29 January, 2013

Sekitar Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan 1 Malaysia di SMKSMAB

Pada 29 Januari 2013 yang lalu, SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah dikunjungi ramai waris untuk menerima pemberian Bantuan Khas Persekolahan 2013 bersama anak-anak mereka yang belajar di sekolah ini. Pemberian bantuan ini disempurnakan oleh Dato' Haji Ahmad bin Lebai Sudin, iaitu penyelaras Parlimen Pokok Sena. Majlis ini telah dilangsungkan di Anjung Mutiara. 
 
Para waris yang hadir di majlis tersebut bersama anak-anak pelajar SMKSMAB

Penyelaras Parlimen Pokok Sena, Dato' Haji Ahmad bin Lebai Sudin, memberikan ucapan dalam majlis tersebut.   
Tuan pengetua, mengiringi Dato' Ahmad bin Lebai Sudin semasa penyerahan wang bantuan persekolahan kepada pelajar.

Para waris yang datang mengucapkan ribuan terima kasih terhadap sumbangan yang diterima dan berjanji menggunakan wang tersebut dengan sebaiknya bagi meringankan beban persekolahan anak mereka. Alhamdulillah.

02 January, 2013

Selamat Datang 2013...

Setelah urusan pendaftaran berjaya dilaksanakan untuk semua pelajar, SMKSMAB kini bersedia untuk menghadapi 2013 dengan lebih bersemangat...

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 & 5
Pelajar tingkatan 4 dan 5 untuk sesi 2013 telah mendaftar pada 24 hb Disember 2012 yang lalu. Mereka datang ke sekolah dan berkumpul untuk diberi maklumat terkini mengenai urusan pembahagian kelas dan pemberian buku teks. Di samping itu mereka turut bersama-sama guru kelas menyediakan AJK baru sesi 2013.

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1


Pendaftaran untuk pelajar baru telah dijalankan pada 30 hb Disember 2012, pendaftaran bermula jam 8.00 di Dewan Iltizam. Ramai waris datang untuk bersama anak masing-masing di hari bersejarah ini. Tuan Pengetua Puan Hajah Dewi Rosnah Bt Radin Suhadi berpeluang memberikan penjelasan dan maklumat terpeinci berkaitan sekolah kepada waris, di samping itu Penyelia Tingkatan 1, Kaunselor dan Guru Tingkatan 1 juga turut membantu serta menjayakan program ini.

Tuan Pengetua turut mengalu-alukan kedatangan semua  pelajar-pelajar baharu di sekolah ini, beliau berharap mereka dapat menyesuaikan diri serta berbangga menjadi "Bukharian".

Guru-guru Tingkatan melayani waris dan pelajar yang datang mendaftar.

Pelajar dan waris menyemak nama untuk menentukan kelas yang akan diduduki nanti.
Hari pertama Persekolahan
Pada hari Selasa bersamaan 1 hb Januari 2013, semua pelajar berkumpul di Dewan Iltizam untuk Majlis Perhimpunan Rasmi sekolah yang pertama untuk sesi 2013. Perhimpunan bermula jam 7.30 pagi. Seperti biasa acara dimulakan dengan menyanyikan lagu sekolah dan lagu patriotik. Selepas itu acara membaca yaasin beramai-ramai dilangsungkan, semoga Allah memberi keberkatan.

Ustaz Khairul Bazli menjadi khalifah dalam acara bacaan yaasin beramai-ramai.
Selamat datang 2013,..kami di SMKSMAB berjanji dan berikrar untuk lebih berusaha, terus bekerjasama menjadikan sekolah ini sebagai sekolah yang lebih kondusif dan cemerlang selari dengan misi visi sekolah iaitu mencapai tahap sekolah kluster cemerlang di peringkat kebangsaan...In Syaa Allah.


SMKSMAB dilanda ribut,..

Sungguh pantas masa berlalu,..Disember sudah sampai ke penghujungnya untuk tahun 2012. Pelbagai peristiwa suka duka telah ditempuhi...SMKSMAB juga tidak berkecuali,..pada 22 Disember 2012 yang lalu bersamaan hari Sabtu,..suatu peristiwa yang tidak terduga telah berlaku iaitu kejadian ribut yang turut merosakkan sebahagian bangunan sekolah. Kejadian ini berlaku di saat pihak sekolah sedang bersedia untuk menerima kemasukan semula pelajar-pelajar setelah bercuti panjang.

Antara tempat yang menerima kerosakan yang agak teruk ialah bangsal meletak kereta, bilik pejabat, dan turut terlibat bilik-bilik darjah. Tindakan pantas Tuan Pengetua dan pihak pentadbiran sekolah membuat laporan kepada Jabatan Pelajaran Negeri telah membuahkan hasil yang pantas di mana semua kerosakan yang berlaku itu berjaya dibaiki dengan kadar segera sebelum sekolah dibuka. Alhamdulilah.




Stor penyimpanan peralatan PJK juga terjejas

Mungkin ini ujian terbesar untuk SMKSMAB bagi tahun 2012. Semua ini harus ditempuhi samada kita suka atau duka untuk menerimanya. Apapun Al-Bukhary tetap bersedia menerima sebarang dugaan dan akan berusaha mengatasinya. Budaya kerjasama yang telah tersemai sekian lama di sekolah ini perlu diteruskan. In Syaa Allah, 2013bakal menjelang dengan harapan segala urusan dipermudahkan Allah.
Related Posts with Thumbnails