05 August, 2013

IHYA' RAMADHAN 2013

Majlis Perasmian Ihya' Ramadhan 1434 Hijrah telah dirasmikan oleh Tuan pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary, Encik Shahril Bin Abu Bakar pada hari Isnin bersamaan 08 hb Ogos 2013 yang lalu. Serentak dengan iti, pelbagai aktiviti kerohanian telah dijalankan bagi mengisi masa lapang di bulan Ramadhan buat semua warga sekolah.

Tuan pengetua merasmikan majlis Ihya' Ramadhan 1434 Hijrah.
Antara aktiviti yang menjadi acara tahunan sekolah ialah Jualan Amal yang dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Islam yang bertujuan mengutip dana untuk disumbangkan kepada pelajar sekolah yang kurang berkemampuan. Usaha murni ini dapat menyemai rasa insaf dan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar untuk turut menderma dengan membelui pelbagai barangan yang dijual, antaranya ialah buku dan majalah, pakaian dan kasut terpakai serta barangan hiasan.





Majlis Berbuka Puasa untuk warga sekolah turut diadakan. Majlis ini dilangsungkan di Dewan Asrama sekolah dan dihadiri oleh semua pelajar asrama serta guru-guru. Tujuan utama adalah memupuk hubungan baik antara semua warga sekolah. Solat Tarawih dilangsungkan selepas majlis berbuka di mana semua guru dan pelajar yang hadir turut berjemaah bersama.


Acara Bertadarus Al-Quran dilangsungkan di sepanjang bulan Ramadhan, pelajar-pelajar bertadarus sambil dipantau oleh ustaz dan ustazah. Guru-guru juga turut bertadarus semasa waktu rehat. 




Acara kemuncak Ihya' Ramadhan dilangsungkan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dijalankan dengan penuh meriah dan dihadiri oleh bekas pengetua iaitu Puan Hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi, YDP PIBG serta Puan Hajah Sharifah Fatimah. 


Ustaz Zaki mengetuai guru-guru dan pelajar yang menyertai Tadarus Al-Quran 


Para pelajar bersalaman dengan tetamu dan guru-guru sebagai tanda berakhirnya Ramadhan dan menjelangnya Shawal.
 


Persembahan dari pelajar yang menyampaiakn qasidah yang memukau hadirin.

Cikgu Ezat Bin Omar dan Cikgu Izhar turut membuat persembahan.

Acara bersalam-salaman di akhir majlis.


Ihya Ramadhan yang menjadi acara rasmi sekolah diharap dapat menanamkan rasa insaf diri serta meningkatkan rasa iman dalam kalangan pelajar serta warga sekolah. Semoga bertemu lagi di Ramadhan akan datang dan semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik di sepanjang perjalanan kedidupan kita semua sebagai makhluk Allah. Amin.



Related Posts with Thumbnails