23 January, 2011

Faizal...kau mendahului kami,..AL-Fatihah.

Salam semua warga SMKSMAB. Pagi ahad lepas, kita semua telah dikejutkan dengan berita pemergian buat selama-lamanya saudara Faizal b. Fadzil dari kelas 5 Perdagangan. Beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir pada hari Sabtu, 22 Januari 2011 bersamaan 17 Safar 1432 Hijrah. Brliau juga selamat disemadikan pada jam 11.00 pagi  hari yang sama. Takziah diucapkan kepada keluarga beliau.

Sebenarnya umum tidak mengetahui bahawa beliau adalah pengidap leukimia dan juga dijangkiti demam denggi berdarah. Di sepanjang pergaulannya dengan guru dan rakan-rakan, Faizal merupakan seorang pelajar yang sangat berbudi bahasa dan menghormati orang lain. Raut wajahnya sentiasa mengukir senyuman. Justeru ramai yang menyangka beliau seorang yang sihat. Beliau juga merupakan pelajar yang tidak pernah menimbulkan masalah serta sangat tekun dalam pelajaran.
Beliau tidak sempat mendaftar pada sesi persekolahan 2011 kerana menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Pulau Pinang. Rupanya di saat kita semua sedang bercuti dulu, saudara Faizal sedang berjuang dengan maut. Sesungguhnya kita cuma milik Allah, tiba ketikanya, kita pasti merasai detik kematian. cuma mungkin sudah ditakdirkan saudara Faizal mendahului kita. Al-Fatihah.
Saudara Faizal, bersemadilah dengan aman, kami semua warga  SMKSMAB mendoakan kesejahteraanmu di sana.
"Ya Allah, cucurilah rahmatMu kepada saudara Faizal, tempatkan dirinya bersama roh para shuhada". Amin.


P/S : Pada perhimpunan rasmi pagi tadi (Isnin- 24 Januari), Pengetua SMKSMAB, Pn Hajah Dewi Rosnah bt Radin Suhadi telah mengumumkan jumlah kutipan kilat yang dilakukan bagi sumbangan ikhlas kepada keluarga saudara Faizal berjumlah  RM610.00. Semoga bantuan yang kita sumbangkan dapat merimgankan sedikit bebanan keluarga Faizal.

17 January, 2011

Daulat Tuanku. SMKSMAB setia menjunjung titah.

Pagi ahad yang harmoni bersamaan 16 Januari 2011,..cuaca cerah menandakan hari yang indah....warga SMKSMAB khasnya guru-guru dan pelajar tingkatan 1 dan 2 berbondong-bondong (berduyun-duyun) memenuhi jalan yang akan menjadi laluan Duli Yang Teramat Mulai Sultan dan Sultanah Kedah ketika berangkat ke Majlis Ulangtahun Kelahiran baginda sultan kali ke 85. Para pelajar sudah memenuhi jalan seawal jam 7 pagi. Penolong Kanan HEM SMKSMAB, En Azizan b. Saud adalah insan terawal berada di lokasi pagi itu.
Inilah barisan utama SMKSMAB yang begitu bersemangat menjunjung titah perintah melambangkan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap raja. Difahamkan barisan dari SMKSMAB adalah yang paling ramai. Tahniah.
Ketibaan kenderaan rasmi Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Sultan Kedah.
Saat-saat yang ditunggu oleh semua dengan kibaran bendera serta laungan
"Daulat Tuanku"
Sangat membanggakan, kehadiran pelajar direstui para waris yang memberi sokongan untuk sama-sama menyertai acara penghormatan ini. Guru-guru tingkatan juga sibuk memantau pelajar suapaya mereka dapat berbaris dengan betul dan teratur..yang pasti SMKSMAB kelihatan hebat dengan persediann bendera dan banner yang ditempah khas pada hari itu, walaupun mungkin lambaian oleh pelajar mengambil masa 5 minit sahaja tetapi peluang setahun sekali ini telah dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh semua warga SMKSMAB untuk terus menunjukkan rasa taat setia dan kecintaan kepada raja yang memerintah di negeri Jelapang Padi ini. Daulat Tuanku.

11 January, 2011

TEMASEK.....A BRIEF TRIP, A SIMPLE LESSON


I have long wanted to set my foot on Temasek Island @Tumasek @Singapura @ Singapore. I yearn to see  and experience it myself what have been said about its cleanliness, adherence to rules, efficiency of the public transport system, etc (except for the high living expenses). Unexpectedly, I had a chance to join my nephew's family on Christmas Day in Singapore and so these are a few simple lessons that I learned during the brief trip:-

1). Traveling alone is not really boring but rather quite relaxing. Just book a ticket and check-in online. Spend the time answering sms, reading or just a nap. By no time, I was already there.

2). Bring along  limited clothing. It is light and easy. After all, there must be time for shopping. Have money can travel.

3). Solving and arranging oneself is easy. You are the master of yourself. Can read can travel.

4). I didn't feel that I was oversea because the environment and weather are almost the same but the facilities are more customer-friendly. According to the taxi driver, chewing gums are not allowed. How good! (even if I can just implement in school).

5). Communication is vital for a tourist. With my fair command in English, I felt convenient going around communicating with people; from the hotel receptionist, ticket counters, shop assistants, taxi drivers and airport staffs. So, to all my students, never give up English. Can speak can travel. Have a good time!

03 January, 2011

Menggapai Impian 2011.





Sesi pendaftaran bagi pelajar-pelajar baru (Tingkatan 1) pada 29 Disember 2010. Kelihatan Madam Dewi Rosnah bersama Penyelia pelajar Tingkatan 1 sedang melayani urusan pendaftaran. Selamat datang pelajar baru. Semoga kalian semua akan menggapai impian yang cemerlang bersama SMKSMAB.



Kesempatan ini warga sekolah ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua waris dan pelajar SMKSMAB,  semoga tahun baru ini menjanjikan banyak kejayaan buat kita semua. Tiada yang paling menggembirakan pihak sekolah selain dari penghargaan semua pihak yang berurusan dengan pihak sekolah di sepanjang tahun 2010 lalu. Insyaallah tahun baru 2011 ini memberi ruang yang lebih luas untuk SMKSMAB menggapai impian agar terus cemerlang dan terbilang. Kejayaan demi kejayaan yang SMKSMAB capai  adalah hasil  kerja keras semua, guru-guru yang bersikap sabar, berkasih sayang pada semua pelajar tidak jemu mendidik adalah aset yang membolehkan SMKSMAB terus cemerlang di persada dunia pendidikan. Biarpun sesekali kita tersungkur, namun kegagalan bukan petanda kehancuran. Kegagalan adalah petanda kejayaan yg bakal menanti. Selamat mendaftar semua pelajar baru, selamat kembali ke bangku sekolah semua pelajar lain...sama-sama kita meredah denai 2011 yang masih berliku ini..semoga di penghujungnya ada sinar untuk semua. Dugaan 2010 seharusnya di jadikan pengajaran bersama moga kita lebih baik dari tahun yang sudah. Semoga tahun baru ini menyinarkan cahaya buat kita semua!
Pagi Isnin, 3 Januari 2011...bumi SMKSMAB kembali bersemarak, walaupun hujan lebat mengiringi pagi ini,..kedatangan pelajar ke sekolah adalah penuh. Terima kasih semua. 




26 December, 2010

Pendaftaran Pelajar 2011

PENGUMUMAN - Kepada semua waris dan pelajar SMKSMAB. Pendaftaran bagi sesi persekolahan 2011 akan dilangsungkan mengikut masa  tarikh berikut:
Masa : 8.00 hingga 10.00 pagi.
28 Disember 2010 ( Selasa)  - Pelajar Tingkatan 2,3 dan 5
29 Disember 2010 ( Rabu)    - Pelajar Tingkatan 1
30 Disember 2010 ( Khamis) - Pelajar Tingkatan 4
Harap maklum, waris pelajar juga boleh mendapatkan senarai keperluan anak masing-masing di Koperasi Sekolah pada tarikh yang sama.  Terima kasih.

23 December, 2010

Sejarah Anjung Al-Bukhary

Idea untuk membina ANJUNG AL~BUKHARY telah diilhamkan oleh pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary (SMKSMAB) yang ke-13, iaitu Pn. Hjh. Dewi Rosnah binti Radin Suhadi. Sebaik sahaja menerima memo pertukaran mulai 16 Januari 2010, beliau telah cuba untuk membayangkan apakah mercu tanda bagi sekolah ini. Apabila  mula bertugas secara rasmi pada 2 Februari 2010, beliau melihat pelajar-pelajar terpaksa berlari mengharungi hujan ketika dihantar dan diambil oleh para waris yang menunggu di luar pagar sekolah. Kenderaan mereka tidak boleh masuk kerana laman sekolah yang sempit. Bimbang akan keselamatan pelajar-pelajar, pengetua yang lebih mesra dipanggil “madam” lantas membawa hasrat ini ke meja perundingan bersama guru-guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kedah.
Disebabkan kegawatan, pihak JPN tidak dapat menyalurkan peruntukan kewangan tetapi bersedia memberi kerjasama dan sokongan teknikal. PIBG pula bersetuju untuk mencari dana melalui program “A Morning In Al~Bukhary” (AMONIA) yang telah diadakan pada 15 Mei 2010. Program yang bermula pada jam 7.30 pagi diisi dengan senamrobik, gotong royong kebersihan, jualan makanan dan cabutan bertuah sungguh meriah sehingga jualan kupon terpaksa diulang cetak. Kutipan kasar keseluruhan berjumlah RM 12746.00, agak jauh dari sasaran mengikut pelan asal yang telah dirancang iaitu sebanyak RM60,000.00 (termasuk dua balai menunggu di luar pagar sekolah).  Cikgu Maimunah bt Abdul Majid  berjaya menghubungi cucu Allahyarham Syed Mohamed Al-Bukhary, Pn. Hjh. Sharifah Fatimah bt. Syed Nor. Beliau yang  mewakili keluarga allahyarham amat prihatin dengan keperluan sekolah  tampil membantu. Akhirnya sejumlah RM 15200.00 telah berjaya dikumpul melalui sumbangan dari  pelbagai pihak penaja dan individu . Akhirnya, mesyuarat bersama PIBG bersetuju untuk membina anjung ini dengan rekabentuk yang diubahsuai mengikut bajet RM26 ribu. Berdasarkan beberapa sebutharga yang diterima, Syarikat Prisma telah dipilih untuk melaksanakan tugas ini dalam masa satu bulan. 


Warga sekolah begitu teruja. Namun banyak dugaan yang tiba. Tiga batang pokok “meranti laut” yang rimbun perlu dikorbankan. Dengan  penuh  rasa rendah hati “madam” mewakilkan PK HEM, Cikgu Azizan Saud untuk merayu kepada Majlis Bandaran Alor Setar (MBAS). Syukur alhamdulillah, Cikgu Azizan pulang dengan senyuman meleret kerana pihak MBAS memberi kebenaran bertulis tanpa mengenakan  sebarang bayaran gantirugi; satu amaun tiga angka yang memang tiada dalam bajet. Pada hari pokok itu ditebang, sebatang dahan telah menimpa kabel elektrik menyebabkan sebahagian kawasan kompleks pendidikan dan kampung sekitarnya tiada bekalan selama beberapa jam. Dalam keadaan kritikal itu sekali lagi “madam” menghantar wakil untuk merayu kepada pihak TNB. Niat yang murni sentiasa direstui Allah. Pihak TNB bukan sahaja datang memulihkan bekalan elektrik malah menyediakan “fork lift” dan tenaga kerja untuk memotong semua dahan yang melepasi kabel elektrik. Disebabkan gangguan ini, kerja-kerja  menebang dan mengangkut berlarutan selama tiga hari tetapi pihak kontraktor tidak mengambil sebarang kos tambahan. Satu lagi amaun tiga angka di luar jangkaan dapat diselamatkan. Terima kasih Mr. Alai yang demam  selepas itu akibat gigitan sekawan kerengga yang terganggu sarangnya.



Kerja-kerja pembinaan ANJUNG AL~BUKHARY dan LALUAN AL~BUKHARY berjalan mengikut jadual walau pun bulan puasa. Cikgu Aziz ditugaskan untuk memantau progres. Satu sepanduk diuruskan oleh PK Kokurikulum, Cikgu Fauziah Ahmad bertulis, “ANJUNG AL~BUKHARY: diusahakan bersama PIBG SMKSMAB..pelajar didahulukan, keselamatan diutamakan” menjadi tarikan semua yang lalu lalang. Ada juga yang terpanggil untuk terus menghulurkan bantuan tambahan.


Sebaik sahaja sesi sekolah bermula selepas cuti Hari Raya ia terus digunakan. Kebetulan pula pagi itu hujan lebat. Anjung tersebut boleh memuatkan tiga hingga lima kenderaan serentak bergantung kepada cara kenderaan berhenti menurunkan pelajar. Ucapan “madam” pada perhimpunan pagi itu berkisar tentang “ownership” mengajak seluruh warga Al~Bukhary menghargai kewujudan ANJUNG AL~BUKHARY yang menjadi mercu tanda sekolah. Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Tn. Hj. Asmee bin Tajuddin yang datang menjengah semasa perhimpunan dalam hujan pagi itu turut memuji kesungguhan dan kejayaan   warga sekolah membina anjung tersebut dengan usaha sendiri. 
Madam Dewi Rosnah mengiringi Pn Hajah Sharifah pada hari perasmian Anjung Al~Bukhary.

Pada 10 November 2010, ANJUNG AL~BUKHARY telah dirasmikan oleh Pn. Hjh. Sharifah Fatimah bt. Syed Nor, cucu kepada Allahyarham Syed Mohamed Al-Bukhary.Kini pelajar Al~Bukhary tidak basah kuyup lagi. Kejayaan dan "modus operandi"  ini digunakan sekali lagi untuk membina gelanggang serbaguna ARENA AL~BUKHARY sebagai projek 2011.

09 December, 2010

Agihan Kelas Pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 2

Makluman:
Senarai nama pelajar tingkatan 2 dan tingkatan 3 telah dikeluarkan dan dipamerkan di sebelah bilik peperiksaan.  
Harap maklum.
Related Posts with Thumbnails