Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan program mengacau bubur a'syura pada 13/11/2014 hari khamis yang bermula jam 8.30 pagi sehingga 1.00 tengah hari bertempat di dataran "Pendidikan Khas". Tujuan program ini adalah untuk merapatkan ukhwah di antara guru-guru dan pelajar-pelajar termasuklah Pendidikan Khas. Bersesuaian dengan tema Ma'al Hijrah pada tahun ini iaitu "Perpaduan Nadi Transformasi Negara"..
|
Tuan Pengetua SMKSMAB En. Shahrir bin Abu Bakar bersama PK HEM Pn. Jaliah bt Juewani serta Cikgu Shahidan turut serta di dalam program mengacau bubur a'syura. |
|
PK KoKurikulum En. Che Aziz turut memberi sokongan . |
|
YDP En. Zainur bin Annuar juga tidak ketinggalan dalam mengacau bubur a'syura bersama-sama para pelajar. |
|
Guru Kanan Kemanusiaan Pn, Munah Mohammad Julie bersama guru- guru mengacau bubur a'syura |
|
Berganding bahu guru dan pelajar dalam program ini... |
|
Guru dan pelajar bersama-sama menyediakan bahan untuk dimasukkan ke dalam bubur a'syura. |
|
Pelajar-pelajar turut memberi komitmen yang baik dalam program ini. |
|
Ceria kelihatan....PK Pendidikan Khas En. Mohd Nidzar bin Sulaiman bersama-sama guru-guru dan pelajar -pelajar .. turut serta mengacau bubur a'syura. |
|
Guru dan pelajar menyediakan bahan-bahan bubur a'syura |
|
Tolong - menolong membawa berkat.. |
|
Alhamdulillah ....apa yang penting..kerjasama.. |
|
sedapnya bubur a'syura ni.... |
|
Bubur-bubur yang telah dimasak |
|
Sementara bubur a'syura masak pada masa yang sama telah ada satu sessi ceramah Ma'al Hijrah untuk para pelajar di surau. |
|
Para pelajar kusyuk mendengar ceramah. |