Bertempat di DEWAN MAKAN ASRAMA SKSMAB telah dilangsungkan satu pertemuan antara Ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pengetua SMKSMAB dan para waris 28 pelajar harapan cemerlang PMR 2013. Menyedari bahawa setiap kecemerlangan pelajar sebenarnya membawa kepada kenaikan keputusan gred sesuatu sekolah serta JPN amnya., dialog ini dicetuskan dengan harapan pelajar dan waris jelas tentang hala tuju pendidikan di Malaysia serta bersedia menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk kejayaan bersama. Pihak sekolah amat komited untuk membantu dari pelbagai aspek bagi mencapai hasrat cemerlang dalam PMR tahun ini.
13 September, 2013
DIALOG ASPIRASI BUKHARY TOP 5 2013
KHAMIS, 12 SEPTEMBER 2013
Labels:
AKTIVITI,
AL-BUKHARY is OURS,
AL~BUKHARY
07 September, 2013
KURSUS DALAM PERKHIDMATAN - KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
Pada 7 hb September 2013 yang lalu, guru-guru SMKSMAB telah diperkenalkan dengan suatu kemahiran iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kursus ini telah dikendalikan oleh seorang fasilitator dari Institut Aminudin Baki iaitu Dr Bala.
Bermula jam 9.00 pagi, semua guru peserta kursus diberi taklimat dan latihan untuk mengaplikasikan teknik berfikir dengan lebih berkesan. Selari dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan yang mula dilancarkan tahun 2013, KBAT perlu diamalkan oleh semua guru bagi merangsang pemikiran yang lebih kritikal dalam kalangan pelajar.
En Shahrir Bin Abu Bakar, Pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary turut menyertai kursus ini. |
Antara teknik KBAT yang dapat diaplikasikan dalam kelas Bahasa Melayu |
Rumusan dari KBAT
1. Tiada siapa berfikir dengan sempurna atau berfikir terlalu lemah sepanjang masa.
2. Menghafal sesuatu perkara tidak sama dengan berfikir tentang sesuatu perkara itu. Menghafal sesuatu boleh dilakukan tanpa memahami perkara itu.
3. Berfikir boleh dilakukan dalam bentuk perkataan / gambaran / renungan
4. Apabila seseorang menghafal dan memberi maklumat itu semula tanpa perlu berfikir itu yang dinamakan robot. Dia melakukan apa yang telah diprogramkan.
5. KBAT memerlukan kita melakukan sesuatu dengan maklumat / fakta / idea yang diterima dengan memberi makna yang berlainan dan implikasi yang berbeza daripada kebiasaan. Mesti memahaminya, menggabung dan menghubungkait antara satu sama lain, mengkategorikan dan memanipulasinya untuk membolehkan menemui makna dan kefahaman baru. Mengunakannya seperti mana kita sentiasa mahukan penyelesaian yang baru kepada setiap permasalahan / peristiwa baru

Subscribe to:
Posts (Atom)