menjadi manusia yang lebih sempurna di dunia dan akhirat.

06 January, 2014

SMKSMAB Hargai Pelajar Rajin dan Cemerlang.

Pada sesi perhimpunan mingguan kali ke 2 yang dilangsungkan pada hari Isnin bersamaan 6 Disember 2014, menyaksikan pihak sekolah sememangnya komited untuk menghargai mana-mana pelajar yang memiliki kesungguhan dan menunjukkan prestasi kecemerlangan mereka.
Perhimpunan kali ini dipenuhi dengan acara memberi sijil penghargaan buat pelajar yang rajin ke sekolah (kehadiran penuh) pada sesi tahun lepas.

Semua pelajar dari Tingkatan 1 hingga 4 sesi 2013 yang tidak pernah ponteng diiktiraf dengan pemberian sijil oleh pihak sekolah. Penyampaian sijil disempurnakan oleh Tuan Pengetua.

PELAJAR CEMERLANG PMR  2013
Majlis perhimpunan diteruskan dengan penghargaan untuk pelajar tingkatan 3 yang memperolehi kejayaan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2013.







 Pelajar cemerlang dalam PMR menerima pengiktirafan berupa sijil penghargaan serta sedikit sumbangan dari pihak sekolah,

PILIHANRAYA PENGAWAS 2014
Majlis perhimpunan kali ini juga mengiktiraf suara pelajar untuk memilih calon pengawas dari kalangan mereka sendiri sebagai pengawas sekolah melalui Pilihanraya Pengawas 2014.




05 January, 2014

Majlis Orientasi Pelajar Tingkatan 1

Majlis Orientasi untuk pelajar baru yang masuk ke Tingkatan 1 di SMK Syed Mohamed Al-Bukhary  kini sedang berlangsung dari hari Ahad hingga Selasa (5 sehingga 7 Januari 2014). Program ini dilaksanakan untuk menyediakan pelajar dengan corak baru di sekolah menengah, khususnya mengenali dan mengetahui pelbagai info dan maklumat terkini sekolah dan seterusnya menyesuaikan diri agar sesi persekolahan berjalan dengan baik.
.
Program ini dirancang oleh pihak Kaunseling dengan kerjasama guru-guru yang terlibat.

Puan Jaliah Bt Juewani, selaku Pen. Kanan HEM SMKSMAB memberi dorongan dan motivasi kepada semua pelajar baru.

Guru Kaunseling SMKSMAB, En Ashraf Bin Zakaria




 
Puan Hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi, mantan pengetua SMKSMAB turut dijemput oleh Tuan Pengetua En Shahrir B. Abu Bakar untuk membimbing pelajar tingkatan 1 memulakan kehidupan mereka sebagai pelajar yang mempunyai peranan di sekolah.


31 December, 2013

Pendaftaran Pelajar Asrama SMKSMAB 2014

Bertempat di asrama sekolah hari ini bersamaan 31 Disember 2013, para pelajar yang dijadualkan akan tinggal di asrama untuk sesi persekolahan 2014 nanti mula mendaftarkan diri. Sesi pendaftaran juga menyaksikan pelajar baru khususnya dari Tingkatan 1 turut dihantar oleh para waris masing-masing.




Sesi pendaftaran dimulakan jam 8.30 pagi di mana semua waris dan anak masing-masing berkumpul di Dewan Makan asrama. Acara dimulakan dengan taklimat oleh Yang Berbahagia Tuan Pengetua SMKSMAB En Shahrir Bin Abu Bakar.




Selepas taklimat daripada Tuan Pengetua, jam 9.30 pagi, satu sesi ceramah keibubapan meneruskan majlis shahdu hari ini - Ramai para pelajar dan ibu bapa yang terkesan dengan isi ceramah sehingga menimbulkan kesan pilu dan terharu. 


Majlis diteruskan dengan sesi jamuan makan dan selanjutnya pelajar mendaftar masuk ke asrama. Pelbagai gelagat dan ragam pelajar khasnya yang baru pertama kali berhadapan dengan suasana yang baru. Semoga para pelajar bersyukur dengan rencamnya kemudahan yang disediakan untuk mereka serta berazam akan belajar bersungguh-sungguh.



Related Posts with Thumbnails