02 August, 2010

Pelancaran Bulan Kemerdekaan di SMKSMAB

Bertempat di Anjung Mutiara, jam 7.40 pagi...perhimpunan seluruh warga sekolah diadakan bagi melancarkan Program Bulan Kemerdekaan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Acara perasmian dilaksanakan oleh Pn Hajah Dewi Rosnah bt Radin Suhadi, pengetua SMKSMAB.

Pn Hajah Dewi Rosnah menandatangani bendera gergasi yang berukuran 74 meter sebagai tanda merasmikan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah.


Pelajar berbaris panjang bersama bendera yang telah diusahakan oleh Panitia Sivik dan guru ERT. Jalur Gemilang gergasi yang bakal dikibarkan di sepanjang bulan kemerdekaan ini.




Nyanyian lagu-lagu patriotik sambil mengibarkan jalur gemilang. Semoga dapat diserapkan nilai cintakan negara sendiri dijiwa semua pelajar SMKSMAB.







Selesai acara pelancaran Bulan Kemerdekaan, warga SMKSMAB terpaku sejenak apabila diumumkan hari ini merupakan Hari kelahiran Madam, dengan sepontan semua pelajar dan guru-guru menyanyikan lagu "happy bithday" beramai-ramai...memang nostalgik betul suasana ketika ini,.tak mungkin terlupakan oleh madam...selanjutnya bacaan doa khas buat beliau oleh Ustaz Khairul Bazli..melengkapkan lagi sambutan ulang tahun kelahiran madam yang ke 52....tahniah madam!

Inilah kek yang ditempah oleh Majlis Staf untuk sambuatan hari lahir Madam Dewi Rosnah. Semoga berbahagia selalu, sukses dalam sebarang pekerjaan dan menjadi manusia yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Satu suasana dua agenda dilangsungkan pagi ini dengan jayanya...Pelancaran Bulan Kemerdekaan beserta sambutan hari kelahiran pengetua SMKSMAB yang disayangi.



Ogos kembali lagi bersama gema patriotik anak kelahiran bumi tercinta. Kini bendera gergasi telah dikibarkan di sepanjang pagar di hadapan sekolah. Megah sungguh Jalur Gemilang nan indah..lambang kesetiaan dan kecintaan kami..warga SMKSMAB padaMU..Malaysia.

Perkhemahan Kem Bersatu

Pada hari Khamis hingga Sabtu lalu (29 hingga 31 Julai) telah dilangsungkan dengan jayanya satu perkhemahan badan-badan beruniform SMKSMAB yang dinamakan Perkhemahan Kem Bersatu. Aktiviti ini disertai oleh unit pasukan Bomba, Kadet Pertahanan Awam (KPA), Kadet Remaja Sekolah (KRS), Unit Tambor, PBSM dan Puteri Islam.
Kem ini bertujuan memupuk mental dan fizikal pelajar supaya lebih berdaya tahan, mampu bersaing, semangat bekerjasama  serta proaktif dalam pelbagai aktiviti sekolah. Aktiviti awal sebenarnya telah bermula lebih awal bagi menyediakan padang dengan tapak-tapak khemah, susunan alatan untuk aktiviti lasak dan penyediaan keperluan perkhemahan. Sangat menarik hati di SMKSMAB, semangat kerjasama yang jitu dan berkualiti tinggi telah menjadikan semua proses berjalan lancar.
Selepas acara pendaftaran yang telah bermula pada jam 3 petang, peserta-peserta kem telah diberi taklimat oleh fasilitator unit masing-masing. Seterusnya aktiviti memasang khemah dipadang. Kerjasama dalam berpasukan telah melancarkan aktiviti ini.




Peserta kem akan mendirikan khemah mereka sendiri. Masing-masing bekerjasama untuk menyiapkan khemah secepat mungkin.










Pn Fauziah selaku PK Kokurikulum memantau aktiviti yang dijalankan oleh para pelajar yang menyertai kem tersebut. Guru-guru unit masing-masing juga tidak ketinggalan menyertai pelajar dalam aktiviti ini. Suasana yang harmoni di SMKSMAB, setiap aktiviti penuh dengan toleransi yang maksimum.



Sepanjang 3 hari 2 malam perkhemahan ini, pelbagai aktiviti telah disusun, antaranya ialah aktiviti berjalan lasak, merentasi halangan, pertandingan kawad serta memasak, pertandingan persembahan terbaik dan aktiviti yang selalunya menjadi kemuncak perkhemahan iaitu mengadakan "barbeque" sambil berhibur dengan persembahan unit masing-masing.
Kelihatan guru unit pengakap, En Amer Nizar sedang memberi taklimat dan panduan kepada semua pelajar.



Daya tahan fizikal peserta kem diuji dengan pelbagai aktiviti lasak.










Peserta perempuan tidak ketinggalan diuji, mereka turut menunjukkan prestasi yang membanggakan dan mampu melakukan aksi yang mengkagumkan.







Di pagi hari menanam bunga,
Bunga ditanam dipinggir desa,
Serikandi pertiwi pahlawan setia,
Bijak berperanan di mana jua.

Bijak bestari di gelanggang pertiwi,
Menabur bakti tiada batasan,
Segak berseri di persada Bukhary,
Malar berbakti tanpa alasan.

Pertandingan Kawad kaki KRS

Kadet Remaja Sekolah (KRS) SMKSMAB telah menyertai Pertandingan Kawad Kaki KRS Peringkat Daerah Kota Setar 2010 pada 28 Julai baru-baru ini. Pertandingan intu dilangsungkan di Rejimen 513, Askar Wataniah, Kem Bukit Pinang, Kepala Batas. Kesungguhan peserta KRS menjalani latihan selama 3 minggu berturut-turut setiap hari menunjukkan bahawa mereka mempunyai semangat jati diri yang kuat dan sentiasa mahukan yang terbaik buat pasukan.

Latihan pasukan ini dikendalikan bersama oleh Cikgu Ezzat bersama bantuan teknik berkawad yang betul daripada  jurulatih bertauliah. Pasukan ini sempat ke Kem Rejimen 513 bagi menjalani latihan intensif sebanyak 3 kali iaitu pada 19, 22 dan 27 Julai bagi mendapatkan seberapa banyak pengalaman mengenai teknik berkawad yang betul dan tepat.


Puan Fauziah selaku PK Kokurikulum, bersama Cikgu Ezat serta jurulatih kawad dari Kem Rejimen berbincang untuk mencari yang terbaik bagi pasukan KRS SMKSMAB.


Pasukan KRS sekolah berjaya mendapat tempat ke empat dalam pertandingan tersebut. Syabas semua ahli KRS, juga buat Penyelaras KRS sekolah, Pn Munah bt Mohamad Julie yang sentiasa bertungkus lumus memastikan pasukan ini menjalani latihan dengan penuh disilin. Tahniah. Cuba lagi di tahun hadapan.

31 July, 2010

Program Qiamullail Tingkatan 5

Bertempat di Dewan Iltizam dan surau SMKSMAB pada 17 Julai lalu, satu program Qiamullail telah dijalankan khusus kepada semua calon SPM 2010. Bermula jam 6.00 petang, sesi pendaftaran dijalankan, diikuti dengan solat maghrib dan Isya berjemaah, Bacaan yassin, Ceramah motivasi dan seterusnya acara sembahyang malam (solat sunat tahajud, hajat, taubat dan witir) selepas tidur sebentar. Program ini diakhiri  dengan kuliah subuh pada pagi berikutnya. Sebelum semua pelajar dibenarkan pulang mereka diberi sarapan pagi.
Objektif program ini ialah memberi pendedahan kepada pelajar untuk mempertingkatkan amalan beribadah serta berusaha menghidupkan amalan sunnah nabi Muhammad s.a.w. Semua ini bertujuan memberi ketenangan serta memantapkan kerohanian menjelang peperiksaan supaya mereka lebih bersedia bukan sahaja dari segi akademik malah mental juga. Semoga program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam ini berjaya mengisi kekosongan jiwa pelajar dan seterusnya berusaha dengan lebih sistematik menjelang peperiksaan yang semakin hampir.

Sesi pendaftaran pelajar bermula jam 6 petang, dikendalikan oleh Cikgu Rohaniah dan Cikgu Azizahwati.

 
Ustazah Rita Juraida sempat memberi taklimat kepada semua pelajar terlibat mengenai acara yang akan dijalankan supaya pelajar memahami serta dapat menjalani ibadah ini dengan lancar dan teratur.







Ustaz Khairul Bazli memimpin pelajar membaca yassin setelah bersolat berjemaah Maghrib bersama. Semoga aktiviti mulia ini mampu membersihkan minda pelajar untuk lebih bersedia menghadapi sebarang ujian  dalam kehidupan seharian bukan sahaja terhad semasa mengambil SPM nanti, InsyaAllah.

30 July, 2010

Ogos Kembali bersama Gema Patriotik Warga SMKSMAB

Julai kini dipenghujung, Ogos kembali menyapa 2010 dengan sentuhan semangat patriotik warga Malaysia. Sambutan Bulan kemerdekaan kini meriah di mana jua di seluruh negara. SMKSMAB tidak terkecuali, Panitia Pendidikan Sivik kini mengorak langkah menyusun aktiviti bagi mengisi slot diambang merdeka.

 Ketua Panitia Sivik dan Kewarganegaraan Cik Nurul Latifah dan Cikgu haliza Ahmad memantau aktiviti menjahit Jalur Gemilang oleh pelajar sebagai persediaan menyambut bulan kemerdekaan.
Dengan penuh bangga dan bersemangat waja, pelajar-pelajar ini berusaha menyiapkan Jalur Gemilang yang bakal dikibarkan di perkarangan sekolah sebagai satu tanda sokongan dan cintakan negara sendiri. Tiada yang lebih membanggakan sekiranya generasi pasca merdeka tetap mempunyai semangat patriotik bagi terus menggapai kegemilangan negara. Syabas buat semua pelajar.

Perhimpunan Rasmi bersama Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Kedah

Pada hari Ahad bersamaan 25 Julai, sekali lagi perhimpunan rasmi mingguan diserikan lagi dengan kehadiran VIP dari Jabatan Pendidikan Kedah iaitu Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Tn Hj. Asmee  b. Hj Tajudin. Kehadiran ini merupakan kehadiran  kali ketiga VIP daripada Jabatan Pelajaran Kedah. Sebelum ini perhimpunan rasmi SMKSMAB telah dihadiri oleh Ketua Sektor Peperiksaan serta Pengarah Pelajaran Negeri Kedah.
Tn Hj.  Asmee  turut menyanyikan lagu Negaraku, Pendidikan Cemerlang Kedah Gemilang serta lagu Sekolah, sejurus ketibaan beliau di Dewan Iltizam bagi memulakan perhimpunan rasmi mingguan SMKSMAB.




Selepas itu Tn Hj. Asmee telah diberi penghormatan untuk menyampaikan anugerah kecemerlangan pelajar dan pemenang pertandingan Futsal serta pelajar yang mendapat hadiah kecemerlangan semasa Pameran Grafik Berkomputer berpeluang menerima hadiah mereka daripada En. Azmi.
 



Semasa menyampaikan ucapannya, Tn Hj. Azmi berpesan kepada semua pelajar supaya sedia berubah ke arah yang lebih baik. Pelajar juga diingatkan agar menghormati guru dan ibu bapa yang telah banyak berjasa kepada mereka.
Pantun 2 kerat daripada  beliau  yang mengandungi makna tersirat untuk dihayati, mengajak pelajar berubah untuk lebih baik dari masa ke semasa seiring era globalisasi yang semakin canggih.
"Pergi sekolah naik skuter"
"Balik sekolah naik helikopter"

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj. Asmee  b. Hj. Tajudin, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPN Kedah. Semoga kehadiran tuan di SMKSMAB yang singkat ini mampu menjana kecemerlangan yang berterusan.

28 July, 2010

Karnival Bola Jaring Ting 1 & 2

Karnival Bola Jaring bagi Tingkatan 1 & 2 peringkat sekolah telah selamat dijalankan pada petang 27 dan 28 Julai 2010. Sebanyak 4 kelas dari Tingkatan 1 dan 4 kelas dari Tingkatan 2 telah mengambil bahagian. Setelah 2 hari berlangsung, karnival ini telah berjaya melahirkan ramai pelapis baru yang berpotensi.

Kelincahan pemain-pemain dari Tingkatan 1 AG telah mengkagumkan ramai orang yang menyaksikan perlawanan ini. Akhirnya mereka berjaya dinobatkan sebagai Johan berkat usaha gigih dan kerjasama yang padu sesama rakan pasukan.








Karnival ini telah berjaya mengenalpasti ramai pemain yang berkebolehan terutamanya dalam menjaring bola. Insyaallah pada tahun depan mereka akan diserapkan dalam pasukan sekolah.
 Ramai juga peminat lelaki yang hadir memberikan sokongan kepada rakan sekelas masing-masing. Inilah sikap yang positif yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar lelaki yang tinggal di asrama.


Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua AJK Bola Jaring, guru penasihat yang sentiasa menyokong dan kepada semua yang menyertai karnival ini. InsyaAllah aktiviti ini pasti menjadi tradisi yang perlu dilangsungkan lagi pada masa hadapan kerana banyak impak positif yang diperolehi. Tahniah Kelab Bola Jaring SMKSMAB.

27 July, 2010

Mencanting Batik dan Membuat Ukiran Kayu

Pelajar-pelajar SMKSMAB yang mengambil subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) kini sibuk menyiapkan tugasan masing-masing. Projek ini (tugasan) melibatkan penghasilan Folio dan juga bahan hasilan seni yang perlu dipersembahkan dari mula diilhamkan sehingga ianya siap. Antara projek yang dipilih oelh calun-calun SMKSMAB pada tahun ini ialah batik dan ukiran kayu. Guru PSV, cikgu Nik Noraidah dan cikgu Halisa Hashim turut membantu serta memberi bimbingan kepada pelajar supaya projek yang dihasilkan mampu memperoleh markah yang baik dalam SPM nanti.




Mencanting batik sudah dilakukan, kini dengan berhati-hati.pelajar perlu mewarna pula dengan menggunakan pewarna kain.














Jika tersilap campuran warna, hasil batik yang dihasilkan akan menjadi tidak cantik dan tidak berkualiti. Kesabaran dan ketekunan amat diperlukan bagi menjayakan proses ini.



Selain mencanting batik, terdapat juga calun yang mengambik projek Ukiran Kayu sebagai pilihan. Kelihatan pelajar-pelajar tersebut sedang berusaha menyiapkan tugasan masing-masing.

Kelihatan cikgu Nik Noraidah membantu pelajar memilih kombinasi warna seperti yang dikehendaki  dalam soalan peperiksaan. Semoga kerjasama dan pengorbanan guru-guru menjadi sumber inspirasi terhadap pelajar. Selamat Maju jaya.
Related Posts with Thumbnails